Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

13 April 2015

Selamat Pengantin Baru Cikde!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

minggu lepas, 4 april ke Kajang lah kami meraikan walimatul urus cikde tersayang. Iffah Afeefah. plan awal nak bermalam dekat sana hari jumaat tu tapi atas sebab tertentu kami decide gerak awal pagi hari sabtu dari ipoh. itu pun singgah mana ntah nak bagi policy client abi uwais.


pengantin yang kerja gelakkkkk je dari masa diarak sampai lah ke atas pelamin. hepy for u cikde. hepy sangat cikde dah jadi isteri orang. macam tak percaya pun ada haaaa. mohon jangan garang lagi bila dah jadi isteri orang ni #ehhhh!! kihkihkih. semoga cikde dan pakde berbahagia sampai syurga sana, diberkati beroleh zuriat yang soleh solehah amin amin. menu masa hari kenduri sedapppppp sangat sampai rasa nak patah balik pegi tambah. tapi mujur masa ambik awal-awal tu dah bubuh banyak sesiap. kahkahkah perangai sungguh!!!


mujur pelamin cikde atas pentas. kalau tidak jenuh nak muatkan blogger yang reramai ni. hewhewhew. ekceli cikde ni blogger Buta+Pekak+Bisu=CINTA tu. kami je yang dah terbiasa bahasakan diri cikde ummi abi sejak2 Fateh Uwais lahir dulu. dah terlekat sampai sekarang hihihi


nak papa kata uwais. abi dengan ummi pandang sesama sendiri. sape papa dia ni? sebab kalau ikutkan yang bahasakan papa dekat Fateh Uwais cumalah abang ipar saya dan adik suami. rupanya dia panggil abg ady budika ni papa. errrrrr tertelan air liur kejap. suka hati dia je bahasakan papa. mujur abg ady ok je bahasakan papa balik. ampunnnn. ekekekeke. 

terima kasih sangat sebab rajin layan dia tengok ikan, bawak berjalan ke sana sini. sampai nak ikut papa dia balik. takmo keluar keta papa dia pulak tu. amboiii sangat anak ummi. maksudnya dia rasa mesra dan yakin jela tu yang boleh rapat tu. ape pun kami mendoakan kalian berdua suami isteri bahagia dunia akhirat dan dimurahkan rezeki. amin amin



pun jumpa achik mira dekat sana. punyalah payah nak jumpa padahal duduk penang sesama aje. cumanya achik mira dah merantau ke johor nun. tak sangka berjodoh jugak jumpa dekat kenduri. kata achik mira kalau nak selfie dengan uwais kena upah ais sirap dulu kalau tidak dia lari pegi dekat papa dia tu kahkahkah :p



#KamiBloggerUtagha..... punya jauh bergatheringggg. dengan achik anith ni pun sama. padahal jarak pendang dengan alor setar tu tak jauh mana pun. tapi sebab memasing busy. kami lah yang selalu busy tu huuuu. kat sana jugak baru dapat bermesra nya kihkihkih 


Kak Sunah sakura sayanggggggg. kalau orang yang jarang jumpa atau kalau pestime jumpa mesti terpanggil saya ni sunah sakura. errrr tang mana yang sama nya entah. kalau tang sakura tu memang betol la sama kot hahahahaha. ada yang kata senyum tu sama errrrr


yang ini pun sakura jugak. tapi Yana Sakura. rasanya pestime jumpa dia. errr yeke? sory ummi uwais memory lost tetiba hihihihi



lama jugak lepak dekat kenduri sana. kami sampai pukul 12 lebih macam tu rasanya. 3 lebih jugak baru gerak balik. itu pun bila tengok Fateh Uwais dah macam main benda pelik-pelik. petanda dia dah mengantok dan letih la tu.


