Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 May 2014

Kota Marina Kuala Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

abi rambut dah panjang sila take note ye :p

selalu waktu berkualiti kami hari ahad lepas saya balik kerja tapi minggu lepas tukar hari sabtu. suami hantar saya dengan Fateh Uwais balik awal. ahad suami tak dapat mengasuh anak, ada tournament badminton anjuran kilang dia kerja. sabtu petang katanya nak bawak ummi dengan anak jalan-jalan dulu. yeayyyy!!! hikhikhik


ke Kota Marina Kuala Kedah. lokasi berdekatan jeti kuala kedah. kalau dah sampai Kota Marina boleh nampak jeti Kuala Kedah kat seberang laut sana. sebenarnya baru dua kali sampai Kota Marina. kali pertama dulu dengan geng Kami Blogger Utagha. kali ini dengan blogger jugak. tapi blogger yang naik pangkat jadi suami setahun lebih yang lepas :p


anak bukan reti pun tempat tue apa sejarah dan cantik ke tidak. yang penting katanya ada abi dan ummi dan boleh main, berseronok. since kasut dah ada boleh la lepas dia main kat atas tanah. seronok nampak. tengok air laut tak teruja sangat sebab air laut tak dapat dicapai gitewww



tak baca sangat pun sejarah yang tertulis kat situ. Kota Marina salah satu tarikan di Negeri Kedah. antara pusat tinggalan sejarah. ada replika meriam dan macam-macam lagi. ada muzium, ada pencawang laut. tapi kami tak masuk muzium. dah senja masa tue abi kata kita kena cepat. tak elok bawak anak duduk lama-lama kat sini. bajet nak pegi awal, tapi tunggu anak tido dan ummi sakit kepala. abi bagi peluang kami rehat dulu. 6.30 petang baru gerak keluar. nasib la Kota Marina tue kentut pun boleh dengar dari rumah (nak kata dekat la tue hahaha) :p

sebelum tue beli keropok lekor tepi jalan. kucing gelandangan terbau keropok ikan dalam plastik kami dia pun mengekor sampai nak rampas plastik itu. suami kata bagi dia seketoi yang lembutnya. tapi belum sempat nak letak, dah kucing tue nak rebut dari tangan saya. oiiii aku takut hang la, awat hang mai dekat aku. tak pasal couple duduk kerusi belakang gelak bila dengar saya terjerit =.=

kesian tengok muka abi, nampak sangat letih tapi masih mampu menceriakan kami dua beranak, love u abi, deeply!!!

kami keluarga yang PJJ, waktu yang sedikit cuba dijadikan waktu berkualiti. moga anak mampu paham kepayahan ummi abi. moga Allah permudahkan kami tinggal bersama, moga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Rabbi Yassir Wala tu'asir Rabbi Tammim Bilkhoir amin amin.

28 May 2014

Kelambu Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 seronok duduk dalam kelambu

sebelum nie mama ada tanya nak beli kelambu tak? memandangkan saya dengan suami dah ada anak kecik. mulanya takmau beli lagi. tapi bila tak larat nak bergaru tengah malam dan risau anak kutip sawang yang jatuh dari siling bilik yang tinggi melangut (bilik kami pesen rumah yang siling tinggi sampai nak kena panjat tangga, sambung kayu lagi baru boleh buang semua sawang bergantung, epic tak? :p). terus berfikir-fikir patut ke beli kelambu?


tengok Kak Zai update entry dia beli kelambu khemah, terus msej tanya mama ada tak kelambu bentuk khemah jual kat katalog mama tue. mama kata ada harga dalam RM5+. mulanya berat nak pasang kelambu bila terbayang kain kelambu tergantung-gantung menyemak mata. kelambu bentuk khemah semak mata jugak tapi atleast nampak la kemas sikit. kononnnn hahahahaha. yang penting sawang tak jatuh direct atas katil.


budak kecik tue kemain suka duduk dalam kelambu. dari hari pertama sampai la hari nie. tiap kali kami zip kelambu, dia seronok pusing terlentang tergolek jerit-jerit suka dalam tue. ingatkan dia bosan la, rupanya lain pulak. agaknya ntah benda apa la dia ingat kelambu tue. lawak betoi la Fateh Uwais nie. gelak je kami berdua tengok perangai dia sorang.


bila nak tido zip kan kelambu, kalau tak tido boleh ikat tepi pintu dia. nampak la kemas sikit. sikit. saya nie pesen yang tak boleh tengok semak-semak pasal tue banyak fikir sebelum buat keputusan beli kelambu. alhamdulilah keputusan tepat saat kelambu dipasang atas katil. ada kes denggi kat taman sebelah, sebelah tue means 10 langkah dah boleh sampai. moga lepas nie terlindung kami dari digigit nyamuk time tido. ummi abi berdarah A. kajian kata orang darah A nyamuk suka hisap darah. memang betul pun =.=

26 May 2014

Kudis Api

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tak bagi orang sentuh telinga dia, kalau kata nak sapu ubat takpe.

hancur luluh sedih hati tengok anak kesayangan kena kudis api macam kat atas tue haaa. sikit je tue. kalau tengok belakang badan dia. atas kepala. banyak bintik-bintik merah. kat telinga paling ketara nampaknya. macam kena hiris je rupanya. sedih ummi. abi lagi sedih. dapat tengok ikut gambar je. bila balik khamis lepas, belek sendiri telinga Fateh Uwais terus terdiam abi dia.


memula kami ingatkan Fateh Uwais terkena menatang charlie. almaklum lah rumah dekat sawah bendang, duduk alor setar kan. keliling sawah bendang. pelik jugak sekarang tido dah pakai kelambu. tapi kalau dah nak terkena bukan time tido pun dia boleh datang gigit. lepas tengok makin merebak terus abi ajak ke klinik lepas maghrib khamis tue jugak. klinik pebret. Poliklinik Dr Marina. dokte pakar untuk O&G dan jugak kanak-kanak.

 dah beransur kering dan pulih

dokte tengok terus dia tanya. anak ada selsema tak? ye, Fateh Uwais selsema. check paru-paru dengan jantung Fateh Uwais alhamdulilah ok dan dia terus kata ini Kudis Api. ada la nama saintifiknya tapi lupa dah. berbelit lidah pulak kami nak sebut. Kudis Api mai dari bakteria akibat selsema. boleh jadi tangan anak atau tangan kami yang menjaganya pegang hingus dia dan lepas tue pegang pulak kulit Fateh Uwais sebab tue kulit dia terkena penyakit kudis api.


dokte bagi ubat selsema, antibiotik dan ubat sapu. insyaAllah lepas nie beransur pulih lah sakitnya kata dokte. selain tue saya sapu dengan minyak Malaleuca dengan balm melagel kat atas tue. alhamdulilah dalam seminggu beransur pulih dan kering. sebelum bawak jumpa dokte minyak tue la kawan baik ummi. kawan ummi sepanjang masa sebenarnya. moga Allah pelihara anak ummi Fateh Uwais dari sebarang bahaya dan derita. amin amin 

Alhamdulilah Fateh Uwais dah beransur sembuh dari kudis api :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...