Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

14 May 2015

"adik cacing"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

lalu tepi sawah

"burung makan cacing" - abi

"buwung akan cacing" - ulang tiga empat lima enam kali setiap kali lalu tepi sawah

"adik makan ape?"

"adik akan cacing" nguuuuuu pitam ummi dengar adik oiiii

tiap kali bila tanya adik makan apeeeee tuuuuu???? mesti dia sebut cacing. gerammmmm je haaaa. padahal dah ajar dah hari2 adik makan nasik. burung je yang makan cacing =..=



alhamdulilah sejak nak masuk setahun lapan bulan aritu dah pandai gabung perkataan jadi dua dan tiga suku kata. bila abi ambik dekat rumah pengasuh tanya mak mana? "mak andi hanna" mak mandi hanna. kalau mak tanya kereta sape dekat depan dia tipu mak kata "mak hanna mai" kelam kabut orang tu ke depan ingatkan betol sekali kena tipu je kohkohkoh

alhamdulilah jugak buat masa ni beberapa perkataan je yang tak paham apa dia cakap. teringat aritu Kak Izwa cerita macam mana dia ajar anak-anak dia cakap terus. cuba praktik cara dia dengan Uwais. alhamdulilah berkesan. bila tak paham bahasa jerman dia terus suruh dia cakap sampai kita paham dan sampai dia reti guna bahasa penuh. alhamdulilah buat masa ni takde susah sangat nak paham apa yang uwais cuba sampaikan. 

dan kami sendiri memang takde guna bahasa bebudak dengan anak2. anak2 means anak sendiri, anak buah dan anak kengkawan. budak biasa lah memang selalu pelat, kalau kita pun pelat jugak dengan dia lagi lambat dia boleh nak bercakap terus kan? cakap jela macam tengah sembang dengan orang dewasa. insyaAllah tak lama mesti dia boleh cakap terus. betoi tak mak2 sekalian? hihihihi

paling syok dengar dia loghat kedah. walau ummi orang perak, anak pun lahir kat perak tapi takde la ummi sungguh2 suruh dia loghat perak jugak hihihihi

"ummi, abi mai" tiap kali abi balik kerja. bukan abi mai lah sayang abi balik.

"ummi, abi alik"

"abi solat, suwau" 

moga satu hari nanti kepetahan awak mengaji menghafaz al quran sepetah awak berkata-kata sekarang ni Fateh Uwais sayang....


post signature

13 May 2015

Teluk Kemang, Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

projek cuti umum yanggggg panjang. asalnya dah nak cancel trip holiday bersama keluarga tapi papa kata. "takpe semua papa sponser" wahhhh free holiday sape yang tak nak kan? hahahaha takde lah. tapi demi memikirkan hajat mama papa yang nak bercuti dengan anak cucu menantu ni digagahi jua kaki ini melangkah ke Port Dickson Negeri Sembilan. tapi memang pun holiday kali ini fully sponser by mama dan papa weols. terasa segan silu disitu, tanam dalam hati "insyaAllah one day masanya pulak kami sponser holiday mama papa, mana tau Allah murahkan rezeki boleh sponser buat haji ke kan? amin amin"



Gerak ke PD dari Banting hari sabtu pagi. malam sebelumnya tido semalam dulu dekat Banting rumah kakak nombor dua. mujur lah jugak transit dekat banting kalau direct ipoh-pd ntah pukul berapa pulak nak sampainya. ipoh-banting pun agak slow jugak atas highway. biasalah cuti panjang kan semua orang nak pegi holiday jenjalan. sampai pd pun jem jugak. satu keistimewaan Waze selain cari destinasi yang kita nak. Waze akan cari jalan yang elak dari jem. so takde lah kaki lenguh tekan brek dengan minyak kan. 



