Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Vita Lea Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Vita Lea Shaklee. Show all posts

11 January 2016

Kisah Khalifah II : Hb Rendah(Anemia)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


13 Disember 2015

dari mengandungkan Fateh Uwais dulu lagi HB memang semedang rendah nya. ada la sekali HB normal 11.4. check up dua minggu sebelum bersalin kohkohkoh. tapi yang herannya time tak pregnant elok je HB tu normal. siap 13.6 lagi tuuuuu. haihhhh d u g a a n nnnnnnnnn

bila HB rendah mula la kena ambik darah banyak. kalau tidak boleh je ketip2 hujung jari tapi sebab HB rendah gamaknya kena ambik sebotol kecik tu. sakit tau tak sobsssss. 



bahaya ke HB rendah? HB tu ape? HB adalah hemoglobin dalam darah. dalam bahasa pasarnya kepekatan darah seseorang. time pregnant HB rendah adalah bahaya sikit. kalau tumpah darah, bila darah cair takut ibu akan kehilangan darah yang banyak dan mungkin boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. anak dalam kandungan pun risau effect apa2 contohnya berat kurang atau gugur atau mati dalam perut. ibu pun boleh jadi lemah dan lesu yang boleh mengakibatkan pitam atau pengsan. tapi alhamdulilah Fateh Uwais dulu sihat selamat bertubuh badan sampai sekarang. alhamdulilah Allah pelihara. moga Allah pelihara adik baby uwais ni jugak serta ummi mereka amin amin. 

jadi apa yang saya amalkan sepanjang HB rendah ni?

Iron Tablets



vitamin ni kaler coklat memang tersangatlah tak sedap. telan pun sambil pejam-pejam mata. yang lagi tak best bila sedawa rasa aura besi keluar erkkkk. time buang air besar bau najis pun bau besi karat tu haaaa. uwekkkkkk. orang lain yang HB rendah tetap kena makan Iron Tablets ni time pregnant cuma sebijik atau dua bijik sehari je. tapi ummi kena makan 4 bijik sehari. sobssssss lagi

Hati Lembu

Hati lembu goreng berempah. resepi dekat sini

tapi orang kata tak berapa elok sangat makan organ dalaman ni. lagi tak elok kalau hati ayam. maka makan la hati lembu. 

Bayam Merah



bayam hijau tak aci. sebab bayam tu warna merah darah kot. kot lah ekekeekkee :p weekend lepas buat masak lemak bayam merah. terus kuah jadi kaler pink. merah bayam tu keluar gamaknya. ke saya yang salah masak? errr errrr

Pegaga




Rupanya pegaga tersangatlah elok untuk orang mengandung yang HB rendah ni ye kawan-kawan. tau pun masa selak-selak dekat belakang buku pink yang baru ni. banyak jugak info dia letak dalam tu. 



dan rupanya bila dah start ambik iron tablets tu ada pantang larangnya. punnn dapat tau masa baca info belakang buku pink yang baru tu. buku pink masa pregnantkan Uwais dulu takde info macam tu.



Air Bikarbonat, air ber kafein, kena elakkan lepas sejam makan iron tablets tu. dan kena makan masa perut kosong. tak boleh makan lepas ko dah kenyang makan macam2 herrrrrrrrrr

10 Januari 2016



berdebar nak tunggu result hb. sekali tengok. drop lagi?????? bulan lepas 10.6 bulan ni 10.0 jerrr padahal telan iron tablets tu sampai habis 60 bijik tu. sehari empat bijik haaaaa. habuan la hari ni kena cucuk ambik darah dua lengan. sekali nak check hb, sekali lagi nak check nutrisi. sobsss sobssss. dan kali ni dokte tukar iberet pulak. tabahlah makkkkkk. tapi makan iberet yang bestnya makan sebijik dah cukup. tak payah nak makan empat jenis vitamin yang biasa ibu mengandung makan tu dah hewhewhew. cumanya kena makan time perut kosong, dua jam sebelum sarapan pagi dan diambil bersama air kosong atau jus buah. 

balik mengadu dekat Fateh Uwais yang dokte(padahal nurse mihmihmih) cucuk lengan ummi sampai lebam dua lengan sambil tunjuk kesan lebam.

