Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 July 2013

Kisah Khalifah #Dah 8 Bulan Pun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

mood nak hupdate blog dengan jenjalan ke blog kawan-kawan memang manjang ke lautnya bulan nie. mungkin sebab badan terlampau letih sekarang nie. jalan pun dah lain kata kawan-kawan. ye saya sakit kaki, dan cepat letih bila terlampau banyak bergerak. pergerakan dah terbatas tapi takde la sampai mengada takmo bergerak ke mana pun kan. syukurlah suami pun memahami, jalan pelan2 pegang wife dia nie. nak-nak pulak dapat wife yang jenis tak sedar diri bila rasa diri tue kuat. selalu je kena marah "kalau jatuh macam mana?" hihihi maafkan ummi, abi :D


Alhamdulilah lengkap dah beg bersalin baby. ummi punya beg je tak cukup lengkap lagi. takpe la pelan-pelan sediakan. orang lain bila dah masuk 7 bulan dah lengkap simpan dalam keta beg bersalin diorang. saya dah masuk 8 bulan baru kalut nak sedia beg baby itupun terkejut sebab ternampak calitan darah kat panties huuu. dah susah hati masa tue. bukan susah hati nak bersalin tapi sebab beg baby tak lengkap lagi. yela kalau tak lengkap barang dia, terkejut lak bersalin. tak ke haru tue. Alhamdulilah semua tue semata nak ingatkan saya jangan relaks sangat kot. semua pun baik-baik aje :D

syukur dah masuk 32 minggu pun baby membesar dalam perut. Alhamdulilah dia sihat, ummi pun sihat. moga deduanya selamat nanti bila tiba masanya. Amin. berat saya sekarang dah lebih 11 kilo dari sebelum pregnant. HB darah yang masih belum sampai ke paras normal tapi tetap bersyukur yang tak perlu cucuk diri sendiri macam pengalaman orang lain yang diuji tue. 


semua pun tegur kata saya dah gemok. hihi memang pun. dalam gambar maybe kurang nampak. tapi kalau tengok depan-depan memang nampak kegemokan itu. takpe la janji sihat. dan tetap bersyukur berpeluang jugak nak merasa erti gemok, sebelum preggy underweight je manjang. hihi. tapi selalu jugak ingatkan diri jangan gemok sangat nanti susah nak bersalin bila lemak berlebih-lebih :D 

nak cerita ape pun tatau dah. cuma nak ambik kesempatan. selamat menjalani ibadah puasa pada semua umat islam. moga ramadhan tahun nie membawa seribu keberkatan pada kita semua. pernah dengar pesan ustazah. kalau baik ibadah kita dibulan ramadhan insyaAllah sepanjang tahun akan kekal baik itu dengan kita. kalau sebaliknya kuatkan semangat untuk berusaha menjadi yang lebih baik. 

puasa tahun nie bersama suami, Alhamdulilah. moga tahun depan dimurahkan rezeki kami dapat berpuasa di rumah sendiri bersama khalifah kecik yang bakal disambut nanti. amin amin. 

01 July 2013

Kisah Khalifah #Jumpa Baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

weekend lepas balik kampung, ada kenduri sambut puasa kat rumah mama papa. kenduri kecik-kecik je, nak lepaskan hajat mama papa yang teringin nak buat kenduri sambut puasa kat rumah sendiri. rasanya nie baru pertama kalinya kami buat kat rumah sendiri. share adik beradik. sebelum nie selalu join kenduri yang buat kat kampung belah mama je. Alhamdulilah selesai pun semuanya. dan akhirnya hampir selesai je kenduri sakit pinggang menyerang ummi, syukurlah dah nak selesai kenduri baru dia datang boleh la bawak baring kalau tidak jenuh pulak orang kat luar kita terbaring kat dalam huuuu.

jumaat tue lagi dah sampai ipoh, memang dah lama plan dengan suami nak 'tengok' baby. saya memang dah tengok baby ujung bulan lepas. yang tue pun secara tak sengaja sebab saya ada problem sikit. problem ape? hurm nanti kot baru cerita, tue pun kalau bersedia nak cerita la :p tapi masa tue scan 2D, hajat hati nak 3D memang nak sangat. Alhamdulilah jumaat lepas pegi Klinik Dokte Raoofah, tersenyum-senyum abi ummi dapat tengok baby


dapat la tengok seluruh anggota badan dia. Alhamdulilah cukup sifatnya. tapi disebabkan dia dah besar, dah rapat dengan dinding rahim susah sikit dokte nak scan. terpaksa goncang-goncang perut sikit nak bagi dia bergerak. bila nak tengok muka dia tutup dengan tangan. bila nak tengok jantina dia tutup dengan peha. dan macam biasa dia tak nak bergerak sebab bukan darah daging dia yang sentuh. kalau sebelum tue kemain lagi dia aktif. bak kata abi "baby pemalu macam abi dia" :p


