Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

24 June 2015

Setinggan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

iye, saya dulu duduk setinggan je. setinggan tu bermaksud kita duduk menumpang di tanah kerajaan. itu bahasa sopan. kalau bahasa kasarnya kita menceroboh tanah kerajaan gituuuuu hewhewhew. tapi kalau dulu-dulu takde orang nak kacau sangat. saya dengan family duduk setinggan sampai umur saya 12 tahun kalau tak silap. berpuluh tahun rasanya duduk setinggan. alhamdulilah Allah pelihara sepanjang menumpang dibumi nya ini :)

rumah masa tu rumah papan, depan rumah ada lombong besar. dekat situ lah kami mandi, basuh baju. tapi lombong dulu bersih yakmat. kain napkin putih adik beradik kami tetap kekal putih berseri walau basuh dengan air lombong sahaja. takde kuning2 berkarat ke ape ke pun.



dalam rumah ada perigi. kalau nak guna air kena pam dulu. nak mencedok memang idok la dah perigi pun dalam kemainnnn. sumber letrik memang takde. hari2 guna bateri jana kuasa. makanya tv hanya dapat ditengok bila balik kampung mama. malam2 pakai pelita minyak tanah. nak iron baju pakai seterika letak arang. susah? ye memang kami orang susah dulu tapi alhamdulilah masih kekal bahagia sampai sekarang ;)

dekat tepi rumah papa bela macam2. ayam kampung, rabbit. bercucuk tanam itu ini. tapi binatang semua tu kadang takdan pun kami nak sembelih makan. duduk tepi sungai. ular sawa rajin naik makan dorang semua >.<

toilet buang air papa buat atas sungai. pakai papan je. meniti atas jambatan kecik dan duduk la dalam bilik air tu. takde flush kawan2 sebab lubang nya terusssss dalam sungai ituuuu hewhewhew. kalau air sungai naik deras alamatnya hanyut lah sekali jamban titewwwwww hahahahaha.

sampai la saya darjah 6 masa tu dah ada tanah milik sendiri. papa bawak keluar duit kwsp dia. buat rumah kami yang ada sampai sekarang ni. barulah masuk sumber air paip, letrik. kenangan betoi. banyak kenangan kami adik beradik situ. kalau pergi balik kawasan setinggan kami tu dah hutan dekat situ. lalang naik kemain tinggi. rumah papan kami pun dah tak wujud gamaknya :D

susah, senang, ombak duri semua tu mengajar erti kehidupan yang sebenar. cuma beza kuat atau tidak, sabar atau tak je. alah bisa tegal biasa kata orang. moga anak2 kami nanti pun mampu jadi kebal dengan erti kepayahan hidup. walau rumah kecik, hidup susah tapi alhamdulilah family tetap bahagia tetap berkasih sayang setiap hari.

Love all of you family ;')


post signature

05 August 2014

Selamat Hari Raya!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

choiiiii lama gila engkau cuti ye kira oiiii!!! hewhewhew. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin pada semua. open house tahun ni kaya dengan bihun/soto sup. Alhamdulilah rezeki mencurah-curah. ada yang nak jemput kami bertiga ke rumah? :D


Alhamdulilah tahun ni giliran beraya dikampung saya. kakak-kakak yang dah berkeluarga pun giliran diorang ke rumah mama papa. boleh la kumpul adik beradik reramai. malam raya dah plan nak solat jemaah, baca yassin dengan takbir sesiap. tapi takbir nya tak jadi pasal tak dengar pengumuman raya esoknya =.= makin besar, makin meriah keluarga kami. cucu mama papa pun cukup lengkap ada 5 orang semuanya. riuh dengan suara diorang aje la. 


haaaa yang ini gambar sebalik tabir sebelum betul-betul punya gambar raya keluar. macam-macam karenah. macam-macam perangai sorang-sorang. budak kecik dua orang tula yang banyak cerita. si abang Danial dengan si adik Uwais. orang tu nangis orang ni diam. kejap lagi tukar pulak yang tu nangis. adoiiiii lah anak.


besar-besar dah anak ummi ni. balik kampung Uwais ramai kakak abang. dengan kakak tak berapa nak main sangat. pantang nampak abang-abang lalu depan mata mesti mengekor. mentang dah dapat kaki boleh laju siki. abang berlari dia pun sibuk nak berlari sama. abang terguling tido pengsan, tapi dia tak nak tido-tido sibuk nak sambung main =.=


memasing dah ada keluarga kecik sendiri tapi memasing jugak masih manja dengan mama papa. cinta hati sampai syurga sana. insyaAllah amin amin. bila reramai macam ni sonok konvoi raya ziarah rumah sedara mara. alhamdulilah. tahun depan tunggu adik kecik balik boleh konvoi lagi ek. jangan tinggalkan daku tauuuu. hikhikhik :p

