Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12 March 2015

Indoor Activites

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


disebabkan abi dah janji "yayang tido dulu, nanti lagi dua jam yayang bangun abi bawak pegi main. sekarang panas lagi" dan memang tepat 2 jam yayang kecik abi tu pun bangun =.=" elok je keluar rumah tikk tikk tikk hujan turun sikit-sikit dan makin lebat wuuuu. abi dah pandang ummi, ummi pandang abi. anak dah hepy dah sebab dah janji sobsssss.

abi kata jom kita pusing dulu, sebab dah keluar ni karang bebai pulak budak ni. dan alhamdulilah kerana cerdiknya akal yang Allah beri ke Fateh Uwais. bila dia sendiri tengok air hujan dekat cermin kereta dan abi kata, "hujan ni kita tak boleh main dekat luar, nanti abi bawak main dekat tesco boleh?" Fateh Uwais angguk-angguk dan tak bebai dah sebab janji tak mampu ditepati masa tu huuuuu. dia ni pesen ummi, kalau dah janji tu sila lah penuhi kalau tidak mesti dalam hati memberontak serupa ape je. baik jangan menabur janji, buat seprais itu lebih baik. abi dah kenal dah kot wife dengan anak dia punya perangai.


ke Aeon Alor Setar je. dekat food court sana ada playground yang agak selesa dan seronok jugaklah untuk seorang Fateh Uwais main main dan main. kemain lagi abi kata dekat setengah jam jugak la dia main. nak pulak jumpa kawan sebaya dia kemain lagi lumba sape panjat dulu, sape turun dulu. anak ummi dah besarrrrrrrr.


cuak la tu. ummi abi suka buli dia. masuk duit dalam kereta bunyi-bunyi ni. seorang Fateh Uwais memang kaku tak bergerak bila kereta tu gerak-gerak. nak pulak kalau jenis gerak banyak sangat, goncang atas bawah ke, muka terus pucat. kahkahkah. abi kata pernah satu masa sampai dia melompat turun sebab takut sangat kereta tu gerak-gerak kuat sangat. kihkihkih


musim cuaca panas ni kalau boleh memang taknak bawak dia berjemur sangat. risau. kita yang dewasa ni pun rasa panas membahang tatau nak cerita. ini kan pulak budak kecik macam dorang ni. tapi alhamdulilah Fateh Uwais jenis kuat minum air masak. kalau tidak risau jugak kot dia ter hydrate ke ape ke huuuu. moga dijauhkan lah amin

11 March 2015

Tambah Hayat Kredit Telefon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Info asal dari Kak Adish Shida. bila dah ada dua number telefon. eh silap tiga pun haaa, kemain kan seorang ummi uwais. hewhewhew. salah satu number mesti jarang pakai tapi bila nak terminated macam sayang sebab dah lama guna dan ada benefit lain kan. macam saya number celcom memang selalu guna. wassap wechat call mesej memang aktif dekat situ jela. digi hanya untuk internet, dekat rumah digi jela yang paling laju pun sekarang ni. itu pun bila malam dah mula macam siput oink oink., yang terpaling jarang guna adalah maxis. 

tapi maxis ada gunanya jugak contoh untuk kejut suami bangun tido bila dia 'utstation' sana nun atau kalau nak call sekejap sekejap sekadar bertanya "nak beli ape?" bukan tak boleh guna celcom tapi sebab pakej celcom saya 28sen/5minit jadi rugi lah kan kalau sekadar nak sebut "abang bangun" kemudian letak. huuuu jatuh 28sen hari-hari. rugi tauuuu. tu belum lagi call sekadar nak tanya benda kecik-kecik yang cakap nya sekadar seminit tu aje. dah kalau cakap seminit tapi call berkali-kali sehari kira sendiri kerugian yang terpaksa ummi tanggung. di zaman gst ni semua benda kena jimat oiiiii. 

