Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Teluk Bahang. Show all posts
Showing posts with label Teluk Bahang. Show all posts

16 April 2016

THE PENANG INTERNATIONAL TRIATHLON & DUATHLON (PGITD) 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



besok mulai jam 7am-12pm akan adanya Penang International Triathlon & Duathlon PGiTD dekat Teluk Bahang Penang sana. yang pastinya PGiTD disponser oleh Energy Drink No.1 dekat Thailand. Sponsor. satu naungan dengan energy Drink Red Bull. tapi yang istimewanya air tenaga Sponsor ni hanya boleh didapati di Pulau Pinang sahaja. negeri lain takde ok. makanya besok kalau berkesempatan sesape yang ada dekat sana boleh pergi ke event PGiTD untuk rasa sendiri kelazatan air energy Sponsor ini ;)

dah namanya Penang International dan sponser air tenaga by Sponsor pulak mestilah akan ada aktiviti yang menyihatkan badan dan keluarkan peluh!!! 





Penang International Triathlon & Duathlon ni akan dirasmikan oleh menteri besar pulau pinang Y.A.B. LIM GUAN ENG, General Manager of SPONSOR Malaysia, Mr.Charles Wong, and Chairman of G-Club Cyclist Penang, Dato Dr. Lim Seh Guan at Pantai Jubilee. Meanwhile, the Duathlon will be flagged off in
Teluk Bahang dam also at 7:15am by DIRECTOR OF COMMUNITY SERVICES
DEPARTMENT PENANG, RASHIDAH BINTI JALALUDIN, Pornsak Sermwiwatwong,
Senior Business Development Manager from TC Pharmaceutical and
Organizing Chairman of PgiTD 2016, Ben Woon.

yang terpaling penting jugak lokasi car park korang adalah seperti di bawah ini. jangan park sesuka hati ok. sila ikut arahan yang diberikan. kerjasama anda amatlah dihargai :D

1. Dewan Masyarakat Teluk Bahang
2. SJK © Eok Hua
3. Sek. Kebangsaan Teluk Bahang
4. Sek. Menengah Kebangsaan Teluk Bahang
5. ESCAPE Adventureplay Theme Park
6. Taman Rimba




We want you to share your most creative Sports moment and you could stand a chance to win a FitBit Charge worth RM599!
1) Upload a photo of you on your favourite sports below the comment with the hashtag ‪#‎sustainyourendurance‬ ‪#‎sportingaidbeverage‬
2) Share this post (make sure it's public)


Note: Don’t forget to LIKE our Facebook Page to get notified.

Winner will be chosen based on the most impressive moment. 
Contest starts 2/4/2016 at 10:00am and ends 22/4/2016, at 12pm!

yang paling penting korang jangan lupa singgah booth Sponsor untuk rasai sendiri kelazatan air minuman bertenaga yang baru datang ke Malaysia itu. dan rasa tu jangan lupa tangkap gambar dan share dekat IG dan korang. mana tau korang antara yang bertuah tu ;)

16 February 2016

Escape Penang : Wajib Tau!! Terutama Untuk Anak Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Sambungan entry semalam. Hewhewhew :D parking dekat sana korang jangan risau. Banyakkk dan setiap tempat parking tu diteduh dengan rimbunan pokok dan daun. Takde la berbahang sangat rasa time nak ambik kereta waktu nak balik. Kalau tak nak datang naik kereta boleh jugak naik bus rapid penang yang maha banyak tu. Tak silapnya naik bus no 101 atau 102. Kalau tak silap lah hihihi. Tapi sebut jela Escape. insyaAllah driver sana tau lah mana nak bawak ;) Kalau datang bersama kumpulan booking lebih awal dulu. Sebab ada jugak perasan aritu pihak Escape sediakan baju untuk dorang. Dapat 5% percent sorang tak silap harga tiket dari harga asal. Tak pasti yang ni sebab suami yang cerita. Dia beramah tamah dengan pengunjung dekat sana. Dorang yang bagitau. Tapi korang adalah lebih baik rajin-rajin bukak web dorang. www.escape.my sebab kadang boleh dapat offer dari 10% sampai 50% kalau kena masanya. Beli tiket online lagi menguntungkan dari walk in. kalau nak pegi tahun depan pun boleh book siap siap tahun ni. lagi banyak offer boleh dapat.



Harga tiket tertera seperti di atas. Memang quit expensive tapi berbaloi bagi kami. Hampa jangan pulak mai pukul 11 macam tu memang rugi la sebab tak dapat buat banyak aktiviti. Escape bukak pukul 9 pagi jadi sebelum 9 mula lah terpacak depan kaunter dorang. Jadinya bukak je gate hampa boleh serbu masuk. Tapi sebelum tu jangan risau. Instructor dorang akan bagi taklimat dan guide untuk setiap aktiviti dalam tu. Yang penting jangan dok buat kepala sendiri sudah. Setiap aktiviti ada peraturannya ye.