11 June 2014

Pantai Morib Banting, ICT Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


balik dari Taman Rama-rama terus ke rumah kakak dekat Banting. tido semalam kat sana. dapat la mama main dengan cucu mama dua orang lagi tue. konon malamnya nak ke ICT, tapi badan masing-masing dah letih. tukar plan pergi sabtunya pulak sebelum balik ipoh.

sabtu pepagi kakak dengan abang lang bawak melepak dekat Pantai Morib. ambik angin laut pepagi katanya. bebudak kecik seronok kemain dapat lepas bebas berlari atas tanah. Fateh Uwais tak senang duduk tengok abang Danial seronok berlari sana sini. dia pun nak berlari sama. muka seronok sungguh dapat berlari sekali dengan abang. dia? mestilah abi yang pegang sambil berlari terkedek-kedek hihihi

dekat Pantai Morib cuma boleh ambik angin, main bubble, makan-makan. banyak la kedai-kedai yang jual layang-layang, bubble semua tue. tinggal nak pilih dan beli saja. kalau nak turun mandi air laut jauh sikit kena berjalan. air laut nya tak pasti pulak bersih ke tidak.


lepas makan tengahari terus ke ICT Shah Alam. abang long nak masuk Trick Art Gallery. tiket masuk seorang RM15 tak kira la dewasa atau kanak-kanak. kami bertiga tak masuk pasal masa awal pembukaan dulu dah pernah masuk. kalau dulu tiket sorang tak sampai sepuluh ringgit rasanya. sekarang kemain mahal nasib la takde nafsu nak masuk situ pun. 

cuma bawak Fateh Uwais kami jenjalan pusing area ICT sementara tunggu mama, along dengan budak dua orang habis pusing dalam art gallery. banyak benda baru dekat ICT. ada water world, gallery patung berbentuk artis(ape namanya pun ntah, Red Carpet gamaknya kot), kiosk mainan token macam dekat fun fair tue, macam-macam lagi selain yang memang dok ada kat sana. 

dan ummi awal-awal lagi dah cakap dekat abi nak naik macam komuter duk pusing-pusing tue. menda ape ntah tak ingat namanya. kalau malam lagi seronok la pasal boleh tengok banyak lampu keliling. kami naik waktu siang. RM20 satu kereta. satu kereta boleh naik 2 orang saja. tak kira la orang dewasa atau kanak-kanak. maximum 2 orang saja. preggy women and baby tak dibenarkan naik. terpaksa la tinggalkan Fateh Uwais dekat bawah dengan opah dan ibu dia. 

mulanya kata opah muka budak tue nak nanges dah tengok ummi dengan abi tinggalkan. tapi bila opah suruh tengok atas, nampak ummi abi terus ceria balik muka dia. takut kena tinggal letewwww. gayat oiiii naik menda alah tue. sebenarnya kereta boleh berpusing-pusing ikut suka kita lah. nak tengok side depan kiri kanan atau belakang. tapi ummi is gayat. jerit-jerit kat atas tue bila abi nak pusing stereng. sudahnya berpaut jela kat lengan abi macam gambo atas. kes penakut la tue. takde menda lain dah =.=

abi kata nasib la depa tak bagi bawak anak naik. ummi pun tak boleh handle diri sendiri macam mana nak handle anak pulak. hewhewhew :p. so far puas hati lah bayar RM20. kalau tak gayat boleh pusing tengok keliling.



 nanti kita ajak abi jenjalan lagi ye yayang kecik ;)

tiket parking kami RM3 sahaja. tak pasti la kami duduk situ berapa jam. nak cari parking susahnya oiii silapnya kami sebab tak tau jalan nak masuk parking dalam banggunan. kalau mai malam confirm lagi berpeluh ketiak cari parking =.= Fateh Uwais tak eksaited pun masuk ICT. kalau masuk time malam mungkin dia teruja pasal suka tengok banyak lampu. takpe insyaAllah next time ye laling.

keluar ict abi tanya nak makan ape. terus teringat kedai burger abang burn kat luar ict. masuk ke situ. awal pembukaan dulu masa kami makan, seronok je. tapi sekarang sangat mendukacitakan. meatball rasa hangit. pisau potong burger tak bagi. kalau burger kecik macam burger KFC tue boleh la terima akal nak makan ngap macam tue je. ini burger lapis tue kau nak suruh orang gigit telan macam tue je. fikir la logik akal sikit. kalau orang kondem, marah pulak nanti kata melayu tak supported melayu. tapi nak supported macam mana kalau meniaga serupa tak ikhlas. abi kata ini last kita makan sini, lepas nie tak masuk dah. gambo pun takde. nampak sangat marahnya ummi abi. huh!!

