Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Thumb Trigger Finger. Show all posts
Showing posts with label Thumb Trigger Finger. Show all posts

09 May 2016

Discharge Fisioterapi | Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



dah lama rasa tak cerita pasal anakanda yang seorang itu. bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan dia. hujung tahun lepas Fateh Uwais kami disahkan dengan ujian Thumb Trigger Finger. ada banyak cerita dia dalam ni. macam mana akhirnya kami berjaya dengan izin Allah luruskan balik ibu jari dia pun ada saya kongsi kan dalam ni. untuk pengalaman kami sendiri dan untuk rujukan kami sendiri jugak nanti nya. 

sebelum boleh discaj dengan Klinik Fisio kena discaj dengan klinik pakar tulang Hospital Sultanah Bahiyah dulu. Alhamdulilah 3 Feb 2016 dokte pakar tulang sendiri yang discaj kan Fateh Uwais. tak perlu buat rujukan dengan diorang lagi memandangkan ibu jari Fateh Uwais dah sembuh sepenuhnya. cuma kena tunggu apa pulak kata dokte Fisioterapi dia. kalau Dokte Fisio 'lepas' boleh la discaj. 




14 March last Fateh Uwais appoitment dengan unit Fisioterapi HSB. dokte buat jugak la segala aktiviti fisioterapi tu. tengok jari dia pun dah boleh bengkok lurus bengkok lurus. akhiranya dah boleh dicaj dengan unit Fisioterapi jugakkkkk. alhamdulilah syukur sangat. tak payah ulang alik hospital tetiap bulan tetiap minggu dah. Uwais pun dah naik kenal dokte dengan nurse dekat unit tu. staff sana pun dah boleh cam dia. budak ramah tamah tu biasa la. huhuhu

cumanya malam lepas balik dari hosp jadi balik jari dia!!! duk menangis kata jari adik sakit jari adik sakit. tengok ibu jari bengkok keras balik. errrrrrr apakah??????? cuma sapu minyak TYT je. nak sentuh beria-ria tak di baginya. ada la jugak dokte pesan sebelum balik tu. kalau jadi lagi. kena pergi klinik tulang cepat-cepat. supaya dapat diagnosis cepat. errrrkkkkkkk erkkkkk

esok bangun pagi alhamdulilah tak sakit dah jari katanya. minggu depan nya jadi lagi. ayooooo ape ni ape ni. bila ummi buat keras main-main ibu jari dia. jadi ok balik. oohhhhh baru la dapat tau. urat ibu jari dia macam terpeleot sikit. errr tak reti nak terang. jadi macam kadang tengah2 kita solat urat kaki rasa berselirat. kena main-main kan tulang tu baruuuuuuu ok. baru tak sakit. haaa jadi macam tu lah. 

apa pun alhamdulilah dokte sahkan Uwais dah bebas Thumb Trigger Finger. syukurrrrrrr sangat. terima kasih pada semua yang pernah mendoakan Fateh Uwais kami. terima kasih pada yang mengambil berat dan terima kasih Doktor dan Staff unit Fisioterapi Hospital Sultanah Bahiyah khasnya. budi baik anda hanya Allah je yang mampu balas :)

31 January 2016

Discharge Dari Klinik Ortopedik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Alhamdulilah baru je lepas appoitment dengan pakar tulang Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Dr. Haryati, 27 Januari 2016. last appoitment dulu 21 Oktober 2015. masa tu dokte Yati kata mulakan dengan fisio dulu. fisio dekat 3 bulan jugak la. bulan pertama dan kedua seminggu sekali, bulan ketiga dua minggu sekali dan sekarang tiga minggu sekali sesi fisio dengan dokte fisioterapi dekat HSB jugak. ohh ye sesape yang blur tu. boleh rujuk entry ni, berkenaan kisah anakanda Fateh Uwais yang diuji dengan Thumb Trigger Finger.

berdebar sebenarnya nak jumpa Pakar Tulang ni balik. sebab kata dokte Hanif dulu, dokte fisioterapi Uwais. kena tunggu apa kata dokte Yati lepas tengok perkembangan jari Fateh Uwais baru diorang boleh buat keputusan yang lain pulak untuk kes Fateh Uwais kami. samada terus dengan fisio lagi atau operate atau boleh discaj. 