tepek gambo budak gebu umur 11 bulan satu masa dahulu ekekekekeke :p

ehhh panjang pulak intro :p jadi selalu lah terjadi kredit terlebih untuk number meksis saya. terjadilah berlambak-lambak  kredit dalam tu tapi tempoh dah habis lama dah. penyelesaian. kita beli hayat dia yang baru. caranya?

untuk pengguna Maxis

  • taip *100#
  • pilih 6, Akaun Saya
  • pilih 2, beli Validity
  • pilih 1 atau 2 terpulang pada masing2
  • 1 RM8 untuk 90 hari
  • 2 RM33 untuk 365 hari
sila buat pilihan yang bijak ye....

untuk pengguna Celcom

  • taip *118#
  • pilih 9, Akaun Saya
  • pilih 3, Perkhidmatan Lain
  • pilih 3, Tempoh Sah Kredit
  • pilih 2 atau 3 terpulang pada masing2
  • 2 RM30 untuk setahun
  • 3 RM50 untuk dua tahun
cumanya kalau Celcom kena ada sekurangnya RM30 setiap bulan selama 6 bulan selepas aktif. kalau tidak service hayat yang dibeli akan di terminated secara automatik, kalau Maxis takde ye kawan-kawan. 

untuk manusia yang macam saya ni boleh la beli hayat kredit ni, jarang nak guna telefon. orang dah kawen dah beranak weiii mana nya nak bergayut cakap telefon je. kecuali telefon mama hari-hari itupun takde la berejam2 lamanya. jadi kredit pun lambat la habis. 

ohh ye untuk pertanyaan lain sila call maxis atau celcom center ye. pengetahuan saya setakat yang saya tulis ni sahaja. tambah hayat ni bermaksud kita beli, bayar dan bukan percuma semata-mata jadi selepas beli hayat yang baru memang kredit akan ditolak dari baki akaun anda. nanti kot la ada yang terkejut ehh dah kenapa baki kredit aku tinggal sikit ni. jangan gelak!! sebab memang ada soklan yang keluar macam ni =.= tapinya memang ada syarat jugak nak beli hayat ni. macam celcom MIL tak boleh buat sebab MIL pakai pakej student universiti tu haaaaa. pakej lain wallahualam :) 

**terhasilnya entry sebab ummi selalu terlupa step by step haaaa bila nak renew baru kihkihkih

10 March 2015

TriGold EyeCare Tu Ape?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


susah hati sangat sekarang ni. power rabun semakin naik dan naik. last tukar lense masa mengadungkan Fateh Uwais dulu, dan bila mata dah tersangat sakit, setiap kali bila drive pagi matahari menyucuk mata terus mengadu dekat suami nak tukar spec lah, dan bila tukar spec aritu optometric kata rabun belah kanan dah naik jadi 250 belah kiri maintain macam sebelum ni 200. aduhhhh patut la bila pakai spec lama rasa sangat tak selesa. 

kalau dekat rumah memang biasanya free spec sebab rasa macam arghhhh aku takmo la pakai spec lagi, rimas pulak haaa dah dekat ofis pakai spec dekat rumah lagi. nak pakai lense seriau pulak nak cucuk-cucuk mata tu huuu. 



Jumpa produk baru dari Legacy Secret. Trigold Eye care. okey tak salah mencuba kan, kita try dulu mana nak tau berkesan ye tak. 


PRODUCT INFO TRIGOLD EYECARE (minuman kesihatan untuk masalah rabun mata, silau mata, penglihatan kabur dan sebagainya)




Kegunaan/Khasiat :
Membantu mencerahkan penglihatan mata.
Mempunyai kandungan antioksida yang tinggi.
Melindungi mata dari sinaran yang tidak elok.
Mengurangkan masalah rabun mata dan silau
Mencantikkan mata dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.