10 June 2014

Planetarium Dan Taman Rama-Rama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


haaaaa itulah abang long. abang long dekat 4 orang adik. adik-adik sepupu yang pastinya. anak sulung kakak saya yang sulung. katanya teringin nak berjalan ke KL, nak tengok taman rama-rama dengan petrosains. memandangkan saya dengan suami ada masa terluang bawak la family ke sana. tunaikan hajat anak-anak. reward untuk usaha dia dalam peperiksaan pertengahan tahun. dapat no dua dalam darjah. tahniah abang long. ini hadiah dari pakcik dengan achik tau. kemain semangat sembur perfume dekat jari semata nak rama-rama hinggap dekat dia. 

jumaat pagi bergerak dari Ipoh, sampai KL dalam jam 11.30am macam tue. terus ke taman rama-rama. rupanya area kawasan tue ada macam-macam galeri kesenian. terlepas simpang ke taman rama-rama. teruskan perjalanan dulu, dan nampak galeri kesenian islam, nak masuk tapi tatau pintu dia kat mana, sudahnya lupa terus hajat nak masuk situ =.=. jalan depan lagi nampak Planetarium pusing stereng masuk situ. 

Planetarium masuk percuma setiap hari isnin-jumaat, dan berbayar sabtu dan ahad (tak silap). kami masuk jumaat lepas percuma. muzium yang menceritakan perihal seluruh planet di dunia. ada alatan yang boleh kita cuba. jisim planet tersebut, ketumpatan dan lain-lain. yang minat sains boleh datang ke sini cuba macam-macam modal yang diorang pamerkan. modal dia kondisi masih baik lagi. lupa nak snap gambo modal-modal yang dipamerkan. adehhhh


Planetarium selesai, terus ke Taman Rama-Rama. petrosains cancel memandangkan dah puas cuba macam-macam dekat Planetarium. tiket masuk ke taman rama-rama kuala lumpur. dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5 bagi warganegara malaysia. dalam taman rama-rama ada kolam ikan koi. taman rama-rama melaka pun ada kolam ikan. lagi besar dari kolam ikan taman rama-rama kl nie.kecik ke besar ke asal ada ikan Fateh Uwais mesti teruja nak tengok ikan yang ada. kami suspek ikan kat sini kelaparan. baru menapak atas batu tue berbondong-bondong semua mai dekat.


walaupun rama-rama kat sini tak sebanyak rama-rama dekat melaka tapi disejukkan hati bila tengok banyak haiwan yang tak pernah dilihat ada dipamerkan dekat sini. yang atas tue Moving Leaf. serangga yang sebijik bentuk daun, kalau tak tengok betul-betul tak tau pun itu serangga. Turtle Kepala Naga tak silap, Katak Bertanduk dan macam-macam jenis rama-rama ada dekat sana. ada jugak serangga sebijik bentuk ranting kayu. tak snap pulak gambar nya.


dah keluar dari taman-taman rama boleh nampak berbagai jenis serangga. kala jengking, kumbang pelbagai spesies, ulat macam-macam la. tak sempat nak tangkap gambo lelebih pasal Fateh Uwais dah mengantuk. muka masam mencuka. nak ajak bergambar pun tak bagi kerjasama dah.

kami suami isteri suka pergi tempat-tempat macam nie. yang boleh belajar benda baru, boleh baca sejarah dia. benda-benda ilmu yang bermanfaat. ilmu masuk, otak pun segar. nanti kita ke Muzium Padi Kedah pulak ye.

22 November 2012

Bila Dah Kawen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

terima kasih pada semua yang wish dan mendoakan pada entry yang lepas. saya hargainya terima kasih sangat :) saya heran betol bila ramai yang mai datang cakap kat saya "buah baru lagi wangi la, tunggu lama sikit"

tau tak apa maksud dorang? maksudnya sekarang nie saya di awal perkahwinan, masih dalam mood bulan madu sebab tue tengok hp pun senyum. tengok gambar pun nanges sebab rindu. kata dorang "alah baru lagi memang macam tue nanti dah lama-lama tak jadi apa dah"

saya senyum je malas nak buang air liur bertekak dengan orang macam tue tapi cepat-cepat doa dalam hati biarlah wangi dan indahnya ikatan perkahwinan saya hari ini dan semalam berpanjangan hingga ke syurga. confress dengan Jusiza, betol jugak kata dia "dah tue ampa yang kata dah lama tak wangi tue maknanya rumah tangga ampa skang nie dah tak indah macam baru kawen ritu la ye?" kan? setuju tak apa yang dia kata. saya setuju.

