Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12 April 2016

Sotong & Udang Celup Tepung : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rugi besar la kalau ke Terengganu tapi tak makan celup tepung dorang ekekekeke. yang ini area Pantai Rhu Sepuluh. jalan nak ke Kuala Terengganu. jalan tepi pantai. memang banyakkkkkk kedai celup tepung ni tepi-tepi jalan tu haaa. tinggal pilih je mana yang berkenan. macam udang ni secucuk RM10 ada lebih kurang 11 ekor tak silap udangnya. ranguppppp sedappppp. yang ni memang betoi udang celup tepung. bukan tepung celup udang. (tepung je banyak). masa nak beli udang ni sejuk dah sebab terhidang dekat situ. tapi diorang goreng sekejap panaskan balik. memang mabeles lah. sedap sangat.


Kedai yang ktorang pilih. tepi jalan dan belah kanan kedai tu ada taman permainan tempat orang bersantai santai. cumanya kedai makan celup tepung ni dorang tak sedia nasi sekali. ada celup2 tepung tu je. mungkin sebab nanti kalau ada nasi fully tank sangat dah tak larat nak habiskan udang ikan sotong tu kannnn. kedai dia memang ramai orang. hari first sampai ingat nak singgah tapi somi terlajak jalan terus tak jadi. on the way balik dok sebut-sebut dia pun drive slow-slow tak nak terlajak lagi. kalau tidak nanges la mak buyung hahahahaha.


yang Sotong celup tepung. sotong ikut size. yang saya ambik ni RM5 je seko. beli seko je sebab nak makan pun dua mulut je. Uwais bukan suka makan sotong. kunyah-kunyah tapi tak telan. sotong kat situ harga bermula dari RM5. maksudnya yang RM5 tu tak besar sangat lah. tapi pada kami besar la jugak dah kalau kenyang makan sotong dengan udang tu je sepanjang jalan nak ke Kelantan sana. Sotong pun sedappp rangup. tak liat. cicah pulak dengan sos diorang uihhh meleleh ailio teringat mihmihmih. ikan tak beli pulak aritu. ummi uwais is tak berapa suka sangat ikan :D beli bungkus je makan dalam kereta. anak bujang tu dah letih. dia bantai tido sampai la jumpa hotel dekat Kelantan.

06 April 2016

Penyu : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sambung cerita Terengganu yang tergendala :p Dah sampai ke Terengganu aktiviti wajib mestilah menengok penyu. memang teringinnnn sangat nak tengok Penyu. konon nak tengok penyu terdampar atas pantai hahahaha. berangan sangat ummi oiiiiiiii.


Otw balik kenduri nak ke Kemaman, ternampak tempat ni haaaa. Institut Penyelidikan Perikanan Bahagian Penyelidikan Penyu Dan Spesies Marin Terancam. mulanya tak perasan. sebab Nampak banggunan kaler biru dan signboard Pulapol. cakap dengan abi uwais itu pulapol lah bukan tempat penyu. bila dah uTurn solat dekat masjid seberang jalan dan lalu balik depan tempat ni baru Nampak yang pulapol tu belakang lagi. yang ni betul la tempat penyelidikan penyu hihihihi





lebih pada galeri dan hasil awet spesies terancam dan penyu dalam ni. banyak info yang diorang sediakan. depan pintu masuk ada rangka ikan paus yang uwais takut. ajak bergambar pun muka macam ape je lagi kahkahkah


Alhamdulilah hajat nak jumpa penyu tercapai jugakkkk. penyu ni friendly. bila kitorang datang dekat kolam dia. terussss dia pun berenang2 datang dekat. tapi tak boleh sentuh segala yang hidup dekat sini ye. besar jugak la penyu nya. jenis albino. patut tengok macam lain je aritu.


Tapak Sulaiman kan ni? ehhh ummi dah confius hahahahahaa. tapi cantik.


 sebelah menyebelah penyu albino tu ada banyak jugak anak-anak penyu yang berenang-renang. comel.... banyak pulak tu. yang ini semua bahagian belakang banggunan pameran tu. hidupan laut yang masih hidup belum di awet. 



Penyu kembar siam. satu badan dua kepala. yang ni belah dalam semua dah di awet. ada macam2 lagi haiwan marin yang diorang pamer dalam tu. selain berbagai2 jenis penyu yang kadang tak pernah tau pun ada spesies tu rupanya.




Gambar gegar pun nak letak jugak. lantak situ haahahaha



Habis selesai tengok penyu albino segala. uturn balik jalan Kuala Terengganu - Kemaman. Nampak pulak tempat ni. Pusat Koservasi Penerangan Penyu. ehhh jom lah singgah jugak. dah alang2 satu jalan kannnn. tapi tak best sangat pun dalam ni. lagi suka tempat yang first tadi. lebih banyak info dia. dan hasil pameran pun banyak lagi. dekat bahagian luar cuma ada Tuntong hidup. Penyu takde. Tu pun tak Nampak, air keroh. rasanya Tuntong sejenis spesies yang suka hidup dalam air keroh gamaknya. dekat tempat first tadi pun sama. air sampai tak Nampak kaler dah.


