Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
kahkahkah panjang gila tajuk je pun. ekceli saja teringin nak review unit bersalin tempat saya lahirkan Fateh Uwais dulu. sebab saya antara yang rajin google pasal perkhidmatan unit bersalin hospital yang terdekat dengan tempat saya nie.
disebabkan dah budget nak bersalin kat ipoh, sebab nak berpantang dekat rumah mama saya. maka Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) atau dulu namanya Hospital Besar Ipoh menjadi destinasi pertama saya selain Pusat Bersalin Dr Raoofah.
kalau ikutkan dulu saya dengan suami ada jugak berkira-kira nak bersalin kat swasta sebab nak pilih dokte perempuan. tapi bila tanya pendapat orang, servey perkhimatan Government Hospital (GH) dengan swasta kat internet, duduk berbincang kami decide bersalin kat GH atas beberapa faktor. sambil tue buat solat sunat, tetiap hari berdoa moga Allah permudah urusan saya nanti dapat dokte perempuan masa bersalin. tawakal jela.
ada sesetengah kata boleh req dokte perempuan untuk urusan kita kat GH tapi saya takut nak req macam-macam kat GH. pepaham aje la kan. doa kat Allah la senang. Allah Maha Lembut. Maha Pemurah. oh ye sebelum nak cuti bersalin tue atau bila kandungan dah masuk 7 bulan, bagi staf gov, buat sesiap Guarantee Letter (GL) nanti takde la kalut bila hari kejadian. buat GL sesiap tapi req kat admin jangan letak tarikh. jadinya GL tue kita boleh guna bila-bila masa. macam saya dulu admin sesiap buat 3 salinan. mana la tau kena admit wad balik lepas discharge. sediakan payung sebelum hujan ye tak.
gila lah perenggan dah banyak baru nak cerita bab perkhidmatannya kahkahkah. so far, layanan yang nurse kat sana berikan alhamdulilah bagus. walau muka saya datang dua tiga kali tapi diorang layan dengan baik even masa tue dah tengah malam. sebab kami kalut dah saya sakit. Suami dengan mama masuk sekali dekat kaunter daftar wad bersalin, yela kalut kan mana nak ingat peraturan ape dah. tapi staff sana tak halau pun secara kasar. cakap baik-baik mintak suami dengan mama tinggalkan saya kat situ dan diorang tunggu kat luar.
masa nak ke LR pun nurse india sorang tue tolak saya pakai wheelchair dengan hati-hati sebab saya dah tak boleh jalan sendiri lagi. dia yang tolong pakaikan baju pink saya. dia yang tolong lipat baju preggy yg saya pakai tue. lipat kemas-kemas dan bagitau yang dia letak kat mana baju saya tue. dah habis semua dia tanya lagi perlukan pape tak? huuu terharu sangat.
Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya, masa bersalin tiga-tiga staff nurse perempuan. nurse melayu yang sambut. akak tue baik sangat. takde pun marah tengkin-tengking ke ape. setia tunggu saya dengan baby yang nak keluar. cuma dia bagi kata-kata semangat je. "cepat adik, awak boleh. cepat kepala baby dah nak keluar nie" siap boleh senyum kat saya lagi dari awal sampai la proses menjahit.
Nurse yang ditugaskan bawak saya dari LR ke wad pun baik. siap tegur saya suruh elok-elok lagi masa nak alih badan dari katil LR ke katil wad yang diorang dah sedia nak tolak. dia pulak yang risau tengok saya macam kasar sangat. yela baru pestime mana reti lagi, nak pulak saya nie memang bukan macam lembut sangat hahahaha.
nurse dalam wad. semua yang saya dapat semua baik. siap malam Uwais meragam tue pun. nurse tue ambik dan bagi saya rehat sekejap sementara shift dia ada lagi. Alhamdulilah rezeki saya. semua nurse yang jaga saya baik-baik belaka, takde marah tak tentu pasal. muka takde bengis. cakap pun elok-elok. Alhamdulilah.
terima kasih ahli keluarga Wad Bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun yang bertugas pada 31 Ogos hingga 3 September 2013 =)
21 comments:
sama jugak k.zai dpt ms kt HSJ.nurse dokte smua baik2.pak guard pon sm sbb suami k.zai pg tghari ptg dia mai tgk kak.xde pon nk mrh2.mybe sbb ms ngandung kak rajin dok wt BSP tetiap hr Ahad kt wad bsalin smpai depa dh cam muka kot...hihihihi
alhamdulillah :] bagusnyeee..memang selalu terfikir pasal dokter pmpuan smbut bayi tuu..so, lepas ni boleh ikut jejak akak lah..buat GL siap2..haha
akoo cakap mcm dah nak beranak je. kawen pun tak nampak bayang lagi -.-''
alhamdulillah
Allah permudahkan urusan ummi uwais..
sshyyyy: kira muda dri ciksu la. kira pangkat adik ni. hihi :)
tiap2 hari takut....semoga Allah prmudahkn urusan akk pulak nnti
alhamdulillah..dipermudahkan untuk kira dan uwais..harapnye time saye nnt pun gitu..berharap sgt dapat doktor pompuan masa nak beranak nnt sebab decide nak beranak kat sepital gomen je..semoga doa saye pun dimakbulkan Allah hendaknye..
