Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 April 2016

Scan 4D : Poliklinik Dr Marina Seberang Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rehat kejap cerita Terengganu, nanti sambung balik. Balik penang bulan dua yang lepas sempat la jugak meloloskan diri ke Poliklinik Dr Marina dekat Seberang Jaya tu hihihihi. masa tu dah 27 minggu. dah sesuai untuk scan 4D baby dalam perut :) waktu yang afdal kalau nak scan baby bila dah masuk 6 hingga ke 7 bulan. masa tu baby belum besar sangat lagi size dia. masih ada ruang untuk tengok pergerakan dan bentuk muka dia. kalau 7 bulan lebih ke 8 bulan ruang dalam perut dah sempit. nak tengok muka dia dengan jelas memang susah. sebab saya pernah scan masa dekat 8 bulan masa Fateh Uwais dalam perut aritu. masa tu ada problem sikit kena scan.

sebelum hari kejadian ada la jugak telefon Poliklinik Dr Marina. Tanya kot sekarang kena buat appointment kalau nak scan. sebab sekarang memang ramaiiiii sangat yang gunakan khidmat Poliklinik Dr Marina tu. kami memang biasa refer ke Dr Marina tu sendiri je. sebab selesa dan Dr Marina sendiri dokte O&G jadi lebih mudah bagi kami. kalau pergi hari biasa lambat-lambat sikit memang pecah peluh jugak la nak tunggu giliran. macam sabtu baru ni singgah beli vitamin Uwais hari sabtu. dalam klinik penuh patient tunggu giliran. nak beli ubat pun jadi ambik masa sikit jugak. tu baru nak beli ubat kalau nak masuk jumpa dokte? pengsannnn hihihihi

tapi tumpang bangga dengan kejayaan Poliklinik Dr Marina. sekarang dah ramai orang kenal klinik dia, ingat lagi dia cakap aritu "doakan kejayaan klinik saya, dan terima kasih support klinik saya" :) very the humble lah dokte nya. still kenal Uwais sampai sekarang.

mana cerita 4D nya? hahahaha. masa call pekerja klinik tu dia kata Jumaat tutup. kami pun cuti weekend jumaat sabtu je. makanya hari sabtu jela yang boleh nak pergi scan nya pun. tak perlu appointment. cuma bawak buku pink kita tu dan DATANG AWAL. ye sila datang awal untuk mengelakkan que yang panjang. macam kami rumah dekat sangat dengan klinik tu. pukul 9 Sonographer dah datang, pukul 8.50 pagi kami dah keluar dari rumah mil hihihi. masa sampai Sonographer tak datang lagi. kami orang pertama yang sampai kihkihkih. tak kisah. dari nak tunggu giliran lama.

kalau dulu scan dan check patient Dr Marina yang buat. tapi sekarang dorang dah ada Sonographer (perempuan) untuk mencepatkan lagi masa dan mengurangkan masa menunggu patient. untuk makluman setiap kali proses scan 4D mengambil masa 30 minit termasuk proses burn cd dan cetak gambar sekali. sebab tu kena datang awal. bayangkan kalau sorang scan dah 30 minit. kalau ada tiga que depan kita dah sejam lebih nak kena tunggu. ummi uwais is tak suka menunggu, jadi baik keluar awal2 hewhewhew.

sekarang sampai bulan Disember nanti dorang ada promosi RM80 untuk scan 4D. memang terpaling murah nak banding dengan tempat lain. tempat lain scan hitam putih pun dah RM60-RM80. macam kami aritu tambah lagi RM20 untuk scan details. details ni dia scan sekali aliran darah, denyutan jantung, baby ada kurang sempurna atau tidak(cacat), kedudukan baby tu betul ke tidak, tali pusat dia, uri. memang details la pasal baby dalam tu kita boleh tau selain boleh tengok bentuk muka dan jantina dia. memang rasa berbaloi sangat dengan bayaran RM100 tu.

Alhamdulilah adik baby Uwais semuanya sempurna, jantina je tatau lagi ;) masa kami scan dia tido. dok kejut2 pun gerak sikit2 menguap dan tido balik. grrrrr. Fateh Uwais bukan nak tengok sangat pun adik dia. lebih pada risau tengok dokte scan ummi dia. sibuk mulut tu Tanya. ummi sakit tak? ummi tak pape pape ke? ummi ok ke tu abi? siap dia sekali baring atas katil tu sebelah ummi dia sebab risau teramat. budak tu memang bukan boleh tengok ummi abi dia sakit. dia yang risau lebih. ni nanti time bersalin dengan tangan cucuk masuk air tu tatau la nak bayang tahap risau dia tu ntah macam mana hihihi.

Lokasi Poliklinik Dr Marina berdekatan Masjid Sembilang sebelah DLima. no telefon yang boleh dihubungi 04-398 2848. tutup setiap hari jumaat.

**sekarang dah ada no giliran untuk scan dekat sana. datang bawak buku pink. daftar nama. kalau terlalu ramai patient tunggu giliran. dorang akan bagi angka no giliran untuk kita. boleh la keluar ambik angin cuci mata dulu sementara nombor tu nak sampai. rasanya bila dah hampir dengan angka giliran kita staff klinik akan call mintak datang segera.  