Sebelum masuk make sure hadam map ni betoi2. Masuk je gate akan nampak tempat aktiviti Monkey Bussiness(no 28) tapi pendapat saya jangan mula dengan aktiviti tu dulu. Sebab aktiviti tu makan masa nak habis. Masa banyak habis dengan tunggu giliran orang sebelum kita. Sebabnya satu plantar had maksimum tiga orang je boleh tunggu giliran. Jadinya pergi cuba buat aktiviti lain dulu. Nanti dah last2 baru mai buat Monkey Bussiness. Jangan risau escape tutup pukul 6 petang. Akan ada masa korang main semua aktiviti kalau pandai atur. Dan jangan berat mulut untuk tanya Escape Team dekat mana lokasi sesuatu kawasan tu. Lebih menjimatkan masa korang dari tercari-cari sendiri.



Mana yang bawak anak kecik macam kami. Fateh Uwais tu tak banyak aktiviti dia boleh buat. nama lagi masuk pun free hihihi. Boleh rujuk map. Nampak tak dalam kotak future kid berwarna merah. Jadi korang rujuk dot berwarna merah dekat list legend tu. Dot berwarna merah tu khas untuk kids berumur 0-3 tahun.





Tapi tak semua yang berdot merah tu sesuai untuk Uwais jugak. Macam Tarzan’s Rope(no 19 dalam map) tak sesuai untuk Uwais. Sebab “too small” kata mereka. Bahaya. Jumping Jack (no 27) pun tak sesuai untuk Uwais. Tau dah sebab takde tanda dot merah dalam map. Tapi budak sorang tu teruja tengok orang boleh lompat-lompat atas tu. Menangis2 nak jugak main benda alah tu. Terpaksa la ummi bukak kasut dan bagi dia lompat2 je sikit atas tu. Buat lepas teringin. Tak cukup lagi gamaknya lompat dekat Jump Street dulu +.+ 







Sementara bagi abi peluang buat aktiviti sendiri. Yela Fateh Uwais kan kembo abi dia. Kalau dok merap dia bila masanya abi nak merasa main itu ini. sementara tunggu abi. Ummi pun bawak Uwais pergi main dekat Tots Trail (no 14) Ada lebih kurang 12 step yang Uwais kena lalu sebelum sampai ke garisan penamat. Dekat Tots Trails ni memang menguji kemampuan fizikal dan mental Fateh Uwais. Nampak dia mampu buat sendiri. Ummi yang sebak dan bangga. Anak ummi dah besar. Dah mampu buat sendiri rupanya. Tak perlu harap ummi untuk tolong dia.  Cuma ummi kena bersorak bagi semangat sampai kering tekak takmo moral dia down. Cumanya dia jadi manja bila tengok ada orang lain yang dia boleh harap. Nampak kakak awin dengan abang izzat datang terus jadi manja. Mintak tolong kakak nak lepas ujian tu. Tapi tak dinafikan. Lepas satu step ke satu step. Jadi makin mencabar dan lebih kena guna tenaga. Budak tu dah penat. Bila penat memang mental pun boleh drop. Tambah lagi bila nampak abi sampai dekat dia. Terussss “abiii selamatkan lah adik ni. Adik takuttttt. Adik tak larat dahhh” “abiii tolong lahhh” =..= tadi bolehhhh je. Manja!!! Walaupun awalnya rasa menyesal la jugak bagi anak main dekat situ sebab aktiviti dia panjang dan banyak tapi ubah balik mind set “aku nak ajar anak jadi kuat, jadi biar dia buat sendiri” alhamdulilah, ummi bangga dengan kemampuan awak sayang.





botol air, makanan tak dibenarkan bawak masuk sekali. boleh tinggal dekat dalam kereta. beg boleh letak dalam locker yang diorang sediakan dekat bahagian dalam berdepan dengan tandas. bebila nak ambik barang cuma perlu tekan passcode yang pihak kaunter akan bagi dan lepas pintu terbukak ambik la barang korang. bab makan dan air jangan risau dalam Escape tu sendiri ada foodcourt yang jual macam-macam makanan dan air. tapi sebelum tu kena top up kredit korang dekat kaunter depan. minimum RM10 dan dapatkan passcode dulu. passcode tu la yang korang kena gunakan bila nak beli apa-apa dan bukak locker korang tadi. dekat dalam escape dorang tak pakai cash. tapi kena rahsiakan passcode dari pengetahuan orang lain. sebabnya incase ada lagi baki, sebelum check out boleh refund balik dekat kaunter yang sama. kalau tak cukup masa nak membeli, boleh refill. mudah. hihihi

belum masuk buat aktiviti dekat dalam dah basah berlemoih berpeluh dah budak sorang ni. melasak dekat luar. haihhh becak tiak dengan dia sorang

Info lain yang ada dekat escape. Dan aktiviti lain yang Fateh Uwais buat dekat Escape akan bersambung di entry berikutnya. Ummi rasa macam dah terlalu panjang pulak nanti mata kengkawan pun blink blink nak baca. lagi pulak ada la jugak modal nak update blog hari2 kihkihkih ;p

Entry lain mengenai Escape Penang :-






Operation Hours

Tuesday – Sunday
9am to 6pm

Ticket counter closes at 4.30pm

Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia

T : +604 881 1106
F : +604 881 3106


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...