"takpe.. nanti adik habaq kat okte"

"adik nak habaq ape dekat dokte?" - ummi

"yelaaa jangan cucuk ummi lagi"

alaaaaa sweetnya awak anak. terus hilang terbang sakit ummi kena cucuk :)

(gambar lama)

1 Februari nanti ada lagi ujian darah nak tengok serasi tak dengan iberet yang baru dokte tukar tu. kalau tak serasi jugak nak beli Vita Lea Shaklee tula. nak makan yang tu pulak. seingatnya dulu lepas makan vita lea yang hb tetiba naik 11.4 tu. takpe la kita cuba la ikut cara apa pun selain makan benda2 lain macam jambu batu, dan lain2 tu. 


post signature

30 April 2014

Review : ESP, Alfalfa, Vita Lea dan Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sebenarnya saya nie bukan lah seorang yang mudah nak makan pil-pil supplement, ubat dan sewaktu dengannya. kalau sakit demam tue jangan harap nak makan ubat selagi tak betol-betol teruk. tapi sejak-sejak hamilkan Fateh Uwais dulu terpaksa rela telan segala jenis pil selagi alasan "demi anak". pasrah aje ummi nie tau tak anak. 

Vita Lea Shaklee

disebabkan saya ada masalah hb kurang masa pregnant dulu. saya pun cari la alternatif lain untuk dapat supplement yang mencukupi selain iberet yang saya duk makan. google dan jumpa Vita Lea shaklee untuk masalah hb kurang semasa hamil. saya ambik sebijik waktu pagi selepas makan. Alhamdulilah untuk check up bulan berikutnya dah mula nampak tanda-tanda hb naik semula banding sebelumnya. juga sesuai untuk ibu dalam pantang dan menyusu demi mendapatkan zat besi yang mencukupi setiap hari.

ESP

ambik satu sudu pagi dan satu sudu malam bersama Anmum Lacta atau minuman lain selain kafein dan air bikarbonat. Alhamdulilah berkat izin Allah lepas je makan nie Fateh Uwais kurang dah aktiviti menyusu, gantung lelama. nampak yang dia cepat kenyang lepas menyusu. susu pun alhamdulilah makin banyak. selain mengeyangkan perot si kecik, ummi pun kenyang sekali. sungguh makan nie terasa la perot tue 'kejap' kalau tidak tue terhegeh-hegeh lapar setiap kali baru bangun tido. 

ESP nie banyak fungsi dia. untuk kurus, untuk tambah berat badan, untuk kawal kolestrol dalam badan, untuk cantik, untuk rawat tumit pecah merekah dan macam-macam lagi. alhamdulilah lepas minum botol pertama dah nampak perubahan merekah pada tumit, makin licin. dan alhamdulilah berkat izin Allah sekali lagi. lepas 2 botol ESP tumit dah takde pecah merekah, syukur.

Alfalfa Complex

saya ambik dua bijik selepas menyusu dan selepas proses pam susu. untuk optimumkan penghasilan susu yang baru. Alhamdulilah Allah izinkan jugak usaha saya nie, susu makin banyak dan masih cukup untuk Fateh Uwais sehingga 8 bulan nie. moga Allah izinkan dan murahkan rezeki saya menyusukan dia sampai 2 tahun. amin amin

dan lagi satu. Alfalfa membantu menyahkan toksin dalam badan. setiap hari memang akan terasa nak buang sisa toksik dalam perot nie haaa. insyaAllah takde masalah sembelit masa dalam pantang mahupun selepas itu. cumanya kena banyak minum air kosong. sesuai jugak untuk kurangkan berat badan. tapi niat utama saya bukan untuk kurangkan berat badan la.


bagi sesape yang tak boleh minum susu. boleh ganti dengan ostematrix. sesuai untuk menggantikan kalsium yang tak dapat dalam susu tadi tue. kira macam susu dalam bentul pil la ostematrix nie. sesuai untuk sesape yang sakit sendi, sakit-sakit belakang. Alhamdulilah lepas saya makan nie, rasa segar la sikit bila nak bangun pagi. kalau tidak rasa tak cukup sangat tido malam. dengan terjaga tengah malam anak mintak susu, alhamdulilah berkat izin Allah.

sangat sesuai untuk ibu hamil. juga mengurangkan rasa kejang kat kaki akibat kekurangan kalsium yang diperlukan ibu dan anak. 

***************
 sesiapa yang berminat mendapatkan produk Shaklee boleh wassap saya di 0194942450. mesej pun boleh.

ajen Shaklee kawasan Alor Setar, Pulau Pinang dan Ipoh :)
 
hanya boleh review produk yang saya pernah guna. lain-lain produk tak berani review sebab tak pernah cuba lagi. tapi bagi sesape yang teringin nak guna produk Shaklee boleh hubungi saya ye. tq :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...