Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 June 2012

Mohon Bantuan Untuk Membantu Ady Budika dan Keluarga

Assalamualaikum....


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Takziah kepada blogger Ady Budika dan keluarga kerana ujian dari Allah SWT yang menimpa mereka. Pada jam 11 malam semalam rumah mereka telah hangus dalam kebakaran di Kubur Panjang, Kedah.


Ady Budika juga merupakan salah seorang ahli group Kami Blogger Utagha (KBU). Dengan ini kami ingin memohon sumbangan kewangan anda untuk diserahkan kepada Ady Budika bagi membantu ady dan keluarga melalui wakil bendahari KBU.


Wang sumbangan akan diserahkan selewat-lewatnya pada hari Sabtu (9 Jun 2012). Sumbangan anda boleh bank-in kepada


Nama : Nur Syakira Binti Yaakub
akaun : Maybank
Number akaun : 158172923744



Bagi yang berada di Kedah dan sekitar Alor Star yang ingin membuat sumbangan berupa pakaian atau peralatan boleh juga berbuat demikian.bagi yang ingin turun membantu juga dialu-alukan.


Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban sahabat kita dan keluarganya. Bila bersahabat tak semestinya di saat gembira tetapi juga bila mereka mengalami saat-saat sukar.



SILA SEBARKAN
 
entry copy paste dari GKSB

04 June 2012

Pindah + jenjalan dengan kesayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 
Alhamdulilah selesai dah proses pindah rumah. sangat penat sampai tak terkata penatnya. rumah tue bising dengan suara kami bertiga yang sibok cari barang yang duduk merata tempat. akhirnya tiga-tiga terlentang tidur sampai tak berbunyi. jalan nak masuk kerumah memang teruk berlubang sana sini, dalam hati abis la aligment Nurul Iman saya tapi rasa seronok duduk sini. rumah pun owner dia jaga elok siap tolong cuci sebelum kami masuk. Alhamdulilah moga keseronokan nie berpanjangan Amin.

petang jumaat Pakcik Imam saya datang, yeayyyy boleh buli dia. boleh buli mintak drill kat semua tempat yang saya nak drill. hihihi :p yang bestnya boleh sembang dengan kakak saya, conquer hp dia sembang dengan kakak saya tue akhirnya dia dengki pegi simbah saya dengan air. sabar jela pakcik sorang nie. thanks pakcik merajinkan diri mai sini, saya hargai ;) ohh ye tertunai hasrat osmate saya yang sorang tue nak sangat jumpa awak...


jumaat malam tue mama dan adik saya sampai sini, sabtu tengahari papa along dan anak-anak saya pula yang sampai.. wahhh syahdunye mereka mai semata-mata nak teman saya pindah rumah walaupun tak ada apa yang diorang boleh tolong sebab semua kami dah kemas tapi tolong teman pun boleh la.. saya hargai ;)


ahad saya decide bawak diorang jenjalan kat penang, berpicnic dan dah siap bawak dapur kecik saya tue lagi, akhirnya saya lupa bawak gas dia, nasib lah ada makanan yang dah siap masak. =.=' *gambar xde kena mengena dgn tong gas* :p


haaa yang tue anak saya yang sulong. dia bukan boleh tengok laut mesti dia sibuk nak mengutip kulit kerang siput tue. sampai je terus dia turun ke bawah.


apa-apa pun bahagia bila boleh tengok senyuman kegembiraan yang tersayang walaupun saya dalam keadaan yang letih teramat sangat ;) Alhamdulilah 

01 June 2012

Motivasi diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera


kadang bila kita jadi kekuatan pada orang lain sedikit sebanyak kita sedang menggandakan usaha untuk diri kita sendiri menjadi lebih kuat. bermotivasi hasil dari kita memberi motivasi pada mereka yang lain. insyaAllah ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...