bangun dah ubahlah mind set tue. setiap kata yang keluar dari hati dan bibir adalah satu doa. apa salahnya kalau doakan yang baik untuk kengkawan ini tak ada pulak ada kata macam tue. sebelum kawen disogokkan dengan banyaknya masalah dalam rumah tangga. dah kawen dihidangkan pulak dengan cerita yang menakutkan. dah ada anak pulak nanti sibuk dok cucuk itu ini. nasihat boleh tapi bukan meletakkan keputusan dan sebeban masalah lain pada si empunya diri.

sebab apa ramai budak muda takut nak mendirikan rumah tangga? sebab ditakutkan dengan pelbagai masalah rumah tangga yang membebankan. sebab apa banyak masalah tak dapat diketahui punca sebab ramai yang tolong buat keputusan, sebab apa banyak kes cerai yang berlaku salah satunya kerana doa dari mereka yang sekeliling kita.

bukan saya menolakkan hukum takdir Allah. tak sama sekali. tapi lupakah kita yang takdir kita boleh diubah melainkan ajal. kalau tidak tak kan Dia sebut "Aku takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri" jadi ubah cara bercakap dan berfikir. doakan yang baik, dedua dapat kebaikan kalau diizinkanNya. yang disana dapat rahmat Allah yang kita pun dapat rahmat Allah dengan beroleh pahala. wallahualam. 

lagi satu soklan yang paling benci saya nak dengar sekarang nie "dah ke belum?" paham paham jela bagi yang dah bernikah nie. jawapan saya "hal rumahtangga bukan boleh dijaja merata, tak kan nak cerita hal bilik tidur kat semua orang" lepas tue pakat semua orang buat muka kerang. sungguh meluat!!!!!


rini khamis boleh balik jumpa suami yeaayyyyy :p semoga indahnya hari kami, kukuhnya ikatan ini berpanjangan hingga ke syurga Amin. saya sayang suami saya dunia akhirat. #LapAyaqMata 

03 October 2012

Adik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ye saya seorang adik pada dua kakak dan sorang abang kandung dan punya sorang adik secara DNA nya lah kan. adik saya laki. betol la kata orang adik laki dan perempuan nie sangat berbeza rapatnya. saya ingat lagi masa mama mengandungkan adik, saya takmau adik tue saya benci. saya cukup tak suka dengan adik. sampai la bila dah besar kami langsung tak boleh dekat mesti nak gaduh. bukan gaduh biasa. kalau hujungnya takda yang kena pukul tak kena marah dengan mama papa mesti tak sah. bila saya dah mula berhijrah ke sini baru la kami tak bergaduh dah. betul la kata pepatah "dekat bau taik jauh bau bunga" masa dia ke PLKN dulu tiap kali balik ziarah dia kat kem salam cium pipi kiri kanan. perghhh pestime kot nak kiss kiss adik sendiri kihkihkih :p

dari sekolah dulu saya selalu jadi 'kakak' dekat adik-adik junior nie. ingat lagi masa saya jadi AJK tertinggi pengawas pusat sumber satu geng junior tue jadi adik saya. satu geng tue laki. kalau saya yang bagi arahan cepat je diorang ikut. sebab saya kakak yang garang tapi sweet ok. sweet tue penting :p tak ikut kena jeling. jenis saya kalau saya marah saya diam takmau cakap dengan sesapa. time tue baru la nampak semua beransur buat keja macam tikus terserempak kucing. kelakar je bila ingat balik. hihihi. time nak ambik result SPM yang best, semua adik-adik mai kerumun kakak depa nie. alahai rindunya ke adik-adik junior dulu. skang kalau terserempak mana-mana mesti diorang tegur malangnya kakak senior hampa nie tak ingat nama hampa sorang-sorang =.='

dah jadi blogger makin ramai la adik-adik maya saya. adik-adik KBU je dah tak terbilang ramainya. adik-adik blogger yang lain lagi macam Iffah, Noraim antara adik yang agak rapat la jugak dengan saya. seronok jadi kakak nie. bila da pape yang jadi kat diorang lelaju je datang cari saya mengadu itu ini. wahhh terharu akak dik bila akak orang yang pertama awak cari. terasa akak penting pulak dalam hidup awak. perasan ke perasaan je nie? errrrr ...