masuk je kereta dia dah mula merengek mintak susu. memang mengantok dan letih tersangat lah tu. mana tak nya seminit pun takmo duduk diam. tapi alhamdulilah anak ummi boleh dikatakan behave la jugak tak buat perangai menangis hentak kaki ke ape dekat kenduri orang huuu. janji jangan 'ikat' dia je huuu. alhamdulilah jugak mau dengan kengkawan lain bila ada yang nak ambik dukung. kalau kecik dulu jangan harap lahhhh nak boleh dukung main dengan dia lelama. memilih kuat ni huuuu. berapa banyak huuuu ntahhh


lepas kenduri cikde terus ke alamanda pulak jumpa kawan abi. settle gitu gitu ke rumah kak Lydia Miza pulak, nak tengok baby ariz!!!. bertubuh dah badan dia. 'berasa' jugak la bila pegang dukung tu. dan macam biasa Fateh Uwais takde jeles dengki ke ape bila ummi abi pegang baby. dia seronok main dengan abang kakak. anak kak Lydia


tengok tu. kami boleh berlama-lama sampai maghrib dekat sana pun sebab anak behave. mana tak behave dia bebas main merata dalam rumah ummi lydia dia. siap duduk dapur lagi abang kakak jamu aiskrim dekat dia. ewahhh bahagia letewww ekekekeke. thanks kak Lydia sudi terima dan layan kami aritu. 


hari sabtu yang padat dan penat diakhiri dengan tido dekat rumah kakak saya dekat banting. ummi abi dah flat sampai tertido depan tv. Fateh Uwais selamba boleh main itu ini lagi. mujur kakak sepupu dengan mama papa dia rajin melayan sekejap. sampai lah kakak sepupu kata "kakak dah pening dah ni uwais, jom la tido" baruuuu dia menapak dekat ummi mintak tido kahkahkah. kemain kannnnnn

08 April 2015

Bahagia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

macam makin busy pulak dan makin sunyi sejak dah ber PDM ni hewhewhew. minggu yang sibuk dan padat. alhamdulilah sekurangnya takde la melangut merintih bosan sepanjang hari kan hihihihi.....


budak paling bahagia gembira ceria sepanjang abi dah pindah duduk sekali. alhamdulilah hari-hari ada masa yang berkualiti. semakin manja semakin kuat merap semakin jadi kembar siam abi dia. kalau abi hilang dekat mata kemain lagi mulut tu panggil abi abi. kalau ummi takde pun tak lah sampai jadi macam tu. kemainnnnnn lagi dia ni kan. 


dan ummi terpaksa lah jadi watak belakang tabir aje kalau nak merap lelebih dengan abi pun. ehhh!!! hahahahaha :p kehidupan baru macam mana? alhamdulilah kami bertiga semakin bahagia dan gembira. hidup yang takde ujian tu bukan kehidupan namanya. semoga kami semakin kuat dan tabah setiap masa setiap hari. 

moga Allah murahkan dan limpahkan rezeki yang berkat dalam kehidupan kami. moga kami tak lalai dan tak leka dengan segala rahmat yang dah Dia berikan. amin amin. 

ohh ye ada sape mencari perlindungan takaful? suami saya salah seorang agent fulltime PruBSN Takaful. nak tanya pasal perlindungan takaful, takaful anak yang terus boleh savings ke atau simpanan untuk keluarga tersayang bila kita dah takde atau berlaku pape dekat kita nanti. boleh je contact suami saya. Nadzri 011-10952450 atau kalau segan silu boleh je wassap seorang ummi uwais atau pm je kat pesbuk. atau tinggal je number phone kat komen bawah nanti saya wassap awak awak ye. jangan risau number akan diprivate ;)

dan sesejak ada 'kawan' lunch sekali kemain lagi pulak tetiba rasa kekok bila kena lunch sorang diri. kahkahkah ummi mohon jangan nak manja mengada lebih ye :p

01 April 2015

Fateh Uwais Sape Jaga?"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

budak paling eksaited abi dah balik mai. merap sunguh-sungguh!!!