ikut jalan belakang dari banting sampai dekat pd lebih kurang 11 pagi agaknya. cari punya cari tempat yang sesuai nak picnic lastnya ternampak port dekat hotel mayang sari ke resort mayang sari ntah. tak ramai pun dekat situ. ada beberapa family je. cumanya kena berhati-hati kalau nak masuk situ. digalakkan kereta park atas jalan tar dan jalan kaki lah sikit untuk masuk dalam tu. sebab? sepanjang kami berpicnic tu ada saja kereta yang lekat dalam pasir pantai. termasuk kereta weols kahkahkah. tapi yang bestnya walau tak kenal sape pun engko, latar belakang macam mana. bila ada je kereta yang terlekat mesti semua pakat-pakat datang tolong tolak angkat sampai lah settle. alhamdulilah masih wujud lagi semangat tu dalam malaysia ni. 


keluarga besar, nak makan sedap2 banyak2 kena la masak sendiri ye dok? kihkihkih. konon memula seorang ummi uwais gigih lah nak tolong pasang api tapi sampai kesudah tak nyala2, malas lah nak duduk bertenggek dekat situ lagi =.=" 




kembar lain mak lain bapak lain tahun tapi sama size baju hewhewhew. kemain lagi dua orang tu kawan baik. main sama-sama. jerit sama-sama. buat bising sama-sama. mandi sama-sama. melompat, selerak barang sama-sama. makan keropok mamee tuang atas katil pun sama-sama =..=



baru perasan rupanya takde pun ambik gambar dekat pantai, main air laut semua. sibuk jaga anak2 dalam air laut mana sempat nak pegang hp :p homestay kami dekat area Teluk Kemang. memang dekat je semalam RM200 sahaja tapi not recomended. takde pun ambik gambar. takde pun eksaited macam pegi cameron hari tu kan. 

Homestay dia memang murah tapi untuk family besar macam kami tak sesuai kot. ada 3 bilik 2 bilik air, ruang dapur yang luas, ruang parking kereta yang boleh muat dua bijik kereta, saga dan pesona, ruang tamu yang panjang dan luas. bilik utama ada katil king beserta aircond yang tak rasa mana pun. bilik ketiga katil double decker yang hanya dilengkapi kipas bawah seketoi. yang selesa pun bilik kedua je. ada satu katil king, aircond pun kuat sangat. budak kembar dua orang tu memang rajin lepak bilik kedua jela. sejuk katakan hihihihi. bilik air pun boleh guna satu je. bilik air depan setakat nak buang air kecik je boleh la itupun kena isi sendiri air dalam tangki flush kalau nak guna flush. bilik air sebenarnya ada tiga. tapi dedua tu owner cabut paip shower dia. tatau la sebabnya kenapa. 

tido beramai-ramai diruang tamu jela sebab family kami ni ramai. mungkin sepadan lah kot dengan harganya tapi untuk rasa selesa tu mungkin tidak. nama homestay? entah tatau sebab homestay kali ni kakak yang deal dengan owner. Oh ye lagi satu homestay ni ada tikus huuuuu.



pagi ahad selesai mandi manda dekat Teluk Kemang kemas2 beg terus gerak ke muzium tentera darat dekat area teluk kemang tu jugak. masuk percuma. bagi kami ok la muzium dia. banyak pamer kereta2 kebal, helikopter, keretapi, lorong bawah tanah dll. lorong bawah tanah je kami tak dapat masuk sebab Fateh Uwais takut. walau hati abi ummi dedua melonjak nak merasa masuk bawah tu tapi sebab ada anak kecik kena la korban perasaan teringin tu hihihihi.


dan petang ahad kembali ke hotel mewah mama papa di ipoh perak hihihihi. atas highway menuju ke utara traffic lancar masa tu walau kereta boleh jugak tahan banyak dan hujan lebat. tapi traffic menuju selatan dah heavy traffic dah masa tu. mungkin orang ramai pakat balik awal walau isnin besoknya tu masih cuti lagi. 

bila nak berholiday lagi? hurmmm kena simpan duit banyak2 dulu. baru syok nak berjalan rata hihihihi. ini pun unplanned aje haaaa. buat last minit. last minit lah baru syok ye dak? ekekekekeke. 