Syukur sgt kan bila urusan bersalin ni di permudahkan..bila nurse perempuan yg sambut lagi lah bersyukur..sama dgn Pa'e, yg sambut pun nurse pompuan..ALhamdulillah! :)
alhamdulillah lah.,. bahagian masg2lah sebenarnye bila bersalin ni !
alhamdulillah semunya dipermudahkan..sunguhnya Allah merahmatimu..
Klau brsalin di hospital tu.... suami blh msuk skali ke??? Teman
Klau bersalin kt hospital tu.... suami blh msuk ke??? Teman
Kalau untuk Hospital Seberang Jaya suami tak boleh masuk teman
X2...maksud sy hospital Permaisuri Bainun Ipoh tu
@Adhli Razali
ohh. HRPB suami boleh masuk teman bila dah dekat waktu nak bersalin. atau kalau waktu tu tak ramai patient dalam bilik LR yang lain suami boleh masuk lagi awal.
masa anak pertama saya baru 6cm suami dah boleh masuk teman sampai waktu melahirkan. anak kedua waktu nak melahirkan dia baru masuk sebab time tu petang.
Oook.... elok x HRPB tu??? Mksd sy service nye ke....doktor nye... plez nk mnta pndapat
@Adhli Razali
sepanjang dua kali saya bersalin dekat HRPB alhamdulilah servis sangat baik. nurse pun ok. cuma kita lah kena merendah diri sama. kita sembang2 dengan dorang elok, insyaAllah diorang pun ok je dengan kita layan kita. lagi satu kalau nak mintak tolong apa2 atau tatau apa2 tak faham. boleh merendah diri tanya je dekat dorang. diorang ok je.
bab doktor pun so far alhamdulilah ok je. saya bersalin anak kedua ada doktor cina lelaki. tapi dia tak datang dekat saya masa saya nak meneran. dia bagi staff nurse dan doktor pelatih cina perempuan yang handle saya. dia cuma check luaran sahaja (baca rekod patient etc) doktor lelaki pun ada check saya masa sebelum masuk LR tapi dorang pun berhemah. mintak izin dan say sorry. saya ok je dengan doktor lelaki sebab saya sendiri faham tugas dorang dan memilih untuk tak pergi private. pengalaman lain sepanjang check in dekat HRPB saudara boleh baca dalam entry yang sama ni dan entry sebelum ni. Pengalaman Bersalin Anak Pertama #FatehUwais dan Pengalam Bersalin Anak Kedua
Ok.... tq ye...
Saya dengar kata hospital kerajaan time jahit lepas bersalin tu diorg x bius dlu.. betul ke?? Takut pulak sy. Planning nk berslin kt hospital gomen je... tapi tu la takut sangt klau diorg jahit x bius.. bius ke x ea?? Tq :)
Saya dengar kata hospital kerajaan time jahit lepas bersalin tu diorg x bius dlu.. betul ke?? Takut pulak sy. Planning nk berslin kt hospital gomen je... tapi tu la takut sangt klau diorg jahit x bius.. bius ke x ea?? Tq :)
@ayam turki
masa nak jahit luka bersalin semua kena bius dulu. dorang takkan jahit hidup2 awak. saya yg naik cemas dengar org kata bersalin tak bius hhihihi.
btw kalau nak tanya lebih lanjut boleh email saya
syakira.yaakub@gmail.com
Tp bru2 ni ada tanya dkt klinik kesihatan yg selalu bwt follow up.. check up tu kan.. Diorg ckp mmg x bius. Huhu.. Cmna nk dptkan kepastian ni ea..?? Ke ada hospital2 tertntu je ke..
@ayam turki
@umar suhana
Maaf salah info. saya ada bertanya kawan2 pasal bius masa jahit ni. memang ada kawan2 yang tak kena bius jugak. tapi luka dorang sikit. kata dorang cuma jahit dua kali je. mungkin nurse tak bius kalau luka sikit kot agaknya. tapi mungkin jugak kita tak rasa sangat sebab baru lepas sakit bersalin.
macam pengalaman saya, bila lepas je bersalin keluar baby tu automatik rasa kebas.
Post a Comment