Cuma banyak port nak tangkap gambar kenangan macam ni. jenuh la kawal budak aktif ni dari mengutip satu persatu hihihi. belah dalam ada jugak anak penyu. banyak. tapi tula ada anak penyu jela bapaknya takde :D


cumanya ada jugak la info yang boleh dikutip dekat sini. kalau datang dengan group akan ada sesi penerangan macam wayang tu dekat sini. masa kami sampai tu ada jugak. belum mula lagi. tapi kami tak tunggu lama pun. malas pulak rasanya nak join sekaki. perjalanan ke Kemaman jauhhhhhh lagi masa tu hihihihi. tapi syukur jugak la dapat menengok penyu hidup dekat Terengganu. tempat lain tak aci miahahahahaha ;P oh ye masuk dedua tempat ni adalah PERCUMA


05 April 2016

Scan 4D : Poliklinik Dr Marina Seberang Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rehat kejap cerita Terengganu, nanti sambung balik. Balik penang bulan dua yang lepas sempat la jugak meloloskan diri ke Poliklinik Dr Marina dekat Seberang Jaya tu hihihihi. masa tu dah 27 minggu. dah sesuai untuk scan 4D baby dalam perut :) waktu yang afdal kalau nak scan baby bila dah masuk 6 hingga ke 7 bulan. masa tu baby belum besar sangat lagi size dia. masih ada ruang untuk tengok pergerakan dan bentuk muka dia. kalau 7 bulan lebih ke 8 bulan ruang dalam perut dah sempit. nak tengok muka dia dengan jelas memang susah. sebab saya pernah scan masa dekat 8 bulan masa Fateh Uwais dalam perut aritu. masa tu ada problem sikit kena scan.

sebelum hari kejadian ada la jugak telefon Poliklinik Dr Marina. Tanya kot sekarang kena buat appointment kalau nak scan. sebab sekarang memang ramaiiiii sangat yang gunakan khidmat Poliklinik Dr Marina tu. kami memang biasa refer ke Dr Marina tu sendiri je. sebab selesa dan Dr Marina sendiri dokte O&G jadi lebih mudah bagi kami. kalau pergi hari biasa lambat-lambat sikit memang pecah peluh jugak la nak tunggu giliran. macam sabtu baru ni singgah beli vitamin Uwais hari sabtu. dalam klinik penuh patient tunggu giliran. nak beli ubat pun jadi ambik masa sikit jugak. tu baru nak beli ubat kalau nak masuk jumpa dokte? pengsannnn hihihihi

tapi tumpang bangga dengan kejayaan Poliklinik Dr Marina. sekarang dah ramai orang kenal klinik dia, ingat lagi dia cakap aritu "doakan kejayaan klinik saya, dan terima kasih support klinik saya" :) very the humble lah dokte nya. still kenal Uwais sampai sekarang.

mana cerita 4D nya? hahahaha. masa call pekerja klinik tu dia kata Jumaat tutup. kami pun cuti weekend jumaat sabtu je. makanya hari sabtu jela yang boleh nak pergi scan nya pun. tak perlu appointment. cuma bawak buku pink kita tu dan DATANG AWAL. ye sila datang awal untuk mengelakkan que yang panjang. macam kami rumah dekat sangat dengan klinik tu. pukul 9 Sonographer dah datang, pukul 8.50 pagi kami dah keluar dari rumah mil hihihi. masa sampai Sonographer tak datang lagi. kami orang pertama yang sampai kihkihkih. tak kisah. dari nak tunggu giliran lama.

kalau dulu scan dan check patient Dr Marina yang buat. tapi sekarang dorang dah ada Sonographer (perempuan) untuk mencepatkan lagi masa dan mengurangkan masa menunggu patient. untuk makluman setiap kali proses scan 4D mengambil masa 30 minit termasuk proses burn cd dan cetak gambar sekali. sebab tu kena datang awal. bayangkan kalau sorang scan dah 30 minit. kalau ada tiga que depan kita dah sejam lebih nak kena tunggu. ummi uwais is tak suka menunggu, jadi baik keluar awal2 hewhewhew.

sekarang sampai bulan Disember nanti dorang ada promosi RM80 untuk scan 4D. memang terpaling murah nak banding dengan tempat lain. tempat lain scan hitam putih pun dah RM60-RM80. macam kami aritu tambah lagi RM20 untuk scan details. details ni dia scan sekali aliran darah, denyutan jantung, baby ada kurang sempurna atau tidak(cacat), kedudukan baby tu betul ke tidak, tali pusat dia, uri. memang details la pasal baby dalam tu kita boleh tau selain boleh tengok bentuk muka dan jantina dia. memang rasa berbaloi sangat dengan bayaran RM100 tu.

Alhamdulilah adik baby Uwais semuanya sempurna, jantina je tatau lagi ;) masa kami scan dia tido. dok kejut2 pun gerak sikit2 menguap dan tido balik. grrrrr. Fateh Uwais bukan nak tengok sangat pun adik dia. lebih pada risau tengok dokte scan ummi dia. sibuk mulut tu Tanya. ummi sakit tak? ummi tak pape pape ke? ummi ok ke tu abi? siap dia sekali baring atas katil tu sebelah ummi dia sebab risau teramat. budak tu memang bukan boleh tengok ummi abi dia sakit. dia yang risau lebih. ni nanti time bersalin dengan tangan cucuk masuk air tu tatau la nak bayang tahap risau dia tu ntah macam mana hihihi.

Lokasi Poliklinik Dr Marina berdekatan Masjid Sembilang sebelah DLima. no telefon yang boleh dihubungi 04-398 2848. tutup setiap hari jumaat.

**sekarang dah ada no giliran untuk scan dekat sana. datang bawak buku pink. daftar nama. kalau terlalu ramai patient tunggu giliran. dorang akan bagi angka no giliran untuk kita. boleh la keluar ambik angin cuci mata dulu sementara nombor tu nak sampai. rasanya bila dah hampir dengan angka giliran kita staff klinik akan call mintak datang segera.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...