Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 March 2013

Alhamdulilah Empat Bulan Sudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah dah empat bulan pun perjalanan rumah tangga saya dengan suami. syukur yang tak terhingga atas nikmat yang Allah kurniakan pada kami berdua. berdoa moga kasih sayang dan cinta yang tercipta atas kalimah Allah ini berpanjangan hingga ke taman-taman syurga hendakNya amin.

selalu tersenyum sorang-sorang bila teringat saat hari pertama ijab dan kabul. saat suami masuk ke kamar pengantin kami bersama kata-kata "mana isteri saya? saya nak solat sunat dengan dia" dan saat solat berimamkan dia, saat air mata keduanya jatuh berjurai tanda kami bersyukur teramat sangat dengan kurniaan Yang Maha Esa. sungguh sampai sekarang mata bergenang bila teringatkan moment yang indah tue ;)

doa suami saya aminkan bersama :D

masam manis rumah tangga tue semua yang berkahwin akan merasanya. cuma pandai-pandai la bawak berbincang bertolak ansur sesama sendiri, pesan mama saya. Alhamdulilah bersyukur dikurniakan suami yang memahami. yang boleh diajak berbincang yang boleh dibawak berunding demi membahagiakan rumah tangga sendiri. syukur Alhamdulilah moga kami sama-sama belajar dan berusaha memperindahkan rumah tangga yang kami bina.

lagi manis bila setiap hari sama-sama berkongsi perkembangan buah cinta yang sedang membesar di dalam. "baby tengok tue abi marah ummi" "baby sekarang nie abi tak boleh nak gurau kasar sikit mula la ummi tue merajok je" haaa boleh je ngadu kat baby yang entah dengar tak kat dalam tue. yang penting lepas tue dedua pun senyum-senyum dan ketawa ;)

berkati dan rahmatilah rumah tangga kami Ya Allah, amin ya rabbal alamin

07 March 2013

Baby Jenjalan Lagi

Assalamualaikum Salam Sejahtera

ada satu pangai saya yang kadang boleh disifatkan hodoh la jugak kot. kalau nak kan sesuatu benda atau apa jer mesti kalau boleh nak secepat yang mungkin atau bahasa mudah nya nak jap tue jugak. selalunya seboleh mungkin berdikari dapatkan benda tue sendiri tapi kalau tak mampu mula la buat muka lima kupang mintak kat orang terdekat, yang terdekatttt sekarang nie suami la :p

sekarang nie kain kurung saya semua dah ketat. yela sebelum nie buat kain memang cukup2 pinggang jela. ritu pegi klinik nurse nasihatkan cari kain yang longgar dari yang sekarang. sebab baby nak membesar, bagi ruang untuk dia membesar dengan selesa. dan memang betul sangat selesa diri sendiri bila pakai skirt yang tak payah kancing tue. selalu bila lepas makan terutamanya mesti rasa sesak perut huuu

macam mana caranya nak selesa pakai kain kurung? errr rasanya memasing tau kot. ganti la pin lampin baby tue dengan cangkuk sedia ada. pin kain dengan keselesaan awak sendiri. dan disebabkan saya rasa nak gantikan kain kurung dengan sejenis kain/skirt lain, saya pun merengek-rengek la ajak suami ke padang besar nak beli skirt yang sesuai untuk ibu mengandung.

bukan lah kat tempat lain takde, ada tapi saya nak jugak kat situ sebab murah dua kali ganda. sejenis kain yang sama kat sana baru RM20 kalau kat sini mencecah RM39 huuu dah boleh beli dua tue. sebab saya nak beli beberapa helai dan suami pun nak beli jersi dia, dengan alasan tue la saya ajak suami ke sana weekend lepas :p

memang plan awal tahun dulu suami ajak ke padang besar nak bawak family dia berjalan ke sana, tapi dari minggu ke minggu takde bergerak pun plannya. kalau tunggu suami yang plan rasanya memang ke sudah la takde perginya. yela dia kan busy je manjang biarlah saya yang tak over plan kan aktiviti kali nie :p

mama mentua mulanya malas nak pegi sebab bajet nak ke sana pun dah boleh kaver harga kain yang saya compare kan tue kan? tapi sebab suami, adik adik ipar pun nak shopping barang diorang berbaloi la jugak kalau pegi pun kan? :p dan Alhamdulilah sabtu lepas sampai la ke sana. sampai la hajat saya nak beli apa yang diidam tue, yang banyak shopping pun adik adik tue la, saya dah dapat apa yang saya nak saya dendiam jela makan mempelam yang jual kat situ hihihi

