Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Resepi Stock Ayam Homemade. Show all posts
Showing posts with label Resepi Stock Ayam Homemade. Show all posts

06 October 2015

Resepi Stock Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


biasa beli kiub ayam tu je haaa. tapi lepas baca entry ummi ruzz buat stock ayam sendiri. eh eh kita pun nak buat jugak lah. hahahahaha. resepi asal dari ummi ruzz. tenkiu kerana berkongsi ;)


saya guna rangka ayam masa tu. kalau nak guna kaki ayam pun boleh. kalau kaki ayam hasil dia jadi lebih berlemak krim. tapi sebab masa tu yang ada rangka je makanya kita pakai rangka aje la ek. kuantiti bahan sila agak-agak

  • Rangka ayam @ kaki ayam
  • bawang besar
  • halia 
  • bawang putih
  • carrot
  • saleri
  • lada sulah
  • bunjut sup
  • kentang
potong dadu segala sayur mayur tu. rebus dalam air yang banyak. tak perlu tambah garam atau bahan perasa lain. rebus lama dengan api sederhana sehingga tinggal 1/3 dari sukatan awal tadi tu. 

tutup api dan tunggu sampai sejuk air rebusan boleh ditapis dan simpan dalam peti beku. bila nak guna cuma bawak keluar dan tambah dalam masakan korang. masa rebus tu bau dia memang harummmmmmmm, bila dah jadi stock pun masakan jadi sedap. tak payah dah nak pakai kiub ayam tu lagi haaa. kiub ayam pun ada msg ok kofkofkof

rangka ayam yang balance lepas kena tapis tu boleh la diperap bersama sos tiram, madu, daun parsley, oregano dan goreng garing2. sedap oiii makan rangka gitu je haaaaa hihihihihi

selamat mencuba!!!!! 



post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...