Alhamdulilah sekarang jari Fateh Uwais dah ok. dah lembut normal macam kanak-kanak lain, dah boleh gerak2. boleh genggam. boleh buat 'best' alhamdulilah alhamdulilah. syukurrrrrr sangat. kalau sebelum ni jari dia bengkok dan tulang seakan LOCK tak boleh lurus2. cumanya aktiviti dia tak terganggu tapi akan ada side effect masa depan dia kalau kami tak bawak dia buat fisioterapi atau tak cari alternatif nak sembuhkan dia. 

D for Discharge. alhamdulilah yeayyyyyy ;)

dan tadi dokte kata dekat Fateh Uwais. "awak dah ok ni, dah sihat. awak tak payah datang lagi lah. saya discharge awak hari ni" alhamdulilah legaaaa hati ummi abi. senyum sampai ke hati kami ni dengar dokte kata macam tu. cuma kena tanya dan tunggu dokte fisio pulak bila nak discaj putera hati kesayangan kami tu dari unit fisioterapi.



selain aktiviti Fisioterapi yang dokte buat dekat hospital. dekat rumah pun kami kena rajin jugak. tak boleh nak harap masa yang dua jam dekat hosp dengan dokte tu je. kena rajin cari alternatif sendiri. urut jari dia dengan minyak TYT. yang tu abi je boleh buat. tapi kadang dia sendiri urut jari dia. "adik urut jari ni ummi" hihihi good boy ;) ada jugak sesekali ummi bagi dia main sepit baju tu haaa. guna jari yang sakit pesan kat dia. dia pun guna lah sambil sepit2 kotak tu haaaa. jadi la janji ada latihan dekat jari yang tak sihat tu dan sel otak kecik dia pun boleh menggembang sekali hihihi.

paling ekstrem aritu kami letak batang kayu aiskrim dekat jari dia. bagi lurus. ikat dengan gam medic tu. menangis2 budak tu hari tu. tapi sebab dokte fisio izinkan dan dokte kata kena 'forced' jari dia. tu yang ummi abi dengan tanpa rasa bersalah terus buat. sebelum tu buat sekejap2 ada sikit je perubahan. satu malam tu kami buat dari sebelum tido sampai pagi esoknya jari dia keras macam tu. alhamdulilah lepas pada tu baru jari Fateh Uwais ok. boleh lurus, mula lembut, boleh bengkok2. cumanya sayu la jugak dengar dia dok berzikir sakit-sakit tiga hari lepas kejadian tu huuuu. tapi dengan cara tu je yang kami nampak paling berkesan. Alhamdulilah dengan izin Allah semua tu. 

dan sekarang Alhamdulilah jari Uwais beransur pulih dan normal sediakala. Alhamdulilah syukur dengan izin Allah :)))))  

16 November 2015

Perkembangan Trigger Finger Fateh Uwais : 8.11.15

Assalamualaikum dan Salam Sejaterah




since Kak Iryanty dan Ummi Rania tanya perkembangan jari Fateh Uwais. alhamdulilah dah tiga kali dia buat fisio dengan dokte HSB. kalau minggu lepas dokte suruh dia exercise dengan bola-bola kecik yang dorang sediakan selain urut tangan dia pakai mesin yang ada dekat hosp tu setiap minggu.

