Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

08 September 2015

Jom Join GA Kak Sha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


nak jemput korang semua join GA anjuran Kisah Kaseh. sempena first anniversary blog beliau. hadiah banyak yang menarik tauuuu. meh sini ummi uwais nak listkan. mana tau meleleh ailio korang nak join pulak ekekekekeke.

HADIAH yang menanti :
(dengan kerjasama para PENAJA dari GROUP #bloggerutara)
30 PEMENANG dicari :)

1. aryshafayyadh aroma (2nos~man&woman) x 3pemenang
2. Monopod x 1pemenang
3. Tote bag x 1pemenang
4. Top Up RM10.00 x 3pemenang 
5. Starter Kit vitC Shaklee x 1pemenang
6.Top Up RM5.00 x 1pemenang
7. Tudung AdiJuma x 1pemenang
8. Key Chain x 5pemenang
9. RM10.00 x 3pemenang
10. Tudung x 1pemenang
11. Shawl x 1pemenang
12. Chopstick From Japan x 2pemenang
13. Key Chain from Taiwan x 3pemenang
13. Hadiah Misteri x 4pemenang

terliur ke tidak? ekekekeke. sila lah rajinkan diri ke link ini. atau klik saje gambar dekat atas untuk join. tarikh tutup 10 september 2015, 12 tengahari. lagi dua hariiiiii je lagi. cepat cepat ada masa ni haaaaaa. 

post signature

Taman Tasik Taiping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sabtu 29 Ogos lepas ke Taiping. ada jemputan kawen kawan blogger. dah alang-alang ke sana suami kata jom la kita bawak anak pusing-pusing tasik taiping. masa ada jamuan raya dulu dah nak bawak anak pusing tapi sampai lewat sangat ke taiping nya. terus cancel. 



itu pun ikutkan hampir cancel jugak ke taman tasik nya. hujan punya lebat. dekat sejam lebih sangkut rumah kenduri. keluar rumah kenduri pun dalam hujan renyai. cakap dekat suami kita cuba je pusing dulu ke tasik sana. kalau kata hujan tak payah la turun bawak anak main. rezeki Fateh Uwais. elok sampai hujan pun berhenti. alhamdulilah. 



tapinya kami tersilap jalan. pegi raduk jalan depan khemah orang berjual. mana la nak tau situ tak boleh jalan. mujur jugak Nurul Iman tu kecik je. muat lah nak celah laluan sempit tu. silap dorang la jugak tak letak no entry dekat laluan nak masuk tu. kita ni walau orang perak tapi dah lama sangat tak ke taiping nun haaaa. haishhh

pandangan di tengah tasik taiping dari dalam paddle boat

pusing punya pusing last sekali suami decide nak main paddle boat dekat sini. sebenarnya dari Taman Tasik Jitra lagi abi teringin nak bawak anak dia main paddle boat tapi sebab ramai sangat orang terus tak jadi. tambah pulak badan letih masa tu. 

Harga tiket Paddle Boat Taman Tasik Taiping


dan kami naik twin paddle boat je hari tu. sesuai untuk 2 adult dan 1 child. yang penting kepala boat tu bentuk itik. habis hati la budak kecik sorang tu dapat naik itik hewhewhew. balik rumah opah tok kemain mulut comel tu bercerita adik naik itik. adik naik itik. hihihihi


sebelum naik boat itik marilah menjamu mata tengok ikan koi berenang-renang 


jeti ke paddle boat



budak eksaited tengok ada banyak boat itik. kemain mulut adik nak naik itik. nak naik itik. tak sabo-sabo pulak dia.



alhamdulilah mampu behave sepanjang ummi abi kayuh boat itik ni haaa. risau jugak buatnya dia hyper aktif dalam tu. dah la tengah tasik. haru biru pulak nanti. alhamdulilah mampu mendengar kata hihihi. cumanya dia teringin nak tolong kayuh itik. maaf la sayang. kaki awak pendek lagi. nanti cuba next time okey!!! paling tak tahan bila ummi abi rehat kaki sekejap kemain lagi suruh jalan. "jalan jalan" dia tatau orang ni lenguh sangat dah haaaaa =..="


ada stereng untuk kawal arah boat itik itu. pepandai la kome nak ke kiri ke kanan ke. stereng ni pun Fateh Uwais sibuk nak kawal jugak =..= ohh ye diorang bagi masa 30 minit setiap sesi. pusing la selagi mana mampu keliling tasik tu. tapi yang kawasan di tanda NO ENTRY tidak dibenarkan masuk ye. lagi satu, andai kata tengah kita kayuh dalam tasik hari hujan. dorang akan datang tarik kita dengan boat diorang. tak dibenarkan kayuh paddle boat ketika hari hujan. kalau masa tu tak cukup lagi 30 minit. masa yang kurang tu boleh repeat balik samada hari tu jugak atau hari lain. dalam tempoh 3 bulan. duit memang takkan boleh pulang balik. 


