Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12 March 2013

Kerja, takde kerja yang senang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

seingat saya belum pernah lagi saya cerita details pasal kerja saya dekat bumi kedah nie kan. tiga tahun beberapa bulan dah saya berkhidmat di salah satu jabatan di bawah kementerian pertanian dan industri asas tani, sebagai customer service di sini. duduk di kaunter sebagai frontliners yang selalu di sebut imej hadapan jabatan, berurusan dengan orang ramai dan yang paling MENGGEMBIRAKAN berurusan dengan rakan sekerja. 

sesape je yang tengok kerja saya memang orang akan kata "alahhhh setakat duduk, keja senang je, takde keja" saya malas nak lawan kata, cuma kalau nak tau senang atau tak duduk saja nie mai la saya bagi peluang jaga sini, tak lama pun cuma sehari di antara waktu hari isnin sampai khamis. sebab tue saya selalu kata, kerja apa pun semua memerlukan cabaran dan usaha walaupun hanya kerja tukang sapu. tetap ada payahnya. saya suka katakan. bekerja dengan mesin lagi senang dari kerja dengan orang. untung-untung kalau mesin buat hal boleh jugak sepak terajang mesin tue tapi kalau orang nak sepak terajang orang memang la mampu tapi kang jadi kes tatatertib pulak dah.

biasanya staff yang berkerja di bahagian kaunter nie dua orang. tapi untuk jabatan saya tidak, satu negeri sorang atas alasan tue la permohonan pertukaran saya tidak dipersetujui. tak kisah la kan. dah tertulis rezeki saya kat sini, saya redha dan bersyukur jela. tapi satu yang jadi isu lepas saya mengandung. kekerapan saya ke tandas. bos suruh bagitau mintak tolong sesape untuk ganti tempat saya sementara saya ke bilik air tue. hoiiiii dah orang mengandung pagi je berapa kali nak ke toilet? petang lepas waktu lunch tak kira lagi. pergi pun bukannya bertapa lama setakat 3 minit lepas tue duduk tempat balik. takde keja saya nak layan diorang tue. mampu pulak nak tahan buang air, nak muntah sementara tunggu orang lain ganti tempat nie?

ada lagi satu isu. isu cuti hari ahad. sedangkan cuti tue saya gunakan cuti rehat sendiri. kenapa saya kena cuti hari ahad? kat kedah hari ahad adalah permulaan hari untuk berkerja setiap minggu sedangkan hari ahad adalah hari cuti suami saya. dah la nak mintak tukar tak dapat. bila apply cuti rehat sendiri untuk bersama keluarga pun sibuk nak dijadikan isu? adoiiii tak paham. memang la bila saya cuti atau mc diorang kena carikan seseorang untuk ganti tempat saya, tapi apa yang saya paham salah sorang dari staff pentabiran kewangan seramai 12 orang tue boleh diarahkan untuk ganti tempat saya nie. isu mc nie satu hal jugak. dah tak sihat nak pegi kerja tak kan la nak gagahkan jugak datang ofis, buatnya pengsan dekat ofis jadi satu hal lain pulak nanti. itupun bila rasa diri mampu buat kerja dalam tak sihat tue tetap jugak datang ofis walau badan still rasa tak larat yang teramat sangat. 

masalah kat sini takde team work. saling nak menolak kawan sekerja jatuh ke dalam lubang dan lepas tue tunjuk yang diri sendiri terbagus dan pandai buat semua kerja. sungguh sangat bosan kerja dengan persekitaran macam nie. kalau bukan sebab kerja nie kerja untuk menjamin masa depan saya dan keluarga rasanya saya dah berhenti dan cari kerja lain yang boleh duduk dekat dengan suami dan lebih baik dari yang ada nie. kalau nak disebutkan buruknya staff yang lain boleh je saya nak laporkan kat pihak HQ sana tapi malas. biarlah Allah je yang takdirkan macam mana. saya cuma mampu berdoa moga Allah lindungi saya dari mereka yang suka menzalimi, kerana saya berkerja kerana Allah demi mencari sebahagian rezeki untuk kami semua. amin.

13 comments:

juicy X said...

huhu kja ni mmg la, sbb melibatkan komuniti so akan ada mcm2 isu~

||aLeaSaRa|| said...

slm sis!sbr ye sbb akk pun pnh merasa bhgn frontliner keja kat klia(mas n malaysia airport sepang).

ms tu lak pregnant kembar tau jelah skt2 muntah skt2 gi toilet.kdg2 nsb baik dpt geng satu kpls ms kat kaunter.next shift pulak dpt kje dgn otai tau jelah mulut laser,mcmlah dia x png rs muntah2 dulu ms preggy.

nsht akk sis sbr n fokus pd kerja sbb skrg nk cr kje ssh.lg pun sis dh kje bgs,kukuh.anggap tu semua remeh-temeh je,mmg ramai yg tgu ms nk jthkan dr tlg shbt ^^

aDisH.sHidA said...

sabar ye kiera...betul tu keja dengan manusia nie kena tahan sabar nya kalau x tahan memang kita yg jd meroyan

Anonymous said...

faham sangat... moga dipermudahkan yer !

Anonymous said...

paham. mana-mana tempat mesti ada je situasi macam ni. padahal bukan selalu kita mintak tolong jagakan tempat. more kepada selfish masing-masing.

AtieYusof said...

Ya Allah! sy paham situsi awk skrg ni..berat mata memandang berat lgi bahu yg memikul...sabar ye! org pregnant tak boleh stres sgt tau.. moga awak kuat menghadapi semua dugaan.. mmg tak best bila bekerja dgn tiada team work.. klu sy biar lah kerja gaji rendah, janji sy happy dgn suasana persekitaran..
Harap teman2 sekerja akan lebih memahami nti.. amin! :)

OKje said...

Betul tak de kerja yang senang, nak makan pun susah.... nak kena ambik nasi, kalau tak de nasi nak kena masak dulu... pendik kata menuduh org lain memang senang...
Tak apalah Kiera janji Kiera kerja ikhlas kerana Allah

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nk cakap lelebih pon alami situasi yg sama juga...

abeh kuat mampu sabar je la...

inche hlovate said...

sabar ye kak kiera..biasalah tu..lagi2 kerja dengn org Melayu. Bukan nak burukkn bangsa kita tapi memang kebyakknnya mcm ni la..

aku HaniAsyira said...

nampak sgt kak kira dah lama pendam kan.. takpe.. sabar2.. mana tau de rezeki anak nanti..

نورعيم said...

org alin xkan faham selagi dorg xde kat tempat akak skng.

sabar la kak!

jgn tensen2. sian baby tu.

syalinda johari said...

assalam.. saya faham..huhu..awak kuatkan hati dan banyakkan bersabar okey.. dalammasa sama mintak la transferr..doa banyak2..insyaallah rezki anak

kay_are said...

aku setuju.. memang takde keje yang senang pun.. so time je r ape yang kite ade seadanye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...