saya suka jadi tempat adik-adik atau sesape nak berkongsi kesedihan. berkongsi masalah. sedaya upaya saya cuba isi kekosongan tue. sedaya upaya saya jadi telinga yang baik untuk mendengar dan saya jadi bahagia bila kesedihan awak tue beransur pergi. suka jadi tempat untuk awak tumpang bersandar mencari kekuatan. tapi saya tak suka bila dilupakan time awak dalam kesedihan. saya jadi nak marah sebab awak tak cari saya. 

dan yang lagi seronok jadi kakak bila boleh buli adik-adik nie. boleh ngusik depa. kalau yang gegirl mungkin bahasa agak romantik la sikit. tapi kalau dengan spesies laki biasa saya pun jadi kasar sama kang tak pasal saya pulak yang kena buli. hoihhhh mana boleh!!! Alhamdulilah dengan adik-adik ipar pun boleh jadi rapat. saya pernah ada dalam situasi bakal adik ipar tak suka kan saya sungguh-sungguh. Alhamdulilah tak jadi kawen dengan abang dia. bersyukur dikurniakan adik-adik ipar dua orang yang kekadang gelong suka buli kak kira depa nie. grrrrr

Alhamdulilah bersyukur dikurniakan ramai adik-adik. saya bahagia. terima kasih Allah :)



#maaf sue pelik. x mampu jadi kakak awak sebab kita lahir sesama taun naga hihihi :p

29 August 2012

Rasa Yang Bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tok dan cucu keempatnya, kelima keenam ketujuh keseterusnya insyaAllah menyusul nanti *gatai* hahahaha :p

Alhamdulilah pagi nie mood dalam keadaan stabil mungkin sebab minggu nie hujan je jadinya tidur sedap bergulung dalam comfoter tebal, heaven nya rasanya hew hew hew... lagi bertambah gumbiranya hati bila minggu nie insyaAllah balik kampung, selang seminggu balik lagi haishh rasa macam nak nyanyi lagu raya tetiap hari hahaha :p , Pakcik yang memang ada kat kampung tue tak payah nak gelak dengki okey stapler molot tue kangggg

sementara ada mama papa kat rumah tue la nak balik jenguk pun, nak nak pulak ada peluang cuti nie kan. maanfaatkan masa yang ada bersama mereka yang tersayang. takde parents yang tak suka kalau anak-anak semua ada kat depan mata. ditambah buktikan lagi dengan mama masak macam-macam kalau kami adik beradik balik. kalau boleh dalam sehari tue semua makanan fevret kami kami nie je yang mama masak. yang pasti tomyam selalunya jadi menu rasmi saya bawak bekal balik loqstaq. hihi :p

selalunya kita kita yang bergelar anak nie bila parents dah takde baru la hegeh hegeh nak pi ziarah kubur kan. meratap pilu kat situ. bukan lah saya kata salah ziarah kubur tue tapi yang salahnya kalau time depa tue ada masih boleh nampak kita berkira sangat nak balik kampung tue kan. agaknya kalau arwah dalam kubur boleh bangun mesti dah dilempangnya ke muka anak tue, bila aku ada ko tak nak pulak balik rumah menangis rindu kat riba aku nie, bila dah takde baru ko nak hegeh hegeh menangis kat nisan aku nie.. haaa macam gitu la kot contohnya kalau yang dah meninggal boleh keluar dari kubur.

kesimpulannya bukanlah saya nak kata saya anak solehah yang balik jenguk mama papa tetiap minggu, tak bukan begitu cuma saya cuba nak manfaatkan masa yang ada selagi saya masih bernyawa dengan berbakti ke mama papa saya. tak naklah saya tergolong dalam spesies manusia yang kena lempang tepi kubur macam saya contohkan kat atas tue kan. nak balas dengan duit semua kasih sayang mama papa memang tak ternilai kan, hanya itu yang mampu saya buat dan semoga ada kebahagiaan dalam hati mama papa saya. 

awak semua. balik la jenguk parents kat kampung kalau ada masa terluang, biarlah senyuman yang lahir dari bibir mereka dapat kita lihat, bagi mereka yang dah tiada banyak lagi cara lain nak berbakti ke ibu bapa. buatlah selagi terdaya, besar ganjarannya bila berbakti ke ibu bapa nie. ingatan untuk saya jugak. 

