Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

02 April 2012

Cerpen :: Bunga Cinta Dari Syurga II


Assalamualaikum dan salam sejahtera

kesinambungan cerpen Bunga Cinta Dari Syurga I

*****
“Sofia Abdul Majid kau bercakap seperti tiada iman. Kau lupa pada Yang Mencipta? Kau lupa pada kalimah Kun Fa Ya Kun?”

“isteri Nabi Ibrahim, Siti Sarah mandul namun bila mana Allah Maha Berkuasa berkata jadi! Maka jadilah. Siti Sarah melahirkan Nabi Ishak saat umurnya mencapai 90 tahun.” Shakir menambah. Dia sendiri buntu mahu melembutkan hati Sofia.

Sofia tergamam. Dia beristighfar. Air mata mula menghujani pipi mulusnya.

“setia juga sunnah Sofia. Aku setia menemani kau. Aku tahu hati kau menerima kehadiran aku hanya ego kau menolak aku. Aku akan tunggu kau. Aku tunggu jawapan kau yang mampu menggembirakan aku” Shakir  menyudahkan kata-katanya sebelum Sofia ditolak masuk ke wad bedah.

“aku sayangkan kau Shakir. Kau jangan tunggu aku” Shakir melepaskan Sofia dengan hujung matanya. Keluhan berat dilepaskan.


*****

Tiga bulan selepas pembedahan. Shakir dan Sofia mengambil keputusan untuk bertunang. Shakir yakin dengan keputusannya kerana dia yakin hatinya untuk Sofia. Berbeza dengan Sofia, dia keliru saat menerima lamaran Shakir, ingin mengundur dia khuatir Shakir terkilan lebih khuatir persahabatan antara mereka menjadi goyah.  Keluhan berat dilepaskan.

“Panjang mengeluh Sofi?” Hanis menegur saat mereka mencicah mangga sambil menikmati angin petang di beranda rumah.

Sofia tersedar sendiri, lupa dia bersama sahabatnya. Bibir dipaksa senyum.

“kalau kau nak kongsi apa-apa aku ada Sofi, jangan kau pendam sorang-sorang” Hanis tak jemu mengingatkan. Dia tahu sahabatnya yang seorang ini amat berat mulut andai dirinya dilanda masalah.

“mana kau dapat mangga muda nie? Sedap, manis berlemak pulak tue” Sofia mengalih topic perbualan. Dia lebih selesa memendam rasa.

 Hanis menggeleng dengan sikap diam diri Sofia. Memaksa bukan dirinya, andai Sofia sudah sedia berkongsi dia sudi mendengar. Dia hormat pendirian sahabatnya.

*****
“Sofi dah fikir bila tarikh nikah kita” Shakir mula bertanya sudah tiga bulan mereka bertunang, sedikit pun mereka tak sentuh perihal pernikahan mereka. Sofia tidak pernah bertanya.

Sofia kaget, sebolehnya dia mahu lari dari membincangkan perihal hari pernikahan mereka berdua, kerana itu juga dia selalu mengelak sekiranya Shakir mahu berjumpa. Bimbang lelaki itu tahu rasa hatinya.

“kau masih tak yakin dengan aku lagi Sofi?” Shakir mengeluh.

“maafkan aku Shakir, bagi aku masa” Sofia tunduk. Terdengar keluhan panjang Shakir.

“aku sedia beri walau banyak mana masa yang kau perlu. Cuma satu jer yang nak aku ingatkan” Shakir terdiam memungut kekuatan.

“alam pertunangan, waktu untuk kedua pasangan mengenal diri pasangan masing-masing. Andai tiada keserasian tak ada salahnya pertunangan diputuskan. Andai aku tak ada dalam hati kau, aku rela lepaskan kau demi kebahagiaan kau” Shakir bangun, jatuh air mata Sofia. Dia sebak, dia terharu.

“jangan paksa diri kau mencintai aku dan tolong jangan kasihani aku” sejurus Shakir melangkah.

 Sofia silap, sayangnya pada Shakir hanya sebagai sahabat, dia tersalah langkah kerana menyangka sayang sahabat boleh berubah menjadi sayang dan cinta kepada kekasih. Puas diajar mencintai Shakir, puas dididik menyayangi Shakir lebih dari sahabat namun dia rebah, kecewa dengan dirinya sendiri. Yang lebih membuat dia bersalah, sikap Shakir yang terlalu lembut dengannya. Tidak pernah melenting walau hati lelaki itu disakitinya.

*****
Shakir termenung melihat bulan didada langit. Mula mempersoal rasional tindakan yang baru dia buat petang tadi. Itulah kelemahannya, melihat raut keruh di wajah Sofia semahunya dielakkan. Sofia kesayangannya sejak kecil lagi. Melindungi dan menjadi benteng pertama dan terakhir untuk Sofia. Kerana itulah dia membuat keputusan melepaskan Sofia andai dia bukan kebahagiaan untuk Sofia.

“bro malam nie Chelsea lawan Arsenal, kau tak nak keluar tengok ke? Kau kan kipas susah mati Arsenal” tegur rakan rumahnya.

“jom” pantas jersi disarung ke badan. Melupakan sejenak keserabutan yang bersarang dijiwa.

