Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 February 2013

Cerpen : Baby Diaries

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“eh awak dapat planner baru ye?” soalku usai suami keluar dari kamar mandi.

“a’ah awak nak ke? Ambil la” aku Cuma meneliti apa yang terkandung didalamnya. Lengkap dengan jadual perbelanjaan sebulan untuk diisi, dan segala jadual yang boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengawal perbelanjaan isi rumah.

“tak nak la, diari saya yang ofis bagi tue pun tak guna” dan aku berlalu ke sisi suami.

“hurm. Apa kata kita buat dia jadi baby diaries” aku merenung wajah suami.

“ummi tulis la apa ummi nak tulis dalam tue, dan nanti abi pun nak tulis sama” suami tersenyum memandangku.

Usia kandunganku baru 9 minggu. Tak terlewat rasanya kalau kami sama-sama coretkan pengalaman sepanjang zuriat kami ‘tinggal sementara’ didalam rahimku.

“yela nanti bila baby dah besar boleh la baca apa yang ummi dengan abi lalui sepanjang nak membesarkan dia” aku akhirnya bersetuju dengan cadangan suami.

“dan nanti boleh la ummi korek-korek rahsia abi yang nak sampaikan dekat baby kan?” kami berdua tergelak. Dan planner itu aku pandang, sambil tersenyum.

*****
baby hari nie ummi kata dia tak sihat, makan tak lalu. Bila makan ummi muntah. Risaunya abi. Kalau lah abi boleh terbang dah lama abi terbang ke sana temankan ummi -20 January 2013-

aku tersenyum membaca helaian tersebut. Aku beralih ke halamannya berikutnya.

Ahad lepas abi bawak ummi naik Cameron. Ummi teringin sangat nak makan strawberi cicah garam kat atas tue. Abi gelak je bila tengok ummi terus buat apa yang dia ngidam tue sebaik sampai je. Ummi kata baby yang teringin, haaaa baik baby ngaku cepat -28 January 2013-

Aku tergelak. Tak sangka suami juga rajin mencoret itu dan ini di dalam baby diaries kami. Perhubungan jarak jauh antara kami membuatkan adakalanya masa kami berdua terbatas untuk berhubung. Dengan suami yang busy dengan urusan kerjanya, aku juga sibuk uruskan kehidupan seharian aku disini. Hanya disini, di baby diaries kami coretkan segalanya.

Dan aku mula melarikan pena menulis segala pengalaman yang aku lalui. Aku tersenyum.

*****
Risaunya abi tengok ummi bertarung nyawa tadi sayang. Abi terasa abi nak gantikan tempat ummi, tapi abi tak mampu. Abi hanya mampu berdoa moga Allah bagi kekuatan pada ummi. Moga Allah lindungi ummi dengan baby -31 August 2013-

Seronok abi tengok ummi menyusukan Uwais, walaupun wajah ummi pucat tapi ummi tetap tenang dan cuba menenangkan abi. Abi risau. Doctor kata keadaan ummi masih belum cukup sihat. Kita doakan ummi ye sayang -1 September 2013-

Alhamdulilah sayang abi, Uwais dah boleh keluar wad. Tapi ummi masih ditahan di hospital. Keadaan ummi makin teruk. Abi menangis sepanjang hari sayang, tapi abi tak nak menangis depan ummi, abi nak cuba bagi kekuatan pada ummi. Setiap hari abi doa moga Allah pelihara kesihatan ummi. Moga Allah lindungi ummi. Moga Allah selamatkan ummi. Abi sayang ummi sangat -7 September 2013-

Aku tutup diari itu. Sepanjang hari itulah yang sering aku baca. Air mata mengalir lagi.

“sayang jom abang suapkan bubur nie, tau tak hari nie abang masak sendiri, ikan bilis lada hitam nie pun abang buat sendiri. Mama Cuma bagitau je cara-caranya” aku tergelak dan ku rangkul leher suami. Suami membalas.

“terima kasih sebab masih setia ada kat sisi sayang dengan Uwais, jaga kami berdua. walau sampai saat sayang belum mampu jaga makan pakai abang macam sebelum nie” air mataku mula jatuh, lekas suami menyekanya. aku mengalami kontraksi yang terus semasa melahirkan zuriat kami. Hampir sebulan aku terlantar dan hanya mengharapkan bantuan dari insan sekeliling.

“abang nak bersama dengan sayang bukan waktu senang dan gembira je, tapi setiap waktu abang nak luangkan untuk kesayangan abang nie. Abang tak rasa membebankan pun jaga sayang, malah abang bersyukur yang Allah bagi abang peluang merasa indahnya setiap saat dalam hidup abang dengan adanya bidadari dan khalifah abang nie”  jemariku dikucup suami. Dan aku tersenyum bahagia.

“haaa sebab sayang dah makin sihat meh sayang pulak suapkan abang makan” baru sudu itu aku capai terdengar bayi kami Uwais merengek di dalam katilnya.

