Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

19 August 2021

Maksud nama Faiha Ulya

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Anak dah masuk 2 tahun lebih pun. Tapi takpe la kan kalau kongsi maksud nama sekarang pun hihihi. 


Faiha Ulya bin Nadzri - Bauan yang wangi dari syurga yang paling tinggi


Faiha bermaksud bauan yang wangi dari syurga

Ulya pula bermaksud paling tinggi


Faiha Ulya

Pernah ternampak maksud nama ni dalam buku erti nama anak. Tapi ada jugak yang tulis Faiha ni maksudnya "Banyak Kelebihan" wallahualam


Nama Faiha Ulya dipilih sebab rasakan dia anugerah Allah yang turun dari syurga yang paling tinggi. Kehadiran dia dalam rahim pun tanpa diketahui. Secara jujurnya kami suami isteri memang gunakan kaedah perancang keluarga. Sebab masa tu saya sambung belajar. Dan takde terfikir nak tambah anak sebab takut tak boleh fokus pada anak baby pulak. Takut dia terabai.


Yela masa tu memang rasa macam struggle sangat study. Nak siapkan assignment, nak pergi kelas. Balik rumah pun selalu lambat. Nak susukan anak, pam susu. Takut sangat terabaikan anak anak.


Tapi yela kan kadang kalau kita menolak sangat, Allah mesti bagi waktu tu. Untuk uji kita. Jujur cakap memang sangat tak bersedia masa tau dia ada. Sebab kita memang merancang kan. Tapi tula kita terlupa. "Kun Fa Ya Kun" kalau Aku kata jadi maka jadilah ia. Walaupun rancang macam mana sekali pun.


Alhamdulilah suami banyak support, banyak jaga, sebulan anak dalam rahim baru saya bagitau family members yang lain. Bukan menidakkan kehadiran anak tapi untuk gain moral dan semangat diri sendiri dulu. Nak pulak masa mengandungkan dia saya memang alah teruk sangat.



Tapi tula Allah nak pujuk hati tu. Dia hadirkan anak perempuan untuk kami. Anak perempuan yang memang kami tunggu2 sangat kehadiran dia. Allah tu baik kan. 


Kerana rasa yang dia ni hadiah dari Allah yang datang dari syurga paling tinggi. Kami sepakat berikan nama tu pada dia. 


lagi pun dua anak memang nama pangkal F dan U. Makanya anak ketiga pun berikan pangkal nama yang sama. barulah boleh jadi Abi Ummi Triple F.U hihihihi. 

18 August 2021

Apom Lenggang

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Apom Lenggang Cheese

Dulu kalau pergi Tawas selalu nampak Chinese jual kuih ni. Tertanya2 kuih apa la tu nampak ramai jugak Chinese beli tapi takde la kita teringin kan cuma nampak unik sebab orang melayu takde makan kuih ni. Masa tula sebab tak pernah berhijrah keluar kampung kan masa tu

 

Duduk kedah jumpa Muslim jual kuih ni haaaa. Orang melayu kita dekat jeti Kola Kedah. Sedap rupanya tambah pulak makan panas panas baru lepas masak. Sejak musim semua benda tambah cheese, kuih ni pun dorang tambah cheese jugak. Pun sedap jugak not bad. Tapi tula apa nama ntah kuih ni lupa dah 😂😂😂

 

Tawas tu market dekat kampung, kami kat sana tak panggil market tapi panggil Tawas. Kawasan tu sebenarnya nama Kampung Tawas sebenarnya tapi tula dari kecik memang mama papa sebut Tawas Tawas. Makanya lekat la sampai sekarang ni Tawas.

 

Korang biasa makan tak?


17 August 2021

Shopee laksanakan program vaksinasi untuk kakitangan di seluruh syarikat bagi melindungi para pekerja dan pembeli

 Shopee laksanakan program vaksinasi untuk kakitangan di seluruh syarikat bagi melindungi para pekerja dan pembeli

Usaha diperkukuhkan bagi membantu rakyat Malaysia membeli-belah tanpa rasa bimbang menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat

 

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2021 - Dalam usaha meningkatkankomitmennya bagi memerangi Covid-19, Shopee hari ini telahmengumumkan penyertaannya dalam program vaksinasi sektorswasta agar kakitangan mereka mendapat vaksin sepenuhnya dan dilindungi daripada virus tersebut.

 

Shopee memaklumkan bahawa pihaknya telah memberi keutamaankepada petugas barisan hadapan daripada perkhidmatan logistiknya,Shopee Express, dan juga kakitangan yang bekerja di gudangmemandangkan mereka menghadapi risiko tertinggi dan berkemungkinan besar paling banyak berinteraksi dengan para pembeli.

 

Mengulas mengenai inisiatif iniTerence Pang, Ketua PegawaiOperasi di Shopee berkata, “Kakitangan kami merupakan tulangbelakang organisasi iniKeselamatan merekaberserta keselamatanpara penggunaadalah keutamaan kami terutamanya apabila wabakini terus memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia. Kami berusaha untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan warga kerjakami dengan lebih baik dari segi melawan Covid-19 melalui inisiatifini, dan pada masa yang sama menyumbang kepada matlamatnegara untuk mencapai imuniti kelompok."