Sofia puas menangis mengadu pada Ilahi. Meminta petunjuk menyelesaikan masalah hati. Memohon kekuatan agar dia mampu berdiri mendepani keputusannya. Hanya Allah tempat dia mengadu, mencurah rahsia hati kerana dia tahu Allah Yang Maha Esa pendengar setia, hanya padaNya dia temui jawapan. Akhirnya Sofia tertidur di tikar sembahyang di lenjuni hujan air mata.

*****
“aku terima nikahnya Nurul Sofia binti Abdul Majid dengan mas kahwin seribu lima ratus ringgit tunai”

Jatuh air mata Sofia saat suaminya melafazkan ijab dan Kabul mereka. Dia bersyukur dan bahagia dengan keputusan yang diambil. Keputusannya untuk bersandar pada jawapan Allah menemukannya dengan sinar kebahagiaan.

Shakir tersenyum bahagia melihat insan yang disayanginya tersenyum ceria. Tiada lagi raut duka, tiada lagi kerutan luka, hanya mekar senyuman dibibir. Dia bersyukur dan dia juga bahagia.

“terima kasih Allah” dalam sedar Shakir memanjat kesyukuran.

“selamat pengantin baru mama sofi, mama sofi cantik sangat hari nie” ucap Natasha girang sambil mengucup lembut pipi mulus Sofia. Sofia tersenyum senang melihat keletah si kecil dihadapannya.

“maaf Sofi,  tak sempat kami nak tahan, dah laju dia meluru” Sofia tertawa kecil.

“papa Arie!! Wahhhh ensemnya hari nie” suara si kecil itu melantun lagi. Semua yang hadir tertawa mendengar.

Sofia mengambil keputusan memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Shakir. Benar cinta ada kalanya boleh dipupuk, puas dia berusaha, berdoa agar punya rasa cinta buat Shakir, namun ternyata mereka hanya layak menjadi sahabat. Bertunang tak semestinya berkahwin. Tiada cacatnya andai ikatan pertunangan diputuskan, sebaliknya menjadi kesilapan andai meneruskan juga.

Shakir berkenalan dengan Nurul Iman saat mereka bertembung diluar masjid usai solat terawih. Bermula dari titik itu mereka mengambil keputusan menghalalkan hubungan dengan ikatan perkahwinan. Shakir tak pernah serik untuk jatuh cinta kerana dia tahu cinta satu perasaan suci yang dianugerahkan Ilahi.  

“hei! Apsal awak curi-curi tangkap gambar saya?” marah Sofia

“ehh apa pulak, Shakir upah saya shoot weeding dia kan? Suka hati saya la nak ambik gambar apa pun selagi tak lari tema weeding dia nie kan?” Sofia dah mula terloncat-loncat mahu merampas kamera Arie. Pantang baginya kalau ada yang mencuri-curi mengambil gambarnya.

“sekarang awak tak nak delete gambar yang saya ambil nie ke?” Arie mencuit hidung isteri kesayangannya. Tidak disangka titik perbalahan mereka semasa kenduri Shakir dan Nurul Iman tempoh hari membuahkan rasa cinta dihati masing-masing. Sofia hanya mempamerkan barisan giginya yang putih.

“sayang, saya bawakkan Bunga Cinta Dari Syurga untuk kekasih hati saya nie” seraya Arie menyerahkan keputusan hospital yang diambil tempoh hari.

“apa nya awak nie? Report  nie dah biasa saya terima dari hospital. Owh yang istimewanya sebab awak ambil sendiri tanpa saya ye?” lantas Sofia terdiam dia terkedu saat membaca kertas yang berada ditanggannya. Air matanya jatuh.

“bunga cinta anugerah dari Ilahi, untuk kita didik menjadi ahli syurga, mendoakan kita disana bila kita dah tak ada nanti” bisik Arie ditepi telinga Sofia sambil mendakap erat buah hati kesayangannya.

Kun Fa Ya Kun, Allah Yang Maha Kuasa. Dengan kuasaNya Sofia disahkan mengandung dua bulan biarpun separuh dari rahimnya terpaksa dibuang. Usaha, doa dan tawakal, Allah sentiasa bersama orang yang sabar, tidak berputus asa dan bersandar harap padaNya.

8 comments:

Teenager Housemaid said...

“bunga cinta anugerah dari Ilahi, untuk kita didik menjadi ahli syurga, mendoakan kita disana bila kita dah tak ada nanti” <--suka ayat ni..:)

Ruzzezanie said...

ko suka wat aku sebak dengan cerpen seciput ko kan? saya hati kamu pun same!

shahjiehan said...

wah... pandainya kira tulis cerpennn

kay_are said...

waah.. ending cite ni luar expectation aku r.. tibe2 leh lak kuar watak iman ngan arie tu.. pastu hero cite ngan heroin tak jadi kawin tapi kawin ngan orang lain.. betul r jodoh tu di tangan Tuhan.. ape pun cite ni memang sweet!

Iffah Afeefah said...

Wah ending nye lain

npe tetibe sdih lak

kiera'sakura said...

Teenager housemaid : suka jugak :)

Ruzz : sedih tang mana cite nie? huhu

SJ : amatur jer nie ;)

Kay : aku mmg saja nk buat ending dia cm tue.. berkasih tak semestinya berkahwin kan... :)

Iffah : sedih? kt mana sedihnya? ke akak yg xde perasaan errr

MR & MRS MAKMUM said...

berderau darah bila part dia putus tunang ngan kawan baik dia tu....adehhhhhh ~

aryan azra said...

okeh berjaya buat airmata akak bergenang..best citer nih

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...