Cara guna : 1 sudu besar, 2 kali sehari selepas makan.




tapi sebab rabun saya agak kuat, saya makan dua sudu besar sekali makan. dua kali sehari. alhamdulilah bila free spec dekat rumah takde la rasa macam tak selesa, kalau tidak tu dekat rumah adakala kena jugak pakai spec bila mata mula rasa pedih dan berair. huuuu. bila mata kena cucuk matahari pun alhamdulilah takde terus berair lagi. dan lagi satu takde rasa macam mata kering. those yang pernah mengalami akan tau macam mana rasa mata kering tu. rasa macam dalam mata ada pasir. bila gonyoh2 keluar taik mata hewhewhew.



inilah matahari cucuk mata yang saya pulun cerita dari tadi tu

disebabkan rabun saya yang agak kuat, mungkin lambat sikit dia nak recover, kena consume botol selanjutnya, insyaAllah akan ada kesannya nanti. Allah jua lah yang menyembuhkan setiap sakit dan ujian yang diturunkanNya. jangan lupa selawat dan doa dulu sebelum minum ye. harga pun tak mahal sangat RM45 setiap botol dan boleh dibeli dari sini





Formulasi
1. Lutein 1.00
2. Ekstrak Bilberry 1.00
3. Ekstrak Sunflower seed 1.00
4. Ekstrak Carrot 1.00
5. Ekstrak Tomato 1.00
6. Ekstrak Broccoli 1.00
7. Ekstrak Elderberry 1.00
8. Ekstrak Apple 1.00
9. Lain-lain 92.00








Isi Kandungan:


Lutein berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan, mencegah katarak mata dan memperkuatkan retina.


Ekstrak Bilberry digunakan mengatasi gangguan pembuluh darah dan penyakit mata karena mengandung zat aktif yang disebut antosianosida atau lebih dikenal dengan antioksidan.


Ekstrak Sunflower Seed merupakan sumber yang sangat baik dari vitamin E dan bertindak sebagai antioksidan.


Ekstrak Lobak merah berfungsi untuk mencerahkan penglihatan mata disamping membantu menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan, menormalkan metabolisme.


Ekstrak Tomato bertindak untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.


Ekstrak Brokoli mempunyai beberapa zat gizi seperti vitamin A, B, C, K, dan mineral seperti kalsium juga zat besi bertindak menjaga kesihatan mata.


Ekstrak Elderberry berfungsi merawat mata yang kabur.


Ekstrak Apple berfungsi memberikan kesihatan pada mata dan penglihatan.






FAQ
===


Menyusu bayi boleh minum .?
==================
- Boleh tiada masalah, kandungan Trigold ini selamat untuk bayi dan juga ibu. herba dan buah- buahan sahaja


Mengandung boleh minum .?
==================
- Boleh tiada masalah, kandungan Trigold ini selamat untuk bayi dan juga ibu. herba dan buah- buahan sahaja




Sebotol boleh tahan berapa lama. ?
=======================
-Sebotol boleh tahan 10-12 hari bergantung pada penggunaan. Jika masalah teruk, saranan ambil 4sudu sehari,2x pagi sebelum makan dan 2x malam sebelum tidur.




Kalau Power tinggi boleh sembuh ke ?
=======================
- Jika power tinggi sangat kena consume lama sikit disamping jalani latihan fokus mata setiap hari Untuk yg power kecil, InsyaAllah mmg nampak kesan.




Trigold Eyecare khusus untuk :
Mencerahkan penglihatan mata rabun jauh Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata Mencantik dan Melembabkan mata yang lesu Sesuai untuk Masalah mata berair Melegakan masalah gatal mata ( resdung ) Hilangkan masalah mata kering sembuhkan masalah mata merah Pulihkan masalah Rabun malam








HARGA :
Sebotol RM45/49ss (Normal EXclude postage)
3 botol RM135/140ss (Normal EXclude postage)
PROMOSI : 3 BOTOL RM120/130SS




PAGES : Ubati Masalah Rabun Mata - TriGold Eyecare
https://www.facebook.com/LegacySecretTrading?ref=br_tf

Video
Testimonial:
https://www.youtube.com/watch?v=gMHIvggrErQ

Testimonial:
https://www.youtube.com/watch?v=LUHKYsR6UxM

ikon trigold :
https://www.youtube.com/watch?v=3WrS95I65Dg

instagram: @ubat mata
hashtag: #trigoldeyecare



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...