15 August 2012

Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tak lama lagi je raya means ramadhan pun dah nak berakhir. perasan tak langit menangis selalunya bila penghujung ramadhan. tapi manusia selalunya gembira sebab nak meninggalkannya. itulah kita, manusia yang selalu lupa diri, termasuk la saya sendiri.

sampai hari nie saya tak rasa ada semangat nak raya, beli kain pasang ritu mama yang paksa suh beli kalau tidak makcik tue tak nak ambik oder dah. mungkin memikirkan yang ramadhan taun nie banyak yang saya miss dengan keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan banyak masa yang saya habiskan dengan tido awal lepas isyak. seyes rasa tak cukup lagi taun depan ntah dapat jumpa ramadhan ke tak. yela saya nie bukan lah baik sangat time ramadhan la nak cuba kumpul bebanyak pahala. kalau sibok mengeluh tapi tak gandakan usaha baik duduk diam diam la Syakira Yaakub!!!

sebelum saya merantau dulu selalu la jugak mengeluh bila la saya nak dapat perasaan seronok gedik gedik nak balik kampung. lepas je arwah tok meninggal perasaan nak balik kampung hilang terus. kalau balik kampung belah papa pulak jadi tak best bila sepupu mereng dua orang tue tak balik sama. tapi kampung papa yang bestnya sungai depan rumah arwah tok, pastu bunyik cengkerik memalam, menggigil tido malam sebab rumah papan, air kolah pun memang super sejuk, panjat pokok jambu kat kebun kecik arwah tok tue. kampung kan. awak yang dihati nanti saya bawak lalu kat depan rumah arwah tok ye, kat situ banyak kenangan saya masa kecik.

kalau raya belah kampung mama kat Batu Gajah sonok sebab arwah tok rajin melayan. duit raya pun dapat banyak dari arwah. masa kecik duit raya jela pun yang melayang dalam kepala. menda lain mana nak pandang dah. bila dah petang sikit pegi kedai beli bunga api. nak mintak duit kat papa nak beli bunga api takut di api nya jari pulak. beli la senyap-senyap. =.='

kat sana la dulu kitorang bakar lemang sesama, buat rendang tok. pagi raya berebut bilik air nak mandi awal kalau tidak nanti orang lain sibuk bersalam kita hegeh hegeh dalam bilik air lagi. jenis saya jadi panic kalau saya kena tinggal. kalau kuar bilik air tengok orang lain semua dah selamat salam mesti rasa nak nangis.

bila balik kampung papa kat Kuala Kangsar jadi tak best sebab takde kawan kalau sepupu saya sorang tue takde. memang la papa ada anak sedara lain, ramai!! tapi semua perangai macam apa je lagi. haishh malas la cite.. kami adik badik memang rapat dengan anak-anak maksu je. saya dengan sepupu sorang tue tua setahun sebab tue kami rapat terlebih. beraya belah sana selalu la dapat duit raya berat. duit syiling pastu mula muka monyok, pangai tak elok sungguh =.='

sekarang saya pulak take over bawak mama papa balik kampung. first raya memang kat Kg Klebang jela yela anak mama papa semua dah besar, ada yang duduk jauh. kalau time tue turn kakak dengan along beraya umah papa riuh la rumah tue dengan adik badik kami 5 orang menantu 2 orang cucu 4 orang. memang jenuh la kemas umah dengan prangai anak-anak sedara yang rajin mengemas tue. tetiap tahun lepas solat raya balik batu gajah, besoknya tue pulak balik kuala kangsar. seterusnya tertakluk la kat mama papa saya nak beraya ke mana.. saya kan driver kehormat maka ikut la mama papa nak kemana pun. ohh taun depan sape la pulak nak bawakkan mama dengan papa beraya kalau time tue saya kat umah mentua kan.. sayu pulak perasaan.. huuu ;(

   bunyi macam ramai je adik badik 5 orang dengan menantu dengan cucu tapi bila berkumpul, laaa banyak nie je? takde dah yang tertinggal? kata cucu 4 orang, mana lagi sorang? tue dalam perghot kakak saya tue la dia.. hihihi :p

01 August 2012

Saya Sangat Rindukannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

arwah tok, ayah mama saya antara seseorang yang sangat saya kagum. tak pernah lagi saya jumpa umat Nabi Muhammad yang saya kenal peribadinya sehebat arwah tok saya. biarlah orang nak kata apa pun saya tetap kagum dengan peribadi arwah tok saya.

sepanjang nafas dia tak pernah lagi saya tengok dia tinggalkan suruhan Allah. kalau arwah dijemput kenduri pun tak pernah arwah menghina makanan orang lain walaupun makanan tue yang arwah tak makan, walaupun makanan tue sangat pelik dimata kita. tetap arwah kata sedap dan arwah makan dengan berselera. itulah arwah tok saya.