 

Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada jaminan Shopee kepada penggunanya dalam memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang lebih baik dan selamat dengankebergantungan terhadap e-dagang yang semakin meningkat. Pang berkongsi, “Usaha ini kini lebih penting dengan musim membeli-belah akhir tahun yang kian menjelang, yang sentiasa menjaditumpuan rakyat dan perniagaan-perniagaan di negara ini. Kami ingin memainkan peranan demi membantu semua orang membeli-belah tanpa rasa bimbang dan membantu perniagaan-perniagaantempatan menjual dengan lebih mudah dan yakin. 9.9 menandakanbermulanya musim membeli-belah dan saya berharap agar denganmenjadikan aktiviti pembelian dan penjualan lebih selamat, kami dapat membawa senyuman kepada lebih ramai rakyat Malaysia.”

 

Komitmen ini dilaksanakan menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebatoleh platform e-dagang tersebut yang merupakan festival pertamadaripada empat festival membeli-belah akhir tahunnya.

 

9.9 Hari Pembelian Hebat yang akan datang, yang bakalberlangsung dari 20 Ogos hingga hari kemuncak pada 9 September, turut membawakan pelbagai tawaran istimewa kepada semuapenggunanya. Para pembeli boleh menikmati baucar PenghantaranPercuma dan baucar Pulangan Tunai Syling Shopee 99%, di mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa pembelanjaan minimum. Paling menarik sekali, para pengguna juga berpeluang memenangisebuah Mercedes-Benz baharu dengan mengambil bahagian dalampermainan Main & Menang Mercedes-Benz dengan mengumpultiket emas setiap hari.

 

Memandangkan tarikh 25 Ogos hampir tiba, Shopee juga akanmengadakan Ogos 25 Jualan Hari Gaji yang akan menampilkanRM25 Knockout Deals di mana para pembeli boleh mendapatkanbarangan seperti Samsung Galaxy A12, Estee Lauder Advanced Night Repair, kerusi permainan ergonomik Armaggeddon Shuttle II Premium PU Leather Ultimate Gaming Chair dan banyak lagi pada hanya RM25. 

 

Selain daripada program vaksinasi untuk kakitangannya, Shopee telah berjuang dalam memerangi penularan pandemik ini sejakbermulanya Covid-19.

 

Shopee telah memperuntukkan 1 juta pek baucar Shopee bernilaiRM40 setiap satu menerusi kempen #ShopeeAjakVaksin untukmemberi ganjaran kepada penerima vaksin Covid-19 di pusatvaksinasi terpilih di seluruh negara, bagi mendorong orang ramaimenepati temu janji vaksinasi mereka. Pada tahun lepas, Shopee bersama dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telahmengumpul kira-kira RM1 juta menerusi sebuah tabung bantuansumbangan orang ramai bagi menyokong petugas barisan hadapankesihatan negara.

 

Bagi komuniti perniagaan, Pang menyatakan bahawa platform e-dagang tersebut telah memperkenalkan Pakej Bantuan PeniagaShopee bernilai RM15 juta pada bulan April 2020 bagi membantuperniagaan-perniagaan tradisional yang menghadapi masalah alirantunai disebabkan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. “Berikutan itu, kami memperkenalkan Pakej Pembangunan Marketplace Shopee yang memberi manfaat baucar kedai dan kreditiklan hingga RM1,600 demi membantu penjual Shopee yang sediaada untuk berkembang di platform iniKedua-dua inisiatif ini bukansahaja mendorong digitalisasi PMKS tempatan tetapi juga mengurangkan kesan buruk daripada wabak ini terhadap perniagaanmereka."

 

Beliau menambahselain itu Shopee juga membantu para penggunadengan menawarkan baucar penghantaran percuma melalui kempen"Stay Home, Stay Safe" untuk memberi rakyat Malaysia akseskepada barang keperluan seperti bahan makanan segar dan bekubahan memasakminumanmakanan ringan dan bijirin, susu formula, lampinproduk penjagaan diribarang keperluan rumahmakanan haiwan peliharaan dan peralatan bagi melakukan kerja darirumah secara atas talian.

 

Beli-belah tanpa rasa bimbang pada 9.9 Hari Pembelian Hebat ini di https://shopee.com.my/m/99.




Shopee employees showing their vaccination shots on their arms and vaccination appointments on the MySejahtera app





An employee from Shopee’s logistic arm, Shopee Express successfully received his first dose of vaccine at the RiVAC vaccination centre in Mid Valley  

Photo 4: Another Shopee Express employee posing at the photo booth at the RiVAC vaccination centre after receiving his shot




#ShopeeAjakVaksin voucher packs being distributed at the UiTM Puncak Alam Mega PPV  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...