Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 July 2014

Pengalaman Menyusukan Fateh Uwais Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dah nak habis puasa baru nak share hewhewhew, haaa la sebab mana tau karang ape yang saya buat tak membantu pulak, terus rasa bersalah. jadi baik uji kaji kat diri sendiri dulu kan baru share. dari awal tahun lagi dah nebes bila fikir masuk bulan ramadhan nanti. nebes bukan apa, bila memikirkan stok susu untuk Uwais. alhamdulilah masih diberi rezeki menyusukan dia sehingga 10 bulan lebih ni. syukur sangat. rezeki untuk dia. saya ni pesen yang takde la stok susu sampai penuh peti ais. makanya gayat la jugak. pam hari ni untuk stok besok. kalau kurang susu hari ni menangis la tengok stok susu berkurang untuk besok. 

seawal dua bulan saya dah google baca macam mana nak maintain susu bulan pose. tanya kat kakak-kakak yang berpengalaman. godek ikut situ ikut sini. alhamdulilah banyak jugak la ilmu baru yang saya dapat. since saya pun ummi baru kan. cuba usaha satu persatu.  rasa lapar tu alhamdulilah sampai waktu berbuka takde la rasa lapar tergedik-gedik. cuma haus yang paling ketara. sampai bergelas-gelas lah minum air ihihihihi.

Kurma

yang ini penting sebab serat dalam kurma mampu membantu ummi kekal bertenaga sampai waktu berbuka. nama lagi makanan sunnah kan ;) makan lah sekurangnya sebijik waktu sahur atau kalau mampu 7 bijik. tapