Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

13 January 2012

Monolog Masa Depan

Dia kenangan kamu,
Bersama dia satu masa dahulu membuat hari kamu yg malap menjadi sinar, sedih menjadi riang, pilu menjadi bahagia.
Kerana dia kenangan kamu,
Sesekali kenangan itu muncul ditingkap hati pasti membuat kamu terbuai dengan keasyikan kemanisan kenangan itu.

Dan kamu.
Ada ketika membuai kenangan itu seperti tiadanya masa depan yang menanti kamu.
Namun, kamu mungkin terkadang lupa yang masa depan juga sering gelisah pabila kamu terlalu mengimbau akan kenangan itu. Maka masa depan cuba mencuit mahu menarik perhatian kamu agar kamu sedar yang kamu juga masih punya masa depan. Masa depan tidak menidakkan kehadiran kenangan namun masa depan juga perlukan kamu untuk terus setia disisi kamu tanpa perlu dibayangi oleh kenangan. Andai kenangan juga yang kamu pilih, maka lupakanlah masa depan, sungguh kejam andai kamu menggegam masa depan seandainya tidak mahu melepaskan kenangan.

Aku juga punya kenangan.
Punya episod suka duka suatu masa dulu.
Namun, itu hanya kenangan yang mengajar erti kematangan dalam hidup, yang mendidik aku agar lebih menghargai masa depan agar dia tidak terhukum oleh keindahan kenangan lalu. Aku tidak mungkin memaksa kamu melupakan kenangan kerana kenangan tidak pantas dilupakan, dari kenangan banyak mengajar mendewasakan kamu dan aku, namun satu pintaku jagalah masa depan anggaplah ia amanah dari Ilahi untuk kamu didik menjadi masa depan yang setia menuju jalan taqwa bersama kamu hingga ke syurga milikNya.

Tinggalkan kenangan dan pimpinlah masa depan melalui jalan berduri menuju ke taman syurga. Cintai Allah yang pertama, kedua RasulNya, ketiga ibu bapa, keempat keluarga, kelima masa depan kamu. Jangan dihukum oleh kenangan yang akan membuatkan masa depan terhukum……..

10 January 2012

Cinta Blogger

Assalamualaikum semua

jumpa gambar nie kat belog imam muda Asyraf

errrrrr motif kira letak gambar nie?
kira pown tatau :p

lebih kurang sama dengan tajuk cerpen admin KBU tue kan, Cinta Seorang Blogger
## ehhhhhhh

09 January 2012

panggilan Balik Pulau

Assalamualaikum semua

jumaat dan ahad yang sangat penat. tapi Alhamdulilah semuanya dipermudahkan Allah...

sabtu lepas adik kira yg pegi PLKN merengek mintak tolong kira belikan seluar track die yang baru sbb dah koyak katanya. mama papa pulak kata diorang nak datang melawat adik "mama tak leh tido teringatkan adik kamu, papa pun rindu kan die" .. adehhhh kene korban cuti la nampaknya..


Kem Seri Mutiara, Balik Pulau, Penang.. aduhhhhhh 10 kali naek turun panjat bukit tue mau ranap elita kira. ape kan daya bila dengar permintaan mama papa, tekan jela minyak keta sampai ke pintu kem tue.. T_T
kalau pegi lagi sekali nak ambik gambar sekitar kem yang sangat tinggi nie... 




alang-alang dah sampai penang kan.. bawak la mama papa jenjalan sekejap. menikmati angin laut. melepaskan segala penat memanjat. and special thanks to him yg tolong guide jalan, jd gps bergerak untuk kira.. dan terima kasih kat adik yang tolong tunjuk jalan hari jumaat lepas, kem yg kita pegi memula tue salah la dik, kem die jauh lagi... akak pown baru tau semalam.. hihihihihi....

besar harapan semoga apa yang adik kira belajar kat kem akan berkekalan buat selamanya.. amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...