Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10 March 2014

Sabarlah Wahai Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

samada petang ahad atau sebelum subuh hari isnin tugas kami dua beranak hantar abi ke shahab perdana untuk pulang ke seberang jaya. memasing ada kerjaya yang menuntut untuk kami sentiasa bersabar dan berdoa moga dipemurahkan rezeki untuk tinggal sekali. setahun 4 bulan genap hari nie. alhamdulilah segala ujian dan cabaran mampu kami hadapi bersama. syukur yang teramat sangat.


yang paling gembira bila abi ada disisi tentu sekali sikecik Fateh Uwais tue. bila ada abi, dia akan peruntukkan masa sebanyaknya bersama abi. merap dengan abi. main dengan abi. bagi tangan kat abi. sentuh kulit abi. semuanya abi. dan saya hanya biarkan. jauh kat sudut hati sebak bila tengok bersinarnya mata anak, manisnya senyuman anak setiap kali mata terlihat kelibat abi. hanya Allah yang Maha tahu. saya tahu dia seronok berjumpa abi. 

saya? hanya Allah jugak yang maha tahu bagaimana berbunganya hati dan perasaan seorang isteri bila ada suami disebelah. masa tue la nak manja. masa tue la nak cerita semua benda. masa tue la nak bagitau itu ini. masa tue la nak belek muka suami. semua masa tue. masa sedikit yang berusaha menjadikan masa berkualiti kami.

suami? semua suami perlukan bidadari disisi sepanjang masa. berjayanya seorang lelaki kerana wanita dibelakangnya bak kata pepatah. saya tahu hati suami jugak kosong separuh tanpa kami. saya tahu suami jugak menghitung hadirnya Khamis untuk bertemu kami. saya tahu lelaki itu juga punya perasaan rindu yang cukup kuat. saya tahu seorang yang bernama Nadzri itu sedang kuat berusaha agar kesayangan hati keduanya ada didepan mata.

orang kata "elok-elok nanti dia bukak cawangan kedua kat sana" orang kata "kerja ada dimana-mana, rezeki kat mana pun sama" orang kata "biar gaji sikit janji boleh duduk sekali" orang kata "tak nak mintak tukar ke?". biarpun ada yang bergurau ada yang serius. tapi percayalah pedih dan perit untuk kami yang melalui nie mendengar dan menelan.

hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat disudut hati hambaNya. hanya mampu berdoa moga Allah terus segarkan bunga cinta kami hingga ke jannah. moga Allah titipkan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam hati kami. moga Allah kuatkan iman kami. moga Allah murah rezeki dan permudahkan jalan yang kami lalui. amin ya rabbal alamin

terima kasih keluarga dan sahabat yang faham dan mendoakan kami. terima kasih suami yang selalu kuatkan saya. terima kasih Allah atas ujian ini yang sememangnya mendekatkan lagi diri dengan Mu. setiap kejadian punya hikmah yang akhirnya nanti saya percaya akan mengukirkan senyuman di bibir hingga ke akhirnya amin amin.

7 comments:

cik Anggur said...

ujian Allah hanya d bagi pada yg mampu menerima....kdg2 biarpn jarak nya dekat namun keadaan lain yg menyebabkn trpaksa brjauhan... yg penting usaha & brdoa...semoga Allah prmudahkn segala ujian yg DIA bagi.

kalau kata nie adalah yg trbaik utk diri masing2 siapa kita nk menidakkn keadaan.

brdekatan tak semestinya bahagia. brjauhan tak semestinya senantiasa menderita.

tiap kesusahan Allah dh atur 1001 kesenangan & limpahan kebaikan utk kita.

akk doakn semoag urusan kira & nadh d prmudahkn senantiasa.

uwais !! sila jaga ummi okey

juicy X said...

Eeeeee x sukanya jenis yg mention psl cawangan lain tu!

aamalinaazman said...

;(


Ase cm sedih plak bace..sebb ase cm dpt ase ape kiera rasa..huhu..

xpelah..apa jua jalanyg dipilih..arap kome dua kuat..

sebb Tuhan takkan bebani kita, kalau kita tak mampu..

mean, keadaan skrg,kome sgt mampu mghadapi..sgt kuat..huhu..

si comel pon mcm paham abi dok jauh..huhu...

moga kome trus kuat ;)

inshaAllah..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sedang melaluinya...

masa mula2 PJJ tu minggu kami balik, walaupun suami tak cakap dari perbuatan dia kita dapat tahu dia rindu sgt2...

ni nak nangeh ni wuuu =,(

Shahada Fauzi said...

amboi budak tecit debab ni..awat muka masam tu..sedih tgk abi balik eh?

takpela kira..abaikan je katakata orang yang tak paham tu..insyaAllah..satu hari nanti Allah permudahkan jalan untuk tinggal sebumbung..

AtieYusof said...

InsyaAllah Kira, Fateh & Abi akan dapat duduk sekali nti..byk kan bersabar & doa..
mestilah suka klu ada org tersyg di sisi...:)

Fiza Rahman said...

Smoga dipermudahkan semua urusan. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...