Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 September 2015

Jerebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jerebu. mana-mana tempat pun berjerebu kan sekarang ni. aritu keluar malam. nampak berkabus macam keluar subuh pukul 5 pagi tu, padahal jerebu pftttttttt. minggu lepas tempat saya hilang dah jerebunya lepas hujan lebat dua hari berturut-turut. rasa legaaaaaanyaaaaaaaaa bila tengok langit cerah je. awam pun nampak menari-nari kat atas sana. 

tapi dua hari lepas pagi-pagi tengok jerebu adoyaiiii teruknya. dah macam cameron. tapi sebenarnya cuaca yang makin teruk. keluar rumah bau asap je dah. pagi semalam walau hujan lebat, tapi belum mampu nak pulihkan keadaan cuaca sekarang. pagi ni tadi hujan, doa dan berharap moga hilanglah jerebunya terus. 



macam kami yang ada anak kecik ni memang kuarantin je anak dekat rumah. main dalam rumah sahaja. takde hati nak bawak anak keluar ke mana-mana pun. risau sangat. kalau kita sakit boleh jugak nak bagitau dokte sakit dekat mana. tapi anak kecik ni mana la nak paham sangat huuuu. banyakkan minum air masak, atau air kosong. bila memandu sila pasang aircond bermode kitaran dalam kereta sahaja. elakkan berada diluar terlalu lama. ohh ye pakai topeng jangan lupa. yang kaler biru bahagian luar ye kawan-kawan. 

elakkan aktiviti membakar buat masa ini. tapi tula kedah sekarang musim bakar jerami. nak tak nak memang kena hadap situasi tu. kalau tak bakar jerami karang tak boleh pulak nak gembus2 tanah sawah tu. lambat lagi pulak proses dorang nak tanam padi nya. bertabah la nakkkkkk huhuhuhuhu.  


cuaca di tempat saya, hari ini. berada di paras sederhana huhuhu. korang kalau nak check indeks pencemaran udara tempat korang boleh klik dekat sini dan bandingkan kadar indeks tu dengan gambar first yang saya kongsikan tadi. dan sila lakukan langkah berjaga2. dan di rumah mama dekat ipoh sana, 183 darjah celcius. unhealthy huuuu 


post signature

14 September 2015

Proses Wean-Off Susu Badan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

alhamdulilah rezeki Allah Fateh Uwais dapat menyusu badan dari dia lahir sampai la berumur 2 tahun lebih ni haaaa. masih bergayut susu badan bila teringat atau tetiba dahaga atau rasa unsecure. 

ummi pun dah berhenti pam susu dekat ofis. masa dia setahun sebelas bulan dah stop pam sikit-sikit. sebab nak sesuaikan diri sendiri, takut nanti bila berhenti mengejut kena bengkak susu pulak. mau menangis lagi sekali seorang ummi uwais wuuuu. susu nak kata banyak meriah tu takde dah. setiap kali pam dapat 2oz je. bila uwais menyusu pun nampak dia tak sekenyang macam dulu. sekejap lagi kiri, lepas tu kanan dan kiri lagi. paling kelakar bila dia nak tukar side tu. dia kata "susu ummi habis dah" kihkihkih cubit mulut comei tu baru tau.

dah cuba ajar dia untuk berhenti. betul la mental dan emosi ibu pun kena kuat sama. kalau ummi pun lemah emosi memang ape pun tak jadi. tambah dapat anak pandai cakap. lagiiiii la wuuuu

Ummi : yayang kan dah besar, mana boleh susu ummi lagi

Uwais : nak susu botoi lah (sambil buat muka suci) terus bangun dari nak landing

Ummi : ok la meh sini dulu nanti kita susu botoi (tengok ummi tu)

Uwais : tacih ummi(terima kasih ummi)



alahaiiiiii dah tu hati mak mana yang sanggup nak berhentikan bila anak buat drama gitu. gugur rasa jantung hati ni bila anak kesayangan yang sorang tu buat ayat cair. wuuuuuuu. lemah lagi ummi. 

Proses Wean-Off tidak berjaya!!!! buat masa ini =..="

**semoga dipermudah segala urusan di mekkah sana. mendoakan yang baik2. mereka pergi pun dalam keadaan baik walaupun mengerikan di pandangan mata kita. alhamdulilah dan moga Allah ampuni semua dosa-dosa kita umat islam di dunia ni amin amin  


post signature

09 September 2015

Sample Friso Free

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



ahad lepas sampai lagi sample susu free hihihihi. berbunga hati ummi dapat free gift ni haaaa :p sebenarnya dah pernah dapat sample Friso masa Fateh Uwais belum setahun dulu. yang ni saje gatai-gatai mintak lagi. cuba nasib. Alhamdulilah ada rezeki lagi ;)



Fateh Uwais consume susu Friso sampai la umur dia setahun sepuluh bulan. tapinya bersulam la dengan susu badan. bukan la berlagak minum susu mahal. tapi sebab Uwais minum susu formula tak banyak mana pun. satu tin besar tu tahan dekat 3 bulan. rumah pengasuh ummi bekal susu badan dekat 3 botol sehari. balik rumah memang susu badan je. mampu la setin tahan 3 bulan. kalau ikut kadar minum susu macam sekarang mampu ber hu hu hu aje la ummi abi. kehkehkeh. tapi tak dinafikan susu Friso antara susu yang bagus. saya ni beli susu formula dua benda je saya tengok. Lemak dan Gula. mencari yang rendah lemak dan gula. DHA ape benda semua tu kalau tengok iklan semua pun nak dekat sama je. tapi yela kita ni lain-lain pemikiran kan, janji yang paling terbaik untuk anak sendiri ;)


Frisomum saje tumpang request. pun saje nak tengok kot ada rezeki hihihi. susu Dumex Mama hari tu pun belum minum lagi. memang kami dah mula plan nak bagi Fateh Uwais adik. tunggu la kalau ada rezeki boleh la pulun minum susu-susu ni pulak kannnnnn ;)


mana nak dapat semua sample yang best ni? boleh cuba klik dekat laman rasmi Friso Gold Malaysia ni. dekat situ ada macam-macam maklumat. nak tebus point pun boleh. cari je widget sample free. klik situ dan isi lah segala maklumat yang dorang nak. mudah je kan :)

Update, Nota Ummi : Fateh Uwais masih boleh terima Friso ni tanpa banyak songeh 


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...