“alaaa Uwais nie suka kacau kalau abi nak lebleb dengan ummi” kami tergelak, suami segera ke katil khalifah kami, membawanya ke sisiku. Pantas kami hadiahkan ciuman kasih sayang di pipi kiri dan kanannya.

 #BabyDiaries

#mula nak buat kisah kontot tapi terpanjang pulak terus letak term cerpen nanti Cikde dengan uncle Kay-are bising lagi :p

26 February 2013

Kistot : Tuhan Jagakan Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“yayang tarik langsir tue, tutup pintu sekali. Sejuk la” rengek suami yang masih dengan mata terpejam di sisi. Pantas aku bangun.

“terima kasih Allah mengurniakan saya suami yang hebat seperti dia” pipi sebelah kirinya ku kucup. Langsung tiada reaksi. Aku tersenyum Cuma.

“kesian suami, letih dia demi mencari sesuap nasi dan demi nak membahagiakan insan sekelilingnya” omelku sendirian. Pelukan makin ku kemas. Sesungguhnya setiap pagi waktu ini yang aku tunggu demi  melihat wajah kesayangan di sisi. Bahagia, sungguh  ini yang aku rasakan.

“Ya Allah Engkau izinkan kebahagiaan ini berpanjangan hingga ke taman-taman syurgaMu” Bisikku didalam hati.

“sayang, kenapa nie?” suami bingkas bangun. Oh rupanya dalam tidak sedar air mataku jatuh di atas pipinya. Aduhhh malunya.

*****

“baby tengok apa abi nak buat tue” bisikku pada zuriat didalam rahim. Dan tergelak aku sendirian pabila si kecil didalam pantas bergerak menendang rahimku. Mungkin ingin memberitahu yang “si dia” dengar apa yang aku sampaikan.

“haaa mana aci, abi tak letak nama baby sumayyah pun kat situ”

“abi nak letak la nie, tengah cari port yang sesuai” tergelak aku melihat kesungguhan suami.

“abi leb ummi #babySumayyah #babyUwais” itu yang tertera dipasir pantai. Hasil kesungguhan suami meconteng mengabdi nama kami berempat disitu. Senyuman yang paling manis aku hadiahkan buat suami. Dan dia tersenyum.

“abi sayangkan ummi melebihi baby, baby jangan dengki tau. Kalau takde ummi takde la baby, jadi sebab tue abi sayangkan ummi lebih” pantas kami berdua tergelak bila si kecil di dalam menendang tangan suami yang menyentuh kandunganku.

*****

hanya dirimu yang ku cinta, takkan membuat aku jatuh cinta lagi, aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

aku masuk ke ruang kamar kami, terdengar suami memasang lagu ini. kata-katanya aku dalami.

Tuhan jagakan dia, dia kekasihku kan tetap milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku.

Walau ku tahu kau takkan sempurna, takkan membuat aku jauh darimu, apa adanya ku kan tetap setia kepadamu.

“lagu tue untuk sayang ke?” soalku pada suami bila lagu itu tiga kali diulang main. Terus suami rapat ke sisi. Tangannya melingkari pinggangku. Majalah yang aku baca sebentar tadi aku simpan di meja sisi katil.

“abang sayangkan sayang, sayang sangat. Memiliki sayang anugerah terindah dalam hidup abang, menyayangi sayang pemberian tak ternilai” mata ku pejam lembut saat suami mengucup pipi dan dahiku.

Tiada kata yang mampu ku kirimkan, hanya pelukan rapat dan air mata kesyukuran yang mengiringi.  Ya Allah bantulah kami menjaga indahnya perasaan ini, jangan sampai kami terleka sehingga mengabaikanMu. Bisikku didalam hati. Pelukan hangat suami menenangkan dan aku mengamatinya sedalam mungkin.

*****
“mana isteri dan anak saya?” soalku pada ibu ayah jugak keluarga mentua. Masing-masing mendiamkan diri dan seperti cuba menyembunyikan sesuatu.

Pantas aku bangun. Terasa berdenyut di kepala. Laju keluarga menghalang dari aku bangun.

“Alia Sumayyah masih dirawat di wad kanak-kanak. Alhamdulilah Sumayyah selamat Cuma luka sikit dekat dahi dengan kening. Terang ibu ku.

“Adni mana ibu? Adni macam mana? Abang nak jumpa Adni nak tengok Adni” ujarku, sungguh aku rindu pada isteriku.

“sabar sayang, Adni tak dapat diselamatkan,  Allah lebih sayangkan dia lepas 3 hari dia bertarung nyawa” ibu mertuaku serta merta memeluk rapat tubuhku.

Bergigil tubuhku mendengar. Insan yang aku cinta, yang aku sayang kini sudah tiada? Aku tak percaya, sungguh. Adni Alisya, rintihku di dalam hati. Tubuh mertua ku peluk rapat, melepaskan segala bebanan perasaan yang terbuku dihati.

*****
Diari merah itu aku tutup rapat lalu ku bawa ke dada. Itulah salah satu cara untuk aku melepaskan rindu yang terpendam di hati pada isteri yang amat aku rindu.