kalau tak nak naik paddle boat. selain tengok dan bagi ikan makan. boleh jugak ceriakan hati anak dengan kereta menan bunyi-bunyi ni haaaa. asalkan mereka gembira ye dok??? ;) 




kata pegi kenduri kawen tapi gambo pengantin takde pun ye dok? ekekekeke. selamat pengantin baru Reena dan suami. moga kekal bahagia sampai syurga. terima kasih atas jemputan. sedap lauk nasi kenduri. gambo gelap wuwuwuwuwuw ;( 



post signature

06 September 2015

Fateh Uwais Turns 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ummi abi pulak yang ter semacam eksaited nak motong kek kohkohkoh

alhamdulilah selesai jugak hajat nak buat majlis hari jadi kecik2 dekat Fateh Uwais kami tu. cuti merdeka balik ipoh, memang semedang kalau ada cuti umum balik ipoh pun hewhewhew. yela nak balik ke sana makan modal banyak. minyak tol lagi harus la time cuti2 umum yang macam panjang sikit lajak ke sana aje kannn :p makanya ummi abi decide besday Fateh Uwais kita buat dekat rumah opah atok aje la. dah alang-alang cuti.



budget nak mula pukul 3 petang. tapi pukul 3 baruuuuu habis masak-masak. itu pun bihun belum goreng lagi hewhewhew. opah uwais take over masak bihun katanya. tq opah. mujur kawan-kawan belum sampai lagi. yang sampai awal pun dah dekat pukul 4 macam tu. legaaaa sangat haaaa. takmo jadi macam tahun lepas. tetamu dah sampai tapi kita baru nak set up meja huuuuu. 



cekedis, coklat semua datang dari kedai coklat murah hewhewhew. cakes, apam dari ummi abi, bihun opah goreng, air ibu buat. hewhewhew. disebabkan anak teruna tu suka sangat Doraemon. ummi pun gigih la beli coklat dengan keropok yang ada muka Mon dia tu. mujur keropok tu sedap. rupa macam koko krunch tapi rasa sebijik tak sama hewhewhew :p jadi la janji ada monnnnnnnn.


punnnnn doraemon jugak. memang habis hati la budak sorang tu tengok kemain lagi doraemon berleluasa rumah opah dia :p tu pun jenuh kepung tak bagi makan segala jenis jajan ni. suruh tunggu kawan-kawan datang petang nanti. makan sama-sama huuuuu



antara tetamu, sedara mara, kawan-kawan yang sudi berkunjung ke besday Fateh Uwais. terima kasih sudi hadir memeriahkan suasana, yang bagi hadiah, bagi duit, yang mendoakan dari jauh dan dekat. terima kasih semuanya. moga doa kalian dimakbulkan Allah SWT amin amin


selain Caramel Cake, Apam Polka Dot. ummi jugak buatkan Dark Choco Brownies untuk tetamu yang sudi hadir. kata tokey kek tak kan tak buat kek banyak-banyak untuk besday anak kannnnnn kohkohkoh :p selalu buat brownies kedut aje. sebab hari tu special sikit. jadinya kita letak topping dekat si brownies ituuuuu. topping white coklat dan taburan almond sikit. rasa alhamdulilah sedap. di tekak seorang ummi uwais lah, tekak orang lain kita tatau la kan :p


main cake. Pandan Cake. doraemon cacat dan comot. huhuhuhu. ummi uwais memang lah tak reti nak lukis2 ni. tambah pulak lukis atas kek macam ni haaaaa. mulanya abi yang kena lukis tapi sebab tetiba cawan polistren tu entah mana duduknya. abi kena keluar pegi beli cawan. tengok jam macam dah lewat je. terus ummi lukis sendiri. dan menangis sendiri tengok mon yang cacat. mujur anak kenal itu mon kesayangan dia, kalau tidak lagi ummi sedih hahahahaha :p kaler pun lari habis. ingatkan pewarna tu kaler biru sekali picit kaler purple. hambik ko!!!!!


Selamat ulangtahun kelahiran anakanda sayang, Fateh Uwais bin Nadzri. doa ummi moga anak ummi abi sihat tubuh badan, cergas akal fikiran, baik budi pekerti tata laku, kaya dan berjaya dalam iman, dan yang penting moga anak ummi abi menegakkan agama Allah, menuruti segala perintahNya, meninggalkan segala laranganNya, jadilah hamba Allah yang soleh berjaya dunia akhirat. moga peribadi anak ummi abi sebaik dan sehebat nama yang ummi abi pilih dan berikan. maaf andai ummi abi terkurang dalam mendidik dan menjaga awak. 

Fateh Uwais 
25 Syawal 1434 Hijrah
01 September 2013
0517am
Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak 

post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...