minggu baru ni aritu dokte bagi main plasticine. dan dokte tekan sikit jari dia tu. boleh lurus. bila dokte lepas jadi bengkok keras balik huuu. dan ikut maklumat dokte kami boleh beri tekanan dengan tekan jari tu supaya lurus selalu. dan semalam ummi tengok urat dekat jari dia dah mula timbul. tak macam jari yang sebelah lagi. huhuhu. nanti minggu depan nak pesan dekat abi dia tanyakan dokte.

saya tak ikut ke hospital setiap minggu. tak mampu badan. lagi pun risau selalu keluar tinggalkan ofis. takut ada yang tak memahami. dan mujur abi nya rela dan boleh bawakkan anak setiap minggu buat fisio. kalau tidak berhuhuhu la kami. 

tengok perkembangan jari Fateh Uwais. alhamdulilah nampak makin positif. dan tak bengkok rapat macam sebelum ni. moga-moga usaha Fisio ni makin membuahkan hasil hendakNya amin amin. 

appoitment seterusnya sedang berlangsung sekarang. tunggu abi cerita karang ape pulak yang jadi hari ni. 



02 November 2015

Fisio Jari Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

penat, memang penat. bukan penat apa. penat nak ulang alik hospital banyak hari. kadang hari-hari. selalunya seminggu sekali. seminggu sekali pun penat sebab jarak rumah sewa kami dengan hospital bukan dekat. kalau ikut hway dalam 20 minit. kalau jalan biasa mau makan dekat setengah jam la jugak tolak tambah kereta berderet atas jalan dengan traffic lightnya lagi. tapi apa boleh buat. badan lesu penat macam nak pitam pun tetap ummi abi gagah jugak bawak anak ulang alik hospital. 

isnin minggu lepas pergi lagi hospital buat fisio dekat anak bertuah tu. dekat hospital dorang akan guna mesin CTG tu. untuk urut-urut bahagian yang ada trigger finger tu. untuk bantu pulihkan balik jari dia supaya boleh melurus balik semula. itu pun tak boleh lama sangat kata dokte dalam 15 minit setiap kali satu sesi. sebab takut dengan usia dia sekarang dia tak mampu tahan kepanasan mesin tu. 




dan lepas tu dokte mula buat sesi fiso untuk dia. urut-urut jari tu. dan diajar pada kami cara untuk buat fisio pada anak jugak. kena urut jari dia sebanyak yang mungkin setiap hari. dan rendam tangan dia dalam air suam setiap tiga kali sehari. 

bab rendam tangan tu memang dia syokkkkkkkk sangat. budak dengan air memang habis hati laaaaaa. habis lantai penuh air dibuatnya. lepas tu siap nak tonggeng bekas macam dia selalu buat bila lepas mandi =..=

bab urut jari. ada masalah sikit. bila lama-lama dalam satu sesi dia tolak tangan kita sebab sakit. dengan dokte pun sama. ditolaknya tangan dokte tu "adik shakit" dokte pun surrender tak mampu nak buat lama-lama sekali sesi. paling best siap panggil opah atok. suruh opah atok ambik dia bawak keluar dari bilik hewhewhew. masa yang sesuai untuk urut jari dia masa tido jela. tu pun bila dah lama sikit dia tarik tangan balik. sakit la tu huuuuu

tapi kalau ikut hati ummi ni. ummi nak mintak dokte operate je jari dia. buang trigger finger tu. sebab kata dokte fisio peluang nak lurus jari tu ada cuma kemungkinan akan jadi balik pun ada jugak. kalau operate insyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dan tak akan jadi lagi. kalau boleh nak anak tu sakit sekali je. tapi tula kita kena ikut prosedur dokte jugak. tunggu appoitment bulan satu tahun depan nanti pulak. kalau tak sembuh2 mungkin kena buat operation jugak. tapi ikut kata dokte semalam nampak dah improve sikit ibu jari dia tu. Tapi yang pasti buat masa ni tetap kami kena berulang ke hospital. appoitment untuk anak seminggu sekali. termasuk semalam. letih? Allah je yang tau :) 



