Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10 April 2023

Ajar Anak Puasa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulilah 19 Ramadhan dah hari ni. Duk tak duk 19 puasa dah kita. Saya memang alert berapa ramadhan setiap hari. Furqan Uqbah setiap hari akan tanya. Berapa hari dah kita puasa ummi?? Lagi berapa jam nak berbuka ummi??


Sebab dia baik, tak merengek nak batal posa sistur layan jela. Alhamdulilah 6Y11M tahun ni dia puasa penuh tak pernah tinggal. Jadi jawab jela soalan dia walaupun rasa penat hari hari soalan sama ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Ada kawan2 tanya macam mana nak ajar anak kecil puasa? Ye puasa sebelum baligh tak wajib pun. Yang wajib solat. Masuk je 7 tahun wajib dah solat 5 waktu. Saya memang galakkan dorang puasa dari kecil. Saya sentiasa pegang "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Nanti esok kalau dah jadi buluh baru nak lentur takut buluh libas kena muka balik.



Masa 4 tahun walaupun sekolah saya tak suruh puasa pun. Kalau dia tengok kawan2 puasa bagitau je "awak kecik lagi tak payah puasa tunggu dah besar sikit lagi baru belajar puasa"


Umur 5 tahun saya dah mula ajar puasa. Puasa separuh hari. Waktu hari sekolah. Balik tengahari offer kalau nak makan. Kalau dia taknak makan takpe kita raikan sampai mana dia larat puasa. Fasa 5 tahun ni memang saya tak tegas sangat pun bab puasa ni.


Masuk 6 tahun dah mula ajar dia penuh puasa sehari. Kalau ada hari yang dia tak larat nak skip tu pejam mata jela. Tapi full puasa sehari memang saya ajar. Nak bagi dia biasa. Lagipun dorang ni sebelum ni sekolah Pasti. Jadi Pasti untuk 6 tahun cikgu galakkan berpuasa. Jadi kita mudahkan kerja cikgu dan juga bantu mudahkan urusan anak dekat sekolah. Sebab tu penting mula ajar berpuasa masa umur 5 tahun.


Nanti masuk 7 tahun darjah 1. Kantin sekolah tak bukak, kawan2 dekat sekolah puasa nanti kalau dia tak puasa sian dia sorang dekat sekolah. Malu tu standard. Anak2 ni dia akan buat banyak sebab dan alasan untuk tak pergi sekolah. Jadi kita sediakan weapon kita siap2 ๐Ÿ˜‚ 

10 Tahun, 7 Tahun, 4 Tahun.. Untuk 2023

Untuk anak2 saya alhamdulilah cara tu berhasil. Tahun ni Fateh Uwais baru skip sehari, Furqan Uqbah masih penuh, Faiha Ulya makan non stop ๐Ÿ˜‚ Tapi bukan lah puasa menahan lapar dan dahaga saja. Saya dan suami ceritakan sekali kenapa kena berpuasa. Apa keistimewaan bila kita puasa. Apa kebaikan yang kita dapat dari berpuasa. Dan keistimewaan bulan ramadhan tu sekali. Alhamdulilah dorang faham dan seronok dan puasa disebabkan fadhilat yang diceritakan tu.


Tapi... tengok jugak keadaan anak tu. Kalau nampak dia tak larat sangat tak perlu nak paksa. Cuma galakkan. Contoh yang saya selalu buat


Dekat sekolah dah puasa 5 jam. Balik rehat sejam. Kafa 3 jam. balik Kafa 2 jam je lagi sebelum nak berbuka. Waktu yang ada yang boleh makan minum cuma 3 Jam. 8 jam dekat sekolah tetap kena puasa macam orang lain. Bukan ke rugi tu?


Bila sebut ayat ni dorang nampak dengan angka dorang lebih sayang nak pecah puasa. Dan kita sebagai parent kita tau banyak mana limit anak anak kita. Jadi tengok limit dorang sama. Selamat berpuasa semua anak anak. Selamat berjuang Ibu Ayah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...