bagi sesape yang pernah mengikuti(kot ada) perkembangan keluarga kecik kami ni tau la kot dulu kitorang PJJ hampir dua tahun lebih. start dari aku terima nikahnya sampailah si Fateh Uwais berusia setahun tujuh bulan. kiranya hadiah setahun tujuh bulan dia adalah dengan berpindahnya seorang abi uwais ke bumi kedah ini hewhewhew. Alhamdulilah.

jadi selama kami berPJJ Fateh Uwais dimana dan siapa yang menjaganya?

dia disini, di kedah bersama umminya yang tercinta dan dijaga oleh pengasuh yang menyayanginya, alhamdulilah :D masa mengandung dulu saya dengan suami selalu dilema nanti anak nak tinggal dekat mana? dekat ipoh bersama atok dan opahnya ke. dekat penang bersama abi wan dan omak ke. atau dekat kedah bersama ummi dirumah sewa. sungguh dilema sebab masa tu tengah panas kes pengasuh dan pusat taska dera baby. huuuu sampai ummi ni kalau ada video yang dera2 baby atau bebudak ni memang tak kan play punya.

tapi sejak dah boleh rasa tendangan Fateh Uwais dalam perut hati seorang ummi terus nekad. aku akan jaga sendiri anak ni dekat sini walau suami jauh. segala ujian cabaran dan dugaan akan ditempuhi bersama doa dan usaha. huuuu punya lah tekad. sebab? bila Fateh Uwais dah mula boleh menendang dengan jayanya dalam perut kitorang dah seakan boleh berkomunikasi berdua. sedih pulak rasanya bila 10 bulan 5 jam 17 minit bersama berdua kemana sahaja tetiba dia lahir nak berpisah. ummi taaaa kuadddddd ;'(

dalam pantang pulak opah dia buat ummi dilema balik "tinggalkan dia dengan opah lah, sedih pulak opah nak lepaskan dekat orang lain" pulak dahhh. sebab opah dia yang kelebet Fateh Uwais ni masa dalam pantang dari tapak kaki sebesar jari opah jaga dia huuu. tapiiii opah jauh nun di ipoh dan ummi di alor setar. mampu ke ummi menanggung rindu? takkan nak balik tiap minggu. mana nak cekau duit?

tapi hati seorang ummi terus kuat dan nekad lagi nak jaga sendiri Fateh Uwais. alhamdulilah hari2 doa moga Allah temukan ummi dengan pengasuh yang baik, yang jaga Uwais dengan penuh kasih sayang dan macam anak sendiri. siang malam doa sebab ummi tau hanya Allah je yang mampu tunaikan doa dan harapan ummi. hanya Allah. 

dan Alhamdulilah Allah tu Maha Besar, Maha Penyayang. Dia temukan uwais dengan pengasuh yang memang sayangkan dia. nak pulak pengasuh dia dah lamaaaaaa tak mengasuh budak lelaki. kiranya Uwais ni satu-satunya anak mengasuh lelaki yang dia jaga. kalau tahun-tahun sebelum semua baby perempuan. jaga macam anak sendiri yang kadang ummi pun tak jaga teliti macam tu >..<

syukur jugak bila dah buat keputusan tu berserta doa Allah mudahkan saje urusan keluarga kecik kami. Allah murahkan rezeki dalam berbagai bentuk. dapat pengasuh yang baik pun rezeki jugak kan. Alhamdulilah kalau tidak mau ummi berendam air mata berhari-hari wuuuuu.

jadi mampu ke jaga anak sendiri tanpa suami teman hari2? insyaAllah mesti mampu. banyakkan berdoa, banyakkan dekat dengan Dia. mesti boleh. penat memang penat. ada masa rasa nak nanges lama-lama, nak jerit kuat-kuat tapi sebenarnya semua tu buat diri rasa lebih kuat. dan bila tengok muka suci anak semua perasaan tu hilang, terbang entah kemana. indahnya perasaan tu Allah je yang tau ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...