22 October 2015

Thumb Trigger Finger : Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sebenarnya kan bila mereka bertanya anak sakit ape, kami memang pening nak explain anak sakit apa. sebab kami sendiri pun tatau Fateh Uwais sakit apa sebenarnya. itu yang terkeluar perkataan 'terkehel' dari mulut tu hihihihi. tapinya semalam baru dapat jumpa pakar orthopedik kanak-kanak. Dr Haryati. azab jugak sementara nak tunggu dapat jumpa dokte tu pun. yela dia kan pakar kena la sabar menanti. bukan nak hadap kes anak kita jerrrrr. hewhewhew

amenda tu Trigger Finger? hasil penjelasan dokte Yati semalam. ada sesuatu yang 'lock' muscle atau tisu jari dari menggerakkan ibu jari yang bengkok tu jadi lurus. sebab tu ibu jari Fateh Uwais bengok tak boleh lurus. tapi yang amazingnya Fateh Uwais masih boleh pegang barang dengan elok, pegang pensil dengan elok walau dengan keadaan ibu jarinya tak boleh lurus tegak. anak ummi abi kuat!!!!




sakit ni jarang berlaku pada kanak-kanak, selalunya terjadi pada orang dewasa. takdir Allah menentukan segalanya :) sempat jugak saya tanya. punca benda ni jadi. adakah dari lahir-lahir tu memang macam tu atau ada sebab lain. sebab kata dokte yang kami jumpa hari selasa tu benda ni dah lama jadi. dan rata-rata dokte yang ada sekali dekat situ semua pakat terkejut Fateh Uwais kena trigger finger tu. 

"benda ni dah ada dari dia lahir. mungkin awak tak perasan yang jarinya tak boleh lurus betul dari dia lahir. sekarang bila muscle nya makin kuat dan besar dan 'benda' ni dah lock jari dia dari melurus baru awak perasan"

'benda' tu bila dokte bagi kami pegang memang terasa ketat dekat situ. rasa seperti ada bebola kecik dekat dalam tapak tangan Fateh Uwais. dan masa dia jatuh katil mungkin hanya petunjuk dari Allah supaya kami perasan yang jari anak tu sebenarnya tak normal. 

takpe la Fateh Uwais ini mungkin caranya Allah nak ajar Fateh Uwais jadi kuat seperti Sultan Muhammad Al Fateh dan Uwias Al Qarni. ummi abi dah redha pun. doa tawakal hanya pada Allah. sakit datang dari Allah, yang menyembuhkan sebarang penyakit pun hanya Allah SWT sahaja. 




cumanya ada sedikit perasaan lega bila dokte suggest buat fisio dulu. 26 Oktober ni. andai kata selepas fisio jari Fateh Uwais masih kekal seperti itu pembedahan terpaksa jugak dilakukan. 

Ummi Abi dan semua yang sayangkan Fateh Uwais doakan yang terbaik untuk Fateh Uwais. moga segalanya dipermudah, dan diberi kekuatan untuk Fateh Uwais ummi abi. moga cepat sembuh sayang. 

pesanan kami pada semua. kalau terperasan ada something yang pelik pada anak. jangan tangguh jangan tunggu. bawak terus ke klinik kesihatan yang biasa anak kena check up tu dan minta doktor buat pemeriksaan. nanti dorang tau la nak refer kita ke mananya. jangan tangguh-tangguh. 

semalam tersembang dengan makcik kerusi sebelah sementara tunggu giliran. katanya dia pun pernah jadi tapi sebab orang tua dokte tak operate terus. katanya lagi masa kena tu memang sakit, tangan kebas sampai lah jarinya tu sembuh semula. Allah pelihara anak ummi abi, Allah tau sampai tahap mana je yang anak ummi abi mampu tanggung. thanks Allah :)

Link lain yang berkaitan Thumb Trigger Finger Fateh Uwais di link bawah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...