Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
mungkin entry nie akan jadi entry basi kalau besok lusa dan hari seterusnya awak akan tetap melihat dia bersawang tanpa entry yang baru. petang nie insyaAllah saya dah mula bergerak ke ipoh untuk menuju ke satu perjalanan saya yang dah lama ditunggu ;) yela nak update belog cam mana kan. saya bukan ada tenet. kalau saya rajin upgrade selkom nie jadi tenet bergerak nanti insyaAllah ada la saya kat sini. hihihihi :p
kalau tanya saya apa perasaan nak kawen nie. tak tergambar perasaannya. indah, seronok, tak sabar, berdebar, sebak semua bercampur jadi satu. ini masa yang saya dan pakcik imam tunggu. setahun tujuh bulan kami menunggu saat ijab dan kabul. boleh bayangkan tak bagaimana terseksanya menahan rasa sayang cinta dan rindu untuk seorang lelaki? menahan semua tue kerana dia belum menjadi yang halal. sungguh perit tapi ia satu perasaan yang indah. saya tak bermaksud nak berbangga diri kerana ada kalanya saya jugak tumpas. saya manusia biasa T.T yang tak lari dari membuat kesilapan. ampuni saya Ya Allah ;(
ok berbalik pada perasaan. sungguh yang pertama saya bersyukur sangat yang Allah permudahkan jalan kami, Allah permudahkan jodoh saya, jodoh yang tak perlu menanti masa yang lama untuk ditautkan. walau awalnya ada konflik yang perlu dilalui. tapi berkat kasih sayangNya kami bakal disatukan 10 November nie insyaAllah.
tentu jugak saya seronok, bahagia kerana bila bermulanya ijab dan kabul saya punya jalan untuk lebih mencari redha Allah. kata ustazah jalankan tanggungjawab seorang isteri kerana Allah. dua pahala yang kita dapat contohnya kerana membuat satu kerana Allah, keduanya kerana suami itu adalah syurga saya. sungguh saya bahagia kerana insyaAllah nantinya saya punya tempat untuk bersandar dan bercerita segala hal. menumpang bahu dan dada, bahagia kerana kami sama-sama dapat menyempurnakan sebahagian agama yang selebihnya perlu kami taburi dengan taqwa. insyaAllah banyak perancangan yang di buat untuk membaja rumah tangga menjadi rumah tangga yang mewangi di sisi Allah. moga dipermudahNya amin.
sebak kerana saya bakal dilepaskan ke tanggungjawab seorang suami dari tangan papa yang selama nie mendidik dan menjaga saya. dari seorang yang manja diriba mama papa dilepaskan pada suami yang di amanah untuk menyambung mendidik saya. tentunya saya sebak kerana 24 tahun saya membesar dan bermain di hadapan mereka. dan tentunya saya sebak bercampur bahagia kerana ketika itu saya punya dua keluarga yang terlalu menyayangi saya. keluarga kandung jugak keluarga mentua. jika tidak kerana kasih sayang yang dijatuhkan dari Ilahi untuk mereka semua pasti saya tak kan merasa disayangi seperti ini. Allahuakbar sebaknya perasaan tatau nak digambarkan.
risau tue tetap risau. banyak yang saya risaukan. risau kalau nanti tetamu saya ada yang tak sempat jamah makanan. macam kenduri kawan saya. pukul 2 catering dah mula kemas sebab makanan dah habis. tapi insyaAllah cukup kot kan sebab kitorang masak sendiri. rewang. moga segalanya berjalan lancar lah hendaknya amin.
haaa nampak tak macam perasaan bakal pengantin yang macam-macam perasaan bercampur aduk. tapi selalu saya pesan kat diri sendiri jangan stress!! nanti jerawat timbul. Eh!! hihihi. betul la jerawat tue wujud salah satu sebab stress. tau tak dalam seminggu nie balik keja je usung hadiah. Alhamdulilah murah rezeki tak mintak pun tapi dah rezeki kan tak kan kita nak tolak hihihi tapi alangkah bahagianya kalau besday pun dapat hadiah banyak macam wedding kan? hikhikhik :p
Ya Allah Ya Tuhanku, dengan kasih sayangMu, Engkau perancang terhebat, saya mohon padaMu Ya Allah permudahkan lorong jodoh buat semua sahabat juga rakan saya. sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui siapa dan apa yang terbaik untuk mereka, Kau permudahkanlah ia Ya Allah. izinkanlah hujung nafas mereka disisi suami/isteri yang mengajar mereka mengingati namaMu. izinkanlah mereka membaja rumah tangga yang mekar mewangi di sisiMu. sungguh saya berdoa moga Engkau izinkan mereka merasai seperti mana pinjaman perasaan saya ketika ini. Amin ya rabbal alamin
