04 April 2016

Kenduri Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Punya la banyak ambik gambar dengan pengantin masa kenduri, tapi satu pun tak menjadi semua blur. huuuuu. yang ini je ala2 menjadi. tu pun tak sempurna jugak kejadiannya. gasak la. janji ada hewhewhew. pengantin lelaki yang kawan suami. kenduri sambut menantu la kiranya ni.

malam masa sampai Pantai Kelulut tu ada jugak bertanya dekat wife kawan suami yang mana wife kawan suami tu adik pada pengantin. kawan suami adik ipar pengantin lelaki ituuuu. paham? tak paham buat2 jela paham :p 

Tanya dekat dia macam mana konsep kenduri dekat Terengganu ni. katanya kalau kenduri pengantin perempuan meriahhhh sangat. dari pagi sampai ke malam sibuk menjamu tetamu. tak kering tangan la tuan rumah. tapi kenduri sambut menantu tak semeriah itu. kenduri kecik biasa-biasa je. kami pun ohhhh jela. yela baru first time nak merasa ke kenduri tempat orang kan.

kalau dulu masa baru je sampai Kedah terkejut la jugak bila dapat jemputan kenduri hari berkerja. tapi rupanya kalau masa cuti sekolah memang biasa je orang buat kenduri hari bekerja. meriah pun sama je macam kenduri dekat perak penang hari sabtu ahad. tak kisah catering atau gotong royong. meriah nya tetap sama. kenduri dekat Marang Terengganu ni pun sama jugak. buat hari rabu. tapi dalam minggu cuti sekolah. sepanjang kami dekat sana pun banyak je nampak kenduri sana sini hari weekday. tak culture shock dah sebab dah biasa nampak dekat Kedah hihihihihi.

Kenduri kawan suami ni. ada satu je khemah. tu pun bukan khemah kenduri. tapi khemah yang tuan rumah buat sendiri. makanan hidang buffet. takde meja makan hanya ada kerusi untuk duduk je. pinggan tatang atas tangan. baik lelaki atau perempuan sama je. pinggan tatang atas tangan. pada kami ok je. Nampak simple dan jimat. tak payah nak berhabis duit beratus yang kadang beribu nak sewa khemah dan kerusi meja makan. budget boleh lebihkan pada makan untuk tetamu. tapinya first time la untuk kami makan kenduri takde meja makan hihihihi. tapi its soooooo ok ;) 

makanan sedappppp sangat. masak kampung dan diorang masak sendiri. menu hari tu. nasi putih, masak lemak nangka, ikan kering goreng, sambal belacan, sambal tumis ikan kayu, gulai daging yang kami tatau namanya tapi sedap, pedas tak manis2 sangat :D selain dessert puding dan agar-agar. tapi makan bertambah-tambah. tak pernah pulak rasanya pergi kenduri orang makan bertambah. tapi hari tu tetiba perangai tak malu datang pergi tambah makanan, sama naik je laki bini mihmihmih. sambal belacan diorang pun sedappppp, tak sama dengan sambal belacan biasa makan dekat sini. haishhh memang sedap plus plus la masa hari kejadian!!! dah la makan bertambah siap tuan rumah bungkus kan makanan lagi untuk kitorang. mungkin sebab dengar mulut ummi yang memboyot ni duk ulang sebut sedap sedap gamaknya hehehe.

terima kasih pada tuan rumah yang baik melayan kami. dari kami mula sampai Kuala Terengganu sampaila kami dah balik. siap call suami lagi Tanya kami selamat sampai ke kemaman atau tak. takut kami sesat tiba-tiba sampai keyel pulak hewhewhew. Selamat Pengantin baru moga mahligai yang dibina berpanjangan mewangi sampai syurga. dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan sentiasa dikelilingi dengan rahmat Allah. aminnnnn

03 April 2016

Roti Paung : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


adoi adoi busy bebeno minggu lepas. tak sempat nak menyambung cuti2 mesia kami 3 + 1 beranak. hewhehwew. On the way ke Kemaman, rumah sepupu suami. balik dari makan kenduri. Nampak kedai tepi jalan ada yang jual Roti Paung. terus teringat rasa macam Blogger Eima ada buat entry pasal Roti Paung ni. kalau tak silap lah. laju-laju ajak suami singgah. karang kalau dah keluar dari kuala Terengganu takut tak jumpa dah roti paung nya. ye memang betoi. lepas pada tu takde dah kami jumpa kedai roti paung ni haaaa.


Roti macam roti kita biasa jugak. ala kan sekarang dekat fb orang dok buat tutorial roti gebu homemade tu. sama jugak dengan yang ini. tapi roti ni lembuttttttttttttt sangat. kecik-kecik comel je. ada 4 perisa. Pandan, Kelapa, Kacang Merah dengan Mentega. boleh jugak beli yang campur 4 perisa.

kami beli campur. beli seloyang. seloyang baru RM3 okkk. rugi rasa tak beli dua tiga Loyang aritu. Loyang kecik je. dalam 5" je gamaknya kalau tak silap. tapi kira ok la. setiap perasa dapat 4 bijik roti kecik tu. kenyang la jugak makannya. tapi serius tetap menyesal beli seloyang je aritu sobsssss. sampai sekarang still terasa kelembutan rotinya. lembut sebab tak masuk angin. dorang simpan dalam kotak polisteren tu sebelum jual dekat pelanggan. rasanya kalau dapat yang panas-panas tu lagiiii sedap. korang kalau ke kuala Terengganu dan terserempak dengan kedai jual roti paung sila berhenti dan beli ok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...