Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 October 2015

Wean-Off Fateh Uwais : Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Proses Wean-Off masih belum berjaya. huwaaaaaaaaa. bukan ape, sebab dah mula rasa sakit bila Fateh Uwais menyusu, makanya memang dah nekad dan tekad nak berhentikan terus susu Uwais. 

Uwais : ummi nak susu

Ummi : ummi buat susu botoi ek?

Uwais : nak susu ummi jap.

Ummi : tak boleh la, sayang kan dah besar. mana boleh susu ummi lagi.

Uwais : bak susu adik!!! bak susu adik!!! (tadah tangan, badan hentak2) 



bila mintak abi slow talk dengan anak, abi pulak yang touching lebih "hishhh abang pulak yang rasa sedih nak putuskan anak dengan susu sayang" =..="

dah tu macam mana nya huuu. cumanya malam aritu bila nampak Fateh Uwais tak kenyang minum susu badan, kejut abi buatkan dia susu botoi. susu pun dalam peluk abi, atas lengan abi, abi tepuk-tepuk. lena dalam peluk abi. muka ngadap ketiak abi =..=

sayuuuu je hati ummi bila tengok dia tido dengan abi. mana pernah hoiii kami berdua beranak bercerai tido. sebab menyusu badan. memang selalu pun dia nak tido akan cari ummi dulu. sanggup heret sejadah ummi masuk bilik tido sebab nak tido dekat ummi walau ummi nak solat dulu. sobssss sedih sangat rupanya nak bercerai susu ni ;((((((

nampak nya kena cuba cara calit2 sesuatu tu jugak la kot. hukhukhuk


post signature

04 October 2015

Doa Memohon Zuriat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

selak selak buku lama. terjumpa satu topik dalam buku tu "Doa Suami Memohon Zuriat" ke cam mana ntah tajuk nya ingat-ingat lupa kehkehkeh. tapi dalam topik tu dinyatakan ikhtiar Nabi Zakaria memohon agar dikurniakan zuriat untuk mereka sekeluarga. 



kadang kita ni terlepas pandang kan yang doa seorang suami tu lebih berkat untuk isteri dan zuriatnya sendiri. yang selalu orang sekeliling pesan itu ini pada isteri je. pada suami jarang2 lah orang nak pesan itu ini. kecuali pesan ke arah dalam kain sikit pfttttttttt. 

jadi pada kawan-kawan yang rasa nak share doa ni dengan suami tu sila kan. doa lah selalu. usaha la berterusan insyaAllah Allah tu Maha Mendengar. tak reti berbahasa arab doa jela dalam bahasa kita :)

post signature

01 October 2015

Rezeki Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Alhamdulilah rezeki Fateh Uwais dapat mak mengasuh yang sayangkan dia. bukan mak je. abah, kakak yati dia pun sayangkan dia sangat. syukur, rezeki Allah nak bagi. padahal sebelum Uwais lahir kami tak kenal pun family pengasuh dia. sedangkan ummi hari-hari lalu depan rumah mak uwais masa bujangs dulu tapi tak pernah bertegur sapa hewhewhew :p



dari tahun lepas lagi mak abah dia kata nak celebrate besday Uwais kat rumah dorang. katanya tahun ni nanti kita sambut besday Uwais. ummi abi pun iye kan aje la. dah orang berhajat takkan kita nak menolak :D


Kek Walnut Butterscotch. first time buat tu pun lepas kak shida duk cerita pasal kek ni dekat group. serius jatuh cinta dengan kek ni. tapi renyah nak buatnya haihhhhhh


Kek Batik. disebabkan ummi keputusan idea nak masak apa, kita kek kan aje la biskut merie dekat dapur tu haaaa. ada dua paket. kalau tak di kek kan nanti entah bila nak habis nya. 



banyak rezeki Uwais masa tu. mak dia masak macam-macam. dengan aneka kek dan puding nya. memang macam-macam jenis kek ada hewhewhew. dalam banyak-banyak juadah tu. tiga benda je ummi buat. kek walnut butterscoth, kek batik dengan goreng kopok kering je hewhewhew. bertuah punya ummi!!!! 


kawan favourite Fateh Uwais. Ahmad Taufiq



Alhamdulilah lepas jugak hajat mak mengasuh Uwais nak celebrate besday budak sorang ni. terima kasih dekat family pengasuh uwais yang sudi jaga dan sayang Fateh Uwais macam anak dorang sendiri. cumanya kita sebagai parents pada anak pun kena ada tolak ansur dengan pengasuh. layan pengasuh baik-baik, hargai pengasuh, dan bawak la buah tangan sikit bila balik dari bercuti dekat mana-mana. orang berbudi kita berbahasa. tapi kalau dah berbahasa ditakdirkan dapat pengasuh yang so-so jugak tu. redha jelah huhuhu.


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...