sebelum pergi tue mama saya pesan dah jangan borong sakan!!! hihihi. saya dah tetapkan target apa yang saya nak, congak-congak harga sikit bawak duit RM200 je itupun melebih sebenarnya, sebab boleh beli benda lain yang tak masuk dalam list awal tue, bab makan tak payah risau, suami kan ada boleh support :p



sempat la jugak bawak diorang solat kat masjid kuala perlis dengan makan-makan kat tepi tue. tapi spoil sebab makanan lambat sampai(diorang terlupa) walaupun dah oder sebelum pergi solat lagi =.= komen untuk masjid yang cantik tue. semuanya perfect cuma satu je yang kurang. ruang solat wanita terlalu open, kalau boleh letakkan tirai untuk ruang tue kan lagi molek, senang jemaah wanita nak salin telekung. :)

06 March 2013

Kalau Dulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ada sesape perasan tak saya takde banyak hari kat sini? ke takde yang perasan? kalau takde tue maknanya saya yang berperasaan sorang-sorang la =.= sekarang nie keadaan kesihatan sangat la tak mengizinkan. nak hupdate entry pun rasa nak muntah dengan tenet yang slow, lappy yang problem lagi la menjengkelkan hati nak duduk melepak kat sini.

selalu orang kata kalau bencikan seseorang jangan benci sangat takut nanti jatuh sayang. dan macam tue la jugak sebaliknya. disebabkan rindu tapi suami tak bagi balik penang atas sebab kesihatan saya yang selalu on-off sihat sakit sekarang, maka izinkan saya mencoret sepatah dua kata disini. maaf kiranya ada yang rasa saya annoying, tapi nak jugak tulis kat sini nanti senang nak baca balik almaklumla orang tak sihat kalau tulis diari bukan je orang lain tak paham dengan saya sendiri pun tak paham jugak =.="

dulu masa baru-baru kenal dengan suami dekat group KBU tue rasa sangat arghhhhh letih la dengan budak nie. dah la banyak cakap (seyes dia memang sangat banyak cakap) dan sangat geram sebab dia sangat suka membuli dan kacau orang lain kat dalam tue. Sape kenal suami saya akan tau la macam mana perangai suami saya tue. Tapi dah orang suka membuli tak kan nak biar pulak kan, mesti la melawan(tapi selalu pun kalah) :p

pestime jumpa dia masa gath kat tanjung asam dengan bebudak KBU la jugak(selalu kalau kitorang berjumpa memang time gath jela) memang dah tau dia nie seorang yang banyak cakap tapi selalunya bila luar dari medan maya tue tak expect la  akan serupa macam sebelum nie. Rupanya lagi banyak cakap dari yang dijangka huuuuu nanges :p

tapi orang kata tak kenal makan tak cinta, dah kenal nak bercinta jela pagi petang Ehh jangan salah anggap. Bercinta pagi petang dah lepas nikah ok. Tak nikah lagi takde masa nak layan sangat :p sekarang nie kalau dia senyap saya pulak sunyi mesti tanya “nape senyap je nie?” haaa kan dah pelik tue. Sebenarnya mulut dia takde la 24 jam bercakap tanpa henti, ada masa memang dia sunyi. Time tido dah tentu la kan :p time dia susah hati, time dia tengah serabut, ada la time-time dia jadi takde la susah sangat untuk saya paham kalau masa tue adalah masa untuk dia bersendirian tanpa gangguan dari saya.

Dan bab membuli tue memang tak boleh nak elak bila dah kawen. Selalu kalau saya dah berada di ambang kekalahan akan keluar ayat nie “awak nie tak baik buli ibu mengandung tau” haaa gitewww :p

Dan sekarang bila jauh dengan suami mula nak demam tak sihat. Demam rindu la hoiiii SILA MUNTAH :p macam semalam bila suami tak kasi balik penang dah mula sebek, air mata menitik satu satu. Mujur la dia paham yang sekarang nie isteri dia hati tisu nipis. Mudah koyak cepat-cepat la pujuk bagi tau reason kenapa tak diizinkan balik. Kalau tidak ada yang merajuk tak nak balik weekend nie (boleh percaya ke :p)

Dan pepatah melayu tue buat saya tersenyum sorang-sorang. Dan sekarang jatuh sayang jatuh cinta dan bersyukur dia yang dijodohkan buat saya. Bersyukur yang teramat sangat. Awakkkkkkkk saya sayang awak ;)

#Pray for Lahad Datu, moga dilindungi sekalian mereka yang tinggal dan mempertahankan disana. amin 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...