Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

19 March 2013

Kisah Khalifah #Mintak Macam-macam Kat Opah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

jumaat lepas suami habis je keja terus kitorang gerak balik ipoh. dah dekat sebulan tak balik. kekangan masa kerja suami dan diri sendiri yang betulnya huuu. tapi takpe la sebab janji dengan mama pun sebulan sekali insyaAllah kami cuba balik. kalau dapat balik selalu tue bonus :D

bila dah banyak minggu tak balik mula la mereka(merancang) nak makan macam-macam janji mama yang masak :D kalau duduk sendiri macam tak puas pulak nak makan hasil masak sendiri nie, nak mama jugak yang masak baru tak larat nak turun dari kerusi ngadap makanan :p ritu masa tak sihat mesej dengan mama "mamaaa kalau tak sihat nie dapat makan bubur nasik mama pun sedap kan" bubur nasik pun nak mama, dasar pemalas :p

rendang tok

dan tekak sangat teringin rendang tok yang mama buat. nak beli rendang tok kat kedai-kedai tue susah nak jumpa yang sedap dan tahan lamanya. mama jugak la yang paling terbaik :D mula janji dengan mama nanti saya dah balik baru nak masak sesama. sebab nak buat rendang tok nie leceh sikit, nak mengacaunya penat lengan. tapi tengok masa balik jumaat tue mama tanya "nak makan rendang tok? mama dah siap buat tengahari tadi" wahhhhhhhhh bukak je tudung terus jenguk dapur.

tempek pisang

masa pegi pasar malam dengan mama mentua ritu macam ternampak tempek pisang nie. tapi was-was la betul ke tak sebab suami orang penang tak makan benda nie, terfikir jugak orang penang makan ke tempek pisang? tapi malas nak tengok dekat-dekat sebab tempek pisang nie kalau mama buat dah la bau sedap, rasa pun sedap :p elok pulak masa pegi pasar tani dengan mama ritu ada jual benda nie terus cakap kat mama saya nak la benda nie. pepagi semalam mama buat, pepagi lagi mama mintak tolong benyah ambikkan daun pisang kat belakang rumah tue :D

kek karamel coklat oren

yang ini bukan mama tapi saya yang buat sebab tergoda dengan kek karamel coklat oren kak sunah dengan kak shida. tengok diorang punya kek sedap je, teringin pulak. lagi pun perisa nie saya tak pernah cuba. biasanya pandan oren, coklat oren pun not bad!!! rindu nak membaking tapi segan nak membaking kat rumah mentua huuu balik rumah mama papa terus berangan nak buat hihihi. papa siap kata lagi "kamu nie tak letih ke dah malam pun sibuk nak buat kek lagi" ihihihi

trifle

jangan tanya saya macam mana nak buat trifle nie sebab masa mama buat saya tengok dengan mata yang mengantok :p trifle nie tak mintak pun tapi masa pegi mydin ritu mama cari pandan roll tue saya pun tanya la nak buat pe? dah anaknya yang memboyot nie tanya haruslah masa saya ada benda nie siapnya :p

air tangan mama sakura :D

ada rendang pedas udang galah, rendang ayam telur, rendang tok, pucuk ubi dan terung rebus beserta sambal belacan. eh semuanya pun rendang nampak sangat selera rendang kuat sangat time preggy nie :p sebenarnya semua gambar yang dok ambik pastu tayang kat pesbuk sebab nak membakar perasaan kakak dengan abang lang yang duduk kat banting tue. selalunya bila time diorang balik saya takde kat rumah bukan main ligat lagi diorang tag masakan mama kat saya. sekarang nie rasakannnnn hahahaha :p

terima kasih mama masakkan macam-macam kat saya selama dua hari balik. sepanjang masa makan. sampai suami cakap "abg dah kenyang la yang, dari tadi lagi awak sumbat macam-macam sampai abg dah tak larat nak makan dah nie" masa saya ajak dia makan tempek pisang kat dapur. mama gelak je masa dengar suami cakap macam tue :p dan pakngah baby pun sempat singgah beli jagung madu kat tepi jalan tue untuk adik dia yang sorang nie. takut adiknya teringin nak makan jugak la kot. hihihi. mekasih ye pakngah, tok, opah buatkan macam-macam tuk ummi dengan baby :D

dan tak lupa terima kasih kat kak shida yang singgah hantar donut dengan pau frozen untuk saya dalam perjalanan dia ke ipoh jumaat lepas. malangya gambar terlupa nak ambik huuu. nanti la bila dah goreng jap lagi saya tunjukkan. terharu dengan susah payah akak hantar dan ingat kat adik akak sorang nie, huu mekasih sangat ;) rezeki ummi mengandung sepanjang weekend nie murah betul. makan je tak sudah hihihihi.

bila lepak berdua dengan mama sebelum balik tue. cakap kat mama "petang nie dah nak balik, kejap je rasa. bila pulak ntah nak balik sini". dah tue mama pujuk katanya "ala kejap je, nanti sedar-sedar dah kamu cuti 3 bulan balik bawak anak pulak" :) 

9 comments:

aDisH.sHidA said...

semua nya rendang..xde yang berkuah...nak jugak la rendang tok mama kiera buat tu..hulur la kat akak skit

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bila nk blk lg?? lapaq plak tgk masakan mama haha

Anonymous said...

seronoknye kalau dapat mama yng sgt2 mengerti mcm ni.. hargailah orng tua kita selagi ada nyawanyer yer

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... aduh , jeles nih ... selera benor tgknya ... boleh tgk jer ! ... heheheee

Yanty Lee said...

mengidam ke ni kiera? mak aih... bestnya

Fiza Rahman said...

Terliur tgk makanan 2 itu. Tempek pisang? 1st time dengar.

نورعيم said...

kemain baby kuat makan ni! mane tak besarnya. hihi.

puding triffle tu senang je nk buat kak.

kay_are said...

aku aim dekat rendang tok tu je.. memang feveret aku sejak dulu lagi.. sedap!

aku HaniAsyira said...

banyaknya.. sedap pulak tuh.. adoi.. rindu mak masak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...