Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

13 March 2013

Kisah Khalifah #Minggu Ke-15

Assalmualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah syukur kejap je dah membesar budak kecik kat dalam nie. dah 15 minggu pun. minggu depan cukup empat bulan, lepas tue kita gi check up ye baby sayang ummi abi. setiap hari sabtu mesti saya akan bagitau suami "hari nie anak kita dah masuk minggu baru" :D

sepanjang 15 minggu membawak si dia kat dalam. banyak pahit manis yang saya lalui. nak kata merungut tue tak sangat kot sebab tengah bergembira menikmati saat-saat membawa dia bersama di dalam rahim. bukan semua wanita akan merasai pengalaman yang sama, ada yang berbeza kalau tak silap saya la. 

sepanjang trimester pertama Alhamdulilah saya sihat dan boleh berkerja tanpa di uji dengan alahan. masuk trimester ke dua saya sedang bergembira dengan berbagai ujian yang datang. dalam bulan march nie je saya dah tiga hari cuti sakit. sakit yang bukan sebab malas nak pergi kerja tapi memang sangat tak sihat untuk melakukan kerja. sangat meluat bila ada yang pertikaikan cuti sakit saya kat ofis nie. Lastnya buat tatau dan tak payah layan je kalau layan nanti confirm sakit hati. 

dalam saat membawa si dia dia nie. banyak rutin makan saya yang biasa dah berubah. kalau dulu nak makan nasi putih tue mesti nak ada kicap sekali. sekarang nie kicap pun saya tak pandang dah. kalau nasi ada kicap mesti tak berapa lalu nak makan, kalau kosong tanpa berwarna hitam tue laju je boleh masuk. 

suami sungguh-sungguh doa saya boleh makan sesuatu nie. DURIAN. katanya benda lain dia kurang kisah kalau saya boleh makan ke tak sekarang nie. satu je yang dia doa saya boleh makan iaitu durian. hahahahaha. saya gelak je bila dia bagitau tue. kadang sian jugak dekat suami. dia nak makan durian mesti jauh dari saya. dan siap makan terus gosok gigi tak nak bagi ada bau. kesian kat suami tapi nak buat macam mana dah memang bini dia nie tak lalu hidu dan makan durian huuuuu ;(

dan sekarang tak berapa nak boleh bau perfume sangat. suami sampai merajok la bila saya tatahan bau body spray dia tue "yela sekarang abang tak boleh nak wangi-wangi dah" sambil campak botol dia tue. hahahahaha lawak betui la suami saya nie. awak tak pakai perfume pun sentiasa wangi kat hidung dengan hati saya nie yayang ;)

sedang tak sabar menunggu saat boleh rasa si kecik nie menendang kat dalam. abi pun mesti tak sabar tue ;)

#terima kasih pada semua yang bagi kata semangat untuk entry semalam :)

9 comments:

juicy X said...

yaaaa mmg bla preknen kdg2 ada selera kita yg berubah..tu yg best. dulu nk mkn xlalu tp bila preknen blh je mkn :)

Anonymous said...

seronok nyer baca n3 ni, nnti bila bby dah kicking2 lagi seronok... moga dipermudahkan.....

cik Anggur said...

si kecik jgn nakal2 yea...sian ummi penat nnti ~

suria lekatlekit said...

pregnant satu benda je kita kena pandai.. control diri insya Allah tak mengidam bukan2.. tak alah teruk sgt & x sensitif tak tentu pasal.. memang masa mengandung sy byk control perasaan saya.

Zai Zamree said...

k.zai dl sblm ngandung suka mkn mlm tp skrg klau mkn msti xleh tdo...jd segah...penat cmna pon xtau...so siang ja mkn nasik...mlm minum milo...susu trus x lalu...

نورعيم said...

4 bulan dah baby? cepatnya! lagi 5 bulan baby kuar. xsabar nk tgk baby. hehe.

Fiza Rahman said...

Best bila bb dah start kicking ☺☺

OKje said...

Pengalaman pertama mengandung memang seronok kiera tak sama dgn yg seterusnya.
Yelah kita tak pernah rasakan....sentiasa menunggu nunggu baby bertukar mimggu...

kay_are said...

bau durian tak tahan? sejak dari dulu atau sebab pembawaan budak? tapi bagus r husben ko memahami..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...