Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

06 January 2014

Cinta Bintulu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 
Selamat Pengantin Baru buat akak sunah sakura dan abang ady budika. semoga kasih sayang terus mekar mewangi hingga ke jannah. kekurangannya diredhai, kelebihannya disyukuri kata Ustaz Hasrizal. besar maknanya tue. kira doakan moga rumah tangga akak dan abang beroleh barokah dan dikurniakan permata hati yang soleh solehah. amin. sebak saat akak sunah sah menjadi isteri pada abang ady. abang ady jaga kak sunah kita bebaik tau ;')


awalnya kami 3 beranak dah cancel plan nak ke Bintulu nie atas sebab-sebab tertentu. tapi bila bincang balik dengan suami. akhirnya kami meneruskan hajat yang hampir tertangguh nie. khamis 12hb kami bertolak dari penang ke ipoh, naik bus pukul 1pagi dari amanjaya terus ke lcct. alhamdulilah si bam bam Fateh Uwais tue behave sangat. dalam bus dia tido cuma merengek kecik-kecik sebab tak berapa nak selesa kan. sampai lcct dalam 4lebih macam tue. flight pukul 7. 


yang bestnya walaupun sampai awal tapi tak selesaikan segala urusan luggage awal-awal. agak kelam kabut la jugak sebab dalam web kata kalau bawak infant tak boleh check in dekat web tapi kat airport bintulu nak balik kl ritu boleh je guna pakai yang kami check in kat web. kalau tau tak payah la nak beratur check in kat lcct ritu grrrrrrr. 

sampai kat rumah kak sunah, alhamdulilah layanan baik yang kami terima. terima kasih akak sunah sekeluarga layan kami baik. makcik kak sunah nampak kami nak mandikan Fateh Uwais terus dibagi air panas sebab takut si kecik tue terkejut kena air sejuk. memang kesukaan dia la mandi air suam-suam tue. sampai tak nak keluar tub mandi tue la. tido pun lena je tumpang buai yang ada dekat rumah akak sunah. siap berdengkur lagi, orang bising pun dia buat tak layan je. letih sangat tue. sian anak ummi abi. 

tengok dia tido lena dalam buai saya dengan suami pun kesian nak angkat. tapi hajat hati nak sangat tengok kak sunah dan abang adi dinikahkan. takpe la ummi wakil abi jela sobssssss. tengok-tengok Fateh Uwais bangun terjaga time rombongan pengantin lelaki masuk dalam rumah. yeayyyyyyy ummi boleh tengok akak sunah sakura menikah :p

selesai urusan nikah kami pun bergerak ke tempat tinggal sementara kami, Kidurong. rumah kawan kak sunah yang diberi izin kami tinggal kat situ sepanjang 3 hari kami di Bintulu. asalnya separuh dari kami menginap di Perkampungan Jepak. tapi atas sebab tertentu dan sebab keselamatan akhirnya kami 14 orang duduk sekali dalam satu rumah. takpe la janji semua selamat dan senang nak bergerak kemana-mananya. terima kasih untuk kereta kancil Kak Zatil yang kami sewa hari tue. bersih kereta dia. selesa nak pakai.


takde banyak tempat pun yang pergi hari tue. selain Pantai Tanjung Kidurong dengan Pasar Tamu kat Bintulu. tempat lain pergi sekejap-sekejap dan hanya untuk singgah makan sahaja. masa nak balik pun kelam kelibut jugak kejar flight. mujur flight delay 10 minit. sempat la nak makan nasi bungkus sebelum naik flight. alhamdulilah sepanjang kat sana Fateh Uwais behave sangat. nanti la entry lain cerita pengalaman berholiday dengan baby pulak. panjang sangat dah nie.


pape pun terima kasih sekali lagi atas layanan baik kak sunah sekeluarga. terima kasih kawan-kawan yang banyak bertolak ansur dengan kami yang ada baby nie. terima kasih melayan karenah Fateh Uwais. terima kasih atas jalinan yang tercipta atas nama Cinta Bintulu nie. insyaAllah ada masa lain, ada jodoh, ada rezeki kita buat trip lain pulak ;)

10 comments:

Zai Zamree said...

behave sungguh Uwais ye...

Aqil klau jln jauh ckit blk umah mula la meragam menangis mcm kena apa ja pdhl dia nk tdo je pon

Yanty Lee said...

Uwais n Ty je paling behave kat sana. Len kali leh bawa kami lagi. EH....

cik Anggur said...

OMEYNYA UWAIS TIDO ATS RIBAAAAAAAAAAAA

cik Anggur said...

OMEYNYA UWAIS TIDO ATS RIBAAAAAAAAAAAA

aDisH.sHidA said...

kan...uwais pandai bawak diri..

tatau nak komen apa..kihkih

QasehnyaRania said...

la saya krnal la pengantin lelaki tu. hihi.

QasehnyaRania said...

tahniah buat abg soleh dan pasangan
selamat pengantin baru
sy doakan semoga jodoh mereka kekal bahagia till jannah. aamiin :-)

Fiza Rahman said...

Selamat pengantin baru buat mereka.

AtieYusof said...

Selamat Pengantin Baru pada mrk..moga kekal hingga ke syurga. Jauh tu ke Bintulu, Sarawak.. naik belon lg! amboii! Fateh Uwais ceria je tgk ...hihi..

Sunah Sakura said...

Ok..hasil google image baru jumpa entry ni..kalo tak, memang tak baca sampai sudah..hahaha..

apepun..ahamdulillah..mekasih kiera n nadh datang jauh bersama uwais..maaf atas segala kekurangan sepanjang kat sana...rindu sangat dengan keriuhan semua..huhuhu.

doakan moga rumahtangga akak n abang soleh diberkati dan dilimpahi rahmah dan mawaddah..insya'Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...