Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera
haaaaa tajuk kemain panjang, tak reti nak jadikan pendek nanti
maksud tak sampai =.= MummyGk selalu tanya "perut ampa nampak dah?"
nampak nampak sejak dari azali memang dah nampak perut tue kat situ tak pernah
lari kemana pun ngehngehngeh :p
sekarang baby dah masuk 15
minggu 5 hari sabtu nie nanti cukup la usia dia 4 bulan dalam rahim ummi Alhamdulilah. Selasa ritu ada mesyuarat kat ofis nie kengkawan ramai la yang
datang semua pakat tegur “eh perut dah bulat” “perut dah nampak la” saya senyum
je lepas tue terus lari bila ada yang nak ‘pegang’ baby kecik nie. Huwaaaa tetiba
rasa geli. sebab tue suka pakai baju besar-besar takde orang perasan budak kecik kat dalam nie, ummi je yang nampak :D
Kalau dulu budak kecik nie
memang susah nak tunjuk diri, time ummi duduk sorang kat rumah sewa nampak la
dia, kalau ada abi dia mesti menyorok. Abi kata “dia malu dengan abi leteww”
=.= Alhamdulilah sonok bawak dia nie, susah hati ke kena nasihat dengan abi ke
gosok-gosok perut. Terus rasa sejuk sikit hati.
Due date dia dokte jangakan 31
ogos nanti. Bila kengkawan yang tau tue semua pakat kata “bestnya kalau baby
keluar betul time tue, baby merdeka mesti banyak dapat hadiah” saya senyum je. “nanti
tahan kalau dia nak keluar awal, kalau dah lambat induce!!” hamboiiiii!!! Tau diorang
bergurau je tue. Tapi saya dengan suami sentiasa doa cakap dengan baby. Baby keluar
la time bila pun ummi dengan abi terima dengan perasaan syukur dengan gembira
yang teramat sangat, ummi dengan abi sentiasa doa moga baby keluar dalam
keadaan yang sihat dan sempurna segalanya. amin
kalau dia keluar 2 minggu awal betul-betul lepas raya, kalau dia keluar lambat, 4 september ke dah sama dengan papa(papa Zulaikha dan Afiq),abang ipar saya tue "tak nak aku sama dengan anak kome" hahahaha kurang asam abang lang nie!!!!
#dalam keluarga kami panggilan ibu/ayah untuk along/suami along dan panggilan mama/papa untuk kakak/suami kakak. menggantikan panggilan maklong dan makyang ;D
#tips untuk elak kekejangan atau kesakitan pada betis dan peha ibu mengandung. jangan duduk silang kaki selalu. peringatan untuk ummi nie huuuu ;(
#dalam keluarga kami panggilan ibu/ayah untuk along/suami along dan panggilan mama/papa untuk kakak/suami kakak. menggantikan panggilan maklong dan makyang ;D
#tips untuk elak kekejangan atau kesakitan pada betis dan peha ibu mengandung. jangan duduk silang kaki selalu. peringatan untuk ummi nie huuuu ;(