Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 July 2011

Rasa Apakah ini?

Indahnya ciptaan Mu Ya Allah,
Sungguhlah seindah hiasan didunia adalah wanita solehah,
Engkau telah memperlihatkan aku hiasan yang amat indah

Sungguh, aku tertarik dengan penampilannya
Sungguh, dia amat cantik bagi pandangan ku
Sungguh, hati aku amat tenang melihat dirinya

Tiga hari aku bertembung dengan si dia
Dia berjubah terkadang berbaju kurung, tangannya ditutup dengan inner,
kakinya dibalut dengan stoking,
tudungnya dilabuhkan hingga menutup apa yang haram dilihat oleh yang bukan mahramnya,
kepalanya ditundukkan pabila berselisih dengan mata yang nakal merenungnya

 “bagi orang belakang nie jalan dulu lah, saya tak selesa lah jalan depan laki”

Aduh,, aku terpegun mendengar bicaranya, lalu aku lajukan langkah ku mendahului si dia dan teman nya. Aku tidak mahu si dia berasa kurang selesa..
Siapakah si dia ini? Mengapa hati ku seakan menjerit ingin mengenali dirinya?
Biarlah dirinya aku perhatikan dari jauh, kerana aku lebih selesa begini..
Aku sendiri takut ingin mendekati dirinya , takut sekiranya langkah yang bakal aku buka akan menjadi sumbang…
biarlah aku berdoa dari kejauhan, sekiranya apa yang hati ku ini rasakan benar, moga dipermudahkan oleh Yang Maha Esa…



Doktor Nie Macam Tau-Tau Jer

Assalamualaikum....

balik kampung ritu pergi klinik, xde lain tekanan darah turun balik la nie..

Doc :: awak x makan makanan berkhasiat ye?

kira :: eh saya makan banyak dah la doc, pagi petang malam saya makan

Doc :: tapi awak x makan sayur, x makan vitamin kan?

kira :: tapi saya makan ulam doc,, (menjawab jugak tue) :p

Doc :: ulam x berkhasiat untuk awak, awak kene makan sayur merah,bayam merah bla.. bla... bla... kat sini awak makan la sayur-sayur nie nanti, bila balik kedah saya gerenti awak x makan punya kan? 

kira :: sengeh jela bila doc tue cakap mcm tue... dalam hati macam macam la doc nie boleh tau, dah la mama ade dalam bilik doc nie sekali.. kan dah kantoi...

balik tue mama lak sambung cerita piramid makanan kat kira.. hukhukhuk T.T

**kalau makan garam banyak boleh stabilkan darah tue balik x? weeeeee ~~ :D

04 July 2011

Jika Kambing Ini Aku Curi, Maka Di Manakah Allah S.W.T..?

Satu waktu dulu, Ibnu Mas’ud r.a dan beberapa orang sahabat Nabi S.A.W berjalan-jalan ke sebuah desa berhampiran madinah. Di sana, mereka berjumpa dengan seorang anak penggembala kambing. Kemudian, mereka mengajak anak tue makan bersama namun ditolak oleh anak tue kerana sedang berpuasa.



Para sahabat pun berasa kagum dengan ketaatan anak tue, walaupun waktu bukanlah bulan ramadhan. Lalu para sahabat pun menguji anak tue, mereka mahu membeli seekor kambing dengan menjanjikan separuh dagingnya sebagai hadiah. Namun, ditolak oleh anak tue kerana kambing tue bukan miliknya dan dia xde hak untuk menjualnya..

Para sahabat menguji lagi dengan mengatakan “anak ku, tidak akan ada yang tahu, kau katakanlah pada pemilik kambing itu bahawa kambing nya telah mati dimakan serigala”

Anak gembela tue pown lari sambil menjerit “kalau macam tue, di manakah Allah S.W.T”
Yang dimaksudkan anak gembala tue, Allah kan Maha Menyaksikan setiap perbuatan hamba-Nya.

Akhlah tinggi yang dimiliki anak gembala tue terkesan dalam hati para sahabat dan membuat mereka kagum. Lalu, Ibnu Mas’ud membeli kesemua kambing tue dan memberi kan kepada anak tersebut. Maka, anak tersebut memperoleh keuntungan didunia kerana keyakinan dan kesedaran nya akan sifat Allah Yang Asy-Syahid iaitu Allah x pernah lepas menyaksikan segala sesuatu di dunia nie..

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",
[Surah Al-A’araf Ayat 172]

Setiap apa yang kita buat akan dicatat oleh malaikat Raqib Dan Atid, tak kan terlepas walau sesaat pown dari pemerhatian Allah.. selalu lah ingat dan yakin akan sifat Allah yang Asy-Syahid tue kelak kita mesti rasa malu nak buat jahat atau kerosakan diatas muka bumi Allah nie…

ASY-SYAHID (Maha Menyaksikan)
Zikirlah sebanyak 319 kali setiap malam, insyaAllah akan meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar

Yang baik tue dari Allah dan yang buruk tue dari saya sendiri…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...