layanan arwah tok dekat arwah opah pun tak kurang macam melayan permaisuri raja. barang dapur barang rumah walaupun sebiji bawang tak pernah arwah opah saya beli, semua arwah tok yang manjakan. walaupun pakaian besar atau kecik arwah opah semua arwah tok yang belikan. sampai arwah opah tak pernah keluar pekan beli barang dan tatau macam mana nak beli barang kat kedai pun. arwah tok sangat manjakan dan layan isteri dia macam menatang minyak yang penuh. saya tersentuh, padan lah arwah opah tersangat rindukan arwah tok lepas pemergian dia dulu. 

adik beradik sepupu sepapat mama saya tak pernah bertengkar semasa hayat arwah tok saya ada. semua dia layan sama adil, semua hormat pada arwah. setiap kali bulan puasa kami cucu cucu arwah tak pernah kurang dengan kasih sayang, dibelikan bunga api sama banyak. dibelai sama rata. seminggu sebelum raya mesti semua anak menantu cucu arwah berkumpul dan tido dekat rumah arwah nak sambut raya bersama. setiap kali sesi kira duit raya mesti arwah tambahkan duit kat kami nak bagi cukup genap. walau pun seminggu kira 4 kali, 4 kali jugak la arwah tambahkan duit dia.. hihi

dalam bape jam sebelum arwah meninggal. arwah siap mandi wajib, cukur segala janggut dan rambut, dan solat. lepas je arwah selesai solat arwah mengadu sakit dada, kami bawak ke hospital dan hayat arwah sampai disitu sahaja. Allah mudahnya jalannya, tak ada langsung arwah menyusahkan semua anak menantu cucunya. jenazahnya pun sangat ringan kata mereka. apa yang saya ingat waktu tue cuaca sangat redup, tak hujan tapi sangat mendamaikan. Ya Allah rindunya saya pada arwah tok. tersangat rindu. biarpun dah dua belas tahun arwah pergi meninggalkan kami semua tapi redup wajahnya, garau suaranya masih jelas dimata dan telinga saya. kalau dulu sebelum adik arwah tok saya meninggal pada dia la saya lepaskan rindu sebab wajah diorang saling tak tumpah walaupun ada bezanya sikit. kalau arwah masih ada saya pasti arwah antara yang akan sibuk menguruskan walimah saya nanti. tempatkan roh arwah tok saya bersama para solehin, ampuni segala dosanya, ringankan azabnya Ya Allah Amin Ya Rabbal Alamin. Al-Fatihah~~  

15 May 2012

Kita dah sama level lah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulilah selesai sudah majlis pertunangan abang saya sabtu lepas. agak bizi menguruskan segala preparation dia.. dari hantaran sampai la mengemas pinggan mangkuk masuk lemari mama.. adehh letihnya..


antara hantaran  yang pihak kami hantar, ada 15 semuanya.. opss coklat tengah tue je bukan hasil kerja saya.. yang tue Abang Lang dan Kakak yang buat. buah asam pulak mak mentua kakak yang buatkan. Alhamdulilah murah rezeki Benyah saya, ramai jugak sedara mara dan jiran yang nak sponser itu ini. tema merah nie mama saya yang pilih, dari kenduri Along, Kakak dan saya mama suruh guna tema merah fevret dia tapi kami takmo akhirnya Benyah juga yang tak banyak cerita. "poi(panggilan dia) tak kisah, mama buat la cam mana pun).. tapi saya pulak yang bebai kena ngadap warna merah sepanjang buat hantaran nie.. sabo jela..


yang nie pulak sebahagian hantaran dari pihak perempuan, ada 17 semuanya. dengan tema warna biru, ohh baru la saya tau saya tak berapa berkenan warna biru rupanya padan la perasaan saya hambar jer tengok hantaran nie.. *banyak kire kan saya nie* hihihi :p

  
Alhamdulilah semuanya selesai. kata papa dekat sedara mara jiran tetangga beberapa bulan akan datang ada kenduri lagi, taun depan pun kenduri lagi. insyaAllah moga segalanya dipermudahkan Ilahi, Amin

Pakcik Imam suruh saya sampaikan salam dan tahniah pada Benyah, "sekarang kita dah sama level" pesan dia pada Benyah saya.. ada ada jela dia nie.. hihi

banyak entry yang tertangguh. empat hari dekat kampung empat hari la xde connection internet, sangat lah bebai rasanya =.='

empat hari dan beberapa minit berkasih sayang bersama keluarga, syukur Alhamdulilah dengan kasih sayang yang Allah pinjamkan buat saya didunia nie.. 

walau saya tak dapat join diorang tue jenjalan jumaat lepas tapi sekurangnya hati saya terubat dapat tengok senyuman keluarga saya terutama anak-anak saya.. :)