“mesti abang tertanya-tanya kenapa sayang Cuma coretkan kisah manis kita dalam diari nie?” aku tersenyum membaca ayat itu.

“sebab segalanya yang berkaitan dengan abang tetap manis untuk dikenang walaupun adakalanya pahit. Tapi bila berkait dengan abang terus jadi manis ;)” air mataku menitik sekali lagi.

Adni Alisya, isteri yang aku cintai meninggal akibat kemalangan yang kami hadapi tiga bulan lalu. Tayar kereta kami tiba-tiba meletup. Puncanya tidak aku ketahui. Aku redha, ini ujian buatku.

“Tuhan jagakan dia, dia kekasihku kan tetap milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku” bisikku di dalam doa, al fatihah aku hadiahkan buat permaisuri hati yang tak pernah hilang didalam hati dan ingatkan ku.

“abi tengok ape Sumayyah buat nie” puteri ku mula menarik tanganku. Pantas aku bangun mengikut gerak si kecil kesayangan kami.

“Abi leb ummi, Sumayyah sayang ummi abi”

Pantas ku rangkul puteri kecilku ke dakapan. Sebak hati saat melihat apa yang dicoretkan oleh puteri kecilku di dada pasir pantai.

Sumayyah rindu ummi. Sumayyah ayang ummi. Ummi tunggu Sumayyah dengan abi kat sana ye. Sumayyah nak peluk ummi” lantas ku seka air mata puteriku Alia Sumayyah  Dakapan erat aku hadiahkan. Biarpun baru berusia 2 tahun setengah namun Alia Sumayyah sudah mampu memahami.

“tuhan jagakan dia” bisikku di dalam hati.

*****

TAMAT

#kistot = kisah kontot yang mungkin boleh jadi kisah betul dan mungkin sebaliknya ;)

#saya sayang suami saya, #Tetiba :p 

24 February 2013

Kisah Khalifah #Bila Dah Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

teringat jumaat lepas sembang dengan MummyGK pasal minum susu time mengandung. kalau sebelum nie saya seorang yang susah nak minum susu, soya dan jenis-jenis yang sewaktu dengannya. ubat pun sangatlah payah nak telan. pasal pe pun tatau. mama selalu kata "nanti time mengandung lagi banyak ubat kena telan, susu kena minum. belajar la dari sekarang(masa bujang dulu)" jawapan saya senang je. nanti saya dah mengandung baru saya fikir macam mana nak settle down problem tue :p

(model dikaburkan atas sebab tertentu)

sakit belakang masa hamil tue normal la kan. sebabnya baby kat dalam tarik sikit-sikit kalsium ummi. bila fikir balik Ya Allah besarnya kuasa Dia yang aturkan segalanya dengan tertib dan indah. indah sangat perasaan mengandung nie sebab segalanya kita akan rasa tapi tak terasa derita sebab segalanya dikorban untuk anak yang sedang membesar.

ritu sebab tak larat nak tanggung sakit belakang dan fikir nak support segala nutrisi yang baby perlukan saya pun mula la cari susu apa yang boleh diminum. mula tue tengok Anmum. yela iklan kat tivi kan banyak Anmum je, saya pun terpengaruh la sikit :p tapi bila belek-belek kat bahagian susu tue, ada promoter nestle mai promote keluaran diorang. bila saya bezakan. Anmum susu untuk ibu mengandung dan menyusu diorang asingkan tapi nestle diorang sekali kan. ok ambik yang nie la.


tengok label belakang dia pun macam ok. bau pun tak kuat sangat untuk ummi yang baru belajar minum susu macam saya nie. kata Jue dengan Awin susu anmum bau dia kuat. Alhamdulilah nasib baik tak beli ritu kalau tak rugi je kalau tak boleh minum huuu. oh lupa nestle mom&me harga dia RM19.90. 
sekian mempromote :p

dan pasal ubat, vitamin nie pulak. disebabkan banyak vitamin yang saya kena makan dalam sehari tue. ambik keputusan makan je 3 bijik sekali harung senang tak payah nak makan sebijik-bijik. Alhamdulilah boleh pun. bangga dengan diri sendiri. bangga la weiiiii kalau dulu nak telan sebijik pun ambik masa setengah jam :p 

macam saya sembang dengan GK la. selagi kita tak lalui sesuatu pengalaman tue kita memang akan fikir macam-macam. selalunya negatif tue mesti ada la. tapi bila je Allah uji kita dengan cabaran tue insyaAllah kita mesti boleh laluinya. yakin yang Dia uji tue tak pernah nak menyusahkan kita, dan yakin lah yang kita mampu lalui setiap ujian dan cabaran tue sesuai dengan kemampuan kita. 

#tengah tunggu turn Kak Adish Shida nanti macam mana. susu, tempe, soya, dadih dan segala waktu dengannya tak boleh makan. tengah tunggu nak tengok macam mana akak laluinya nanti. hihihihi :p 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...