post signature

12 May 2015

Kolam Bandaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

hai. hewhewhew. payah betoi nak mula bukak entry baru bila dah start cuti panjanggggggg. macam biasa kalau seorang syakira cuti bekerja makanya blog pun bercuti la jugak. bukannya sebab pakai wifi opis!! amboiiii tak baik fitnah iols okeyyy. tapi sebab dekat rumah tersangatlah malas nak on lappy nanti ada budak bontot toek duduk atas lappy ummi lepas tu nak kepak leher lappy ummi =.=" pakai henpon? tak puas nak taip entry panjang2 dalam skrin kecik itewwwww :p


weekend cuti panjang yang lepas masa dekat PD belikan lah pelampung mon ni dekat budak bontot toek tu. disebabkan kadar keterujaan dia pada menatang doraemon tu melampau2 makanya abi kata "kalau ada pelampung doraemon baru kita beli dekat anak" tengok2 ada sorang bapak budak duk heret pelampung mon ni. terus tunjuk kat suami "tuuuuuuuu ada, kejap lagi kita cari ek" 



tengok tu buat teruk sangat. duduk dalam mon tengok tv. habis hati letewww orang beli mon kesukaan dia :p dan dekat area alor setar mana ada laut yang boleh main mandi manda kecuali langkawi. ke ada tapi ummi tatau? makanya ummi abi decide nanti kita bawak anak main kolam dekat kolam bandaran MBAS. memandangkan aritu nampak Naqiah bawak Anas Muhsi main kolam dekat situ. dan nanti takde la susah sangat ummi nak mendobi baju basah dorang. kalau main laut penuh mesin dengan pasir pantai aje =..=


kolam bandaran dekat stadium. masuk dewasa RM3.50 untuk yang mandi sahaja, kalau setakat nak tengok anak dengan suami mandi masuk free. kalau celup kaki je tatau kena bayar ke tidak :p untuk kanak2 besar uwais FOC. ada dua kolam satu untuk kanak2 dan satu lagi yang dewasa punya. untuk kolam kanak2 paras dia sampai dada uwais je. syok budak sorang tu jalan ke hulu hilir dalam kolam tu. 


masa sabtu lepas kami sampai sebelum pukul 6 petang. tak ramai sangat orang. bebudak pun tak ramai lagi. 6 lebih macam tu baru lah lagi meriah. tapi Fateh Uwais ni takmo pun main lelama dalam kolam bebudak tu dia lagi suka nak mandi kolam dewasa. belagak pulak yeeeee


setiap kali letak dia dalam pelampung mesti dia pusing2 nak keluar. agaknya dia rasa lagi secure bila abi yang pegang. kalau pelampung ada potensi nak terbalik katanya kot. tapi sebab ummi abi chewy nak tengok anak main pelampung baru. paksa jugak dia duduk dalam tu. natijahnya? berlubang doraemon tu kena gigit dengan uwais. lalu kempis lah ia dan tak boleh main lagi =.= sakit hati sungguh tengok mon tu kempis cedera parah 


kena nasihat lepas buat salah. hewhewhew. ohh ye lupa. kolam bandaran ni hari2 bukak kecuali hari rabu hanya untuk pengunjung perempuan dan kanak2 sahaja. syok kan? mandi manda tanpa kehadiran orang lelaki. takde la segan sangat nak berenang. hari kami pergi ritu ada sorang lelaki ni swimming pakai spenda renang aje. rasa macam herrrrrrrr =.=' memang la "its normal ok" tapi kurang manis kot nak pakai macam tu tempat public. nasib uwais belum pandai nak tanya hal sekeliling ni kalau tidak apa ummi nak jawab kalau dia kata "ummi orang tu tak malu ke pakai spenda je? bebird dia tak terbang ke?" =.=


insyaAllah bakalan jadi aktiviti mingguan family kecik kami. nak ke taman tema tiap minggu kopak lah duit kan, main mandi manda dalam kolam bandaran pun jadi lah. itu pun dah cukup seronok untuk seorang Fateh Uwais, ummi dan abinya. murah pun murah hewhewhew. dan ummi bakalan terjun ke dalam kolam itu bersama mereka jugak satu hari nanti. mana tahan woi tengok deme berdua seronok bergelak ketawa dalam kolam tu. menjerit-jerit hati ummi ni tahan geram tauuuuuuuuuu :p


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...