yang kelakarnya keluar je klinik, abi cari gaduh dengan ummi. tengok gambar baby, tengok ummi, dah tue tengok baby balik. abi dengki muka baby ikut ummi. idung kembang macam ummi katanya. kurang hasam punya abi grrrrrrrr dan dah tau jantina. dedua kali scan dedua dokte jugak nampak jantina yang sama. dan sebab scan 3D lagi jelas dokte tunjuk jantina nye. nak tau baby boy ke girl? kena la tunggu dia keluar nanti. hihihi :p paling tak boleh lupa bila baby nguap lepas tue terus hisap jari. ngantok rupanya anak ummi nie patut tak nak orang kacau. hihihi. mama baby (kakak saya) kata muka baby, prangai baby sama macam abang danial (anak kakak). memang la sama dah Afiq Danial tue ikut gen achiknya, baby pulak anak achiknya memang la sama :p

26 June 2013

Kisah Khalifah #Tinggalkan Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

balik dari kursus minggu lepas tersangatlah malassssss nak update belog. tambah badan still rasa letih dan kurang mood nak mengadap blog. teruk betul =.= takpe2 hutang dengan kawan2 insyaAllah saya cuba langsaikan hari nie atau esok ;)

orang perempuan nie memang suka fikir jauh ke depan kan? kadang perkara yang setahun lagi akan berlaku dah mula fikir dari hari nie. tapi kalau aju kan ke suami jawapan dia "dah la tak payah fikir sangat, nanti dah sampai masanya baru kita fikir, buat serabut otak je fikir dari sekarang" =.=" FINEEEEEEE!!!! akhirnya sebab dah dibiasakan dengan ayat tue saya pun jadi macam tue skang nie. betul jugak, buat ape la nak diserabutkan otak dengan tambahnya lagi masalah sedangkan diri sendiri dah memang ada masalah lain yang perlu di hadap. 

macam contoh, anak. kalau dulu saya pernah terfikir. nanti bila khalifah kecik nie dah keluar. time weekday isnin-khamis tinggalkan dengan abi dia kat rumah mentua, saya pulak akan jalani kehidupan sorang-sorang kat alor setar nie. susu pulak nak pump siap-siap dan tinggalkan kat dalam peti ais khas untuk susu dia je. sebab niat kat hati dari belum pregnant lagi nak susukan anak sampai umur dia 2 tahun, insyaAllah. tue kan hak dia :)

tapi terfikir jugak, sanggup ke saya berjauhan dengan si anak selama 4 hari 3 malam? masa tue si kecik nie baru je sebulan dua menginap kat dalam rahim saya. tapi dari hari ke hari saya bersama dia, solat dengan dia, makan dengan dia dan untuk dia, berbual menangis ketawa dan lakukan segalanya dengan dia. terus saya cancel semua plan asal dan cakap dengan suami. kiranya belum rezeki saya dapat tukar kerja yang dekat dengan suami, saya akan bawak anak sekali duduk dengan saya dekat alor setar.

segala ujian dan dugaan saya dengan dia dekat sini, insyaAllah saya sanggup dan mampu hadapinya asalkan jantung hati saya ada sekali kat sisi saya. asalkan saya mampu tengok wajah dia setiap hari setiap malam itu dah cukup berharga buat saya biarpun saya tau saya akan penat lebih berganda dari sekarang nie. tapi selalu saya ingatkan yang Allah tak kan pernah menguji di luar kemampuan umatNya. jadi saya yakin yang saya mampu laluinya segala ujian dan dugaan yang akan datang.

untuk berulang penang-alor setar rasanya saya tak mampu dan suami pun tak kan benarkan. satunya faktor keselamatan, yang keduanya takut badan terlampau letih sampai takut nanti ada yang tertidur time tengah drive dan yang lain faktor kewangan untuk berulang tue bukan sikit. bukan tak boleh suami nak berulang tapi saya jugak fikirkan keselamatan dan kesihatan dia. keduanya penting bukan? bila anak dah lahir bermakna ekonomi kami jugak meningkat jadi tak boleh fikir buang duit atas highway. tapi saya tau setiap anak ada rezekinya dan saya yakin akan ada rezeki untuk anak kami nanti, insyaAllah. 

untuk tinggal di tengah-tengah antara penang dan alor setar contohnya sungai petani. hurmmm kami masih memikirkan hal tue. terlalu banyak point yang perlu dikaji dan diteliti. ape pun saya cuma mampu berdoa moga Allah bukakan sedikit rezeki untuk kami yang duduk jauh nie dan semoga Allah permudahkan segalanya amin. 

sape yang tak nak duduk dekat dengan suami kan? semua yang bergelar isteri memang nak tidur dalam pelukan seorang suami setiap malam, buka isu sex tapi sesungguhnya dengan mereka lah tempat kita meluah segala isi hati yang terpendam. tapi mungkin belum rezeki kami nak duduk serumah setiap hari, saya redha dan saya yakin ada pelangi yang akan muncul dalam keluarga kami nanti, insyaAllah saya yakin dengan janji Allah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...