07 May 2012

Satu perjalanan #9 versi Berkongsi Kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

berkongsi kasih suami dengan mama dia, berkongsi kasih isteri dengan mamanya? bukan tue yang saya nak highlightkan kat sini. tapi keluarga sendiri berkongsi kasih diri dengan keluarga mentua. ehh apa tue? biasa dengar tak, mak ayah kita jeles bila kita seakan lebihkan keluarga mentua?walau sebenarnya kita tak bermaksud macam tue. terasa hati bila hari raya pertama sesudah berkahwin kita merayakan bersama keluarga mentua? itu antara contoh lah..

saya bukanlah seorang counselor nak nasihat itu ini, sebab saya tahu saya sendiri belum berkahwin dan belum melalui pengalaman tu lagi, saya hanya memberikan pendapat melalui apa yang saya pandang, apa yang saya lihat dan saya buat rumusan apa yang saya rasa perlu saya buat dan saya kongsikan disini sebagai peringatan untuk saya sendiri..

bagi saya, once bila saya dah ada bakal keluarga mentua. saya cuba adil pada keluarga sendiri dan keluarga mentua. kalau kemana, apa yang saya beli untuk keluarga saya, saya akan cuba beli untuk keluarga mentua. apa yang saya buat untuk keluarga saya, saya cuba berikan pada keluarga mentua. walau kadang kuantiti nya tak sama, apa yang penting bagi saya, saya tak lupa yang saya punya lagi satu keluarga disamping saya.

saya berada di Alor setar, keluarga saya di Ipoh, bakal mentua di Penang. saya mula terfikir bagaimana perjalanan dan persinggahan saya nanti. kata Pakcik Imam. jika cuti lama singgah dan bermalam lah di Penang. jika cuti sekejap hanya singgah sebentar sebelum sampai dan balik dari Ipoh pun sudah memadai, apa yang penting mereka tak terasa hati dengan tindak tanduk kita. saya tersenyum dan mengangguk.



berkongsi kasih bukan untuk membahagikan diri menjadi dua tetapi menyatukan dua keluarga menjadi satu. dan kita sebagai anak kena pandai mainkan peranan menyatukan keduanya. memujuk andai raya pertama sesudah berkahwin bersama keluarga mentua. itu hanya pandangan saya. kakak-kakak dan abang-abang yang sudah melalui pengalaman nie pasti lebih arif jika hendak menjawab kan? ;)

semoga perjalanan saya dan dia nanti dipermudahkan Amin

Mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

minggu nie insyaAllah balik kampung, meraikan majlis pertunangan benyah(abg saya). bila selak-selak kalendar, eh minggu nie jatuh hari ibu lah, Alhamdulilah kena pada masanya.. memandangkan pagi sabtu nanti papa plan nak buat kenduri kesyukuran untuk benyah saya, makanya saya macam punya satu agenda sendiri. mungkin plan sendiri tanpa berbincang dengan along dan kakak. diorang pun kan Ibu, makanya saya yang belum bergelar ibu tetiba eksaited nak meraikan mereka. hihi.. *dengan harapan kakak dan abg lang tak skodeng belog saya* =.=" ada juga sesuatu yang saya rancangkan untuk kedua-dua mama saya. semoga Allah permudahkan keinginan saya. Amin.

saya eksaited mungkin nak meraikan pertunangan benyah. mungkin sebab dia satu-satunya abang yang saya ada. tapi apa yang pasti walau saya dan dia sudah berkahwin nanti saya tetap akan cari masa "bergaduh" dengan dia. tarik rambut dia bila kalah menghampiri saya. berlari menyorok dibelakang mama dan papa bila dia mula membalas serangan, sepak kaki dia bila dia tarik telinga saya, lepas tue mintak maaf balik sebab dia kan abang.. hihihi.. ye!! itulah adalah kenangan antara saya dan dia bila kami masing-masing dah meningkat dewasa,dia yang berumur 34 tahun dan saya yang berusia 24 tahun!! masa kecik kami tak ada masa bersama. akan ada lagi ke masa-masa tue antara saya dan dia? saya berdoa moga akan ada masa tue nanti. Amin   

27 March 2012

Kerana mama papa

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Mama msej katanya rindu Afiq Danial yg dh balik ke banting.. papa pun tak tahan rindu suruh tukar wallpaper hp die, klu sblm nie letak gambar budak bulat tue.. sabar la papa mama kalau saya bpleh cuti saya bawakkn ke sana ye..

P/s : kata papa klau kakak duduk KL dia pegi dah, kata saya.. wahhh nanti boleh la papa mama selalu datang tengok saya pulak.. kihkihkih

Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...