Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
satu yang saya perasan Fateh Uwais nie. bila dia nak dapatkan sesuatu. dia akan berusaha segigihnya sampai la dia berjaya. sebelum berjaya. setiap hari, setiap saat, setiap masa dia mesti usaha. sampai ummi terkeluar sebut "gegehnya awak nie dik" tapi ummi tetap bersyukur Allah kurniakan nikmat tue pada baby kecik nie.
masa nak menerap dulu. kemain gegeh berpusing. setiap masa mesti nak pusing. mesti cuba nak terbalikkan badan dia. sampai saya yang tengok pun penat jadinya. dia yang tak penat-penat. sampai la dapat betul-betul menerap terus buat muka berlagak =.=
baru nak belajar merangkak. masa tue belum ada tanda nak belajar duduk. setiap masa angkat badan, angkat montot. goyang-goyang. lutut tak terangkat lagi. masih tak lepas. sampai la satu hari. abi ajar dia merangkak. abi tampung badan anak, sementara anak merangkak sikit demi sikit dan akhirnya boleh merangkak sendiri. Allah sweetnya abi awak. mulanya ummi ingat apa la yang abi tue buat. bila tengok balik. oh abi ajar anaknya merangkak. sama lah abi yang mula ajar anak nya menjulur ke depan. ummi senyum. sebab ummi tak terfikir nak buat macam tue. sebalik kekurangan ummi, ada abi yang melebihkan, alhamdulilah :)
hari nak belajar duduk. satu hari dia cuba dudukkan diri sendiri. senget-senget badan sambil tangan melambai orang. suruh orang cepat sikit tengok dia kot, kalau-kalau jatuh boleh cepat tangkap kepala dia. gegeh sangat nak belajar duduk. sampai saya kata "sudahlah dik, malam dah nie esok kita belajar lagi ye" sehinggalah boleh duduk sendiri dan hadiahkan senyuman paling manis buat ummi abi.
dan sekarang sedang belajar memanjat. setiap hari pasti panjat plastik playgym. pasti panjat almari. panjat kaki ummi. nak berdiri. Allah cepatnya awak membesar sayang, ummi doakan moga setiap langkah awak mendapat keberkatan Allah dan dipermudahkanNya. ummi abi sentiasa ada dibelakang awak, menyokong awak.
perangai gegeh awak ikut ummi ke abi ek? sebenarnya ikut dedua. kalau nak kan sesuatu tue mesti gegeh sampai lah berjaya ada dalam tangan sendiri. tapi masa nak kawen dulu takde la gegeh sampai terhegeh-hegeh :p
13 comments:
ayt last tu hahahahha
msti la nk kena gegeh...uwais nk cpt2 jln.xyh ummi n abi penat2 dukung uwais yg gebok2 tu
xsabaq nak tunggu dia berlari biar ummi n abi dia penat kena ligan
hahaha
Kejap je rase Uwais dah besar kak. rase macm baru lagi akk bersalin :)
hehehe mestilah anak lelaki kan mesti usaha sampai jaya !
comel la awak ni fateh :)
Ini kalau dpat kat kakak ni mahu kakak gomol puas-puas. Semakin cerdik kan. Masa inilah best main:)
mcm cepat jer perkembangan tumbesarannya ...
Maksudnya jenis kuat berusaha Fateh Uwais ni...hehe...
klu nak sesuatu kena dapatkan jugak ye cyg....comell nyaaa dia..geram! :)
Tunggu lah bila gegeh nak berjalan nanti. Penat lah ummi ☺
dh boleh bjalan nnti x tkjar ummi dgn abi :)
h0h0oo..nmpak gaya uwais nih cepat blajaq bejalan nih~hee,nati biaq umi plak eh gigih ligan uwais..hehehe
Jadi anak yg baik utk ye fateh uwais. Utk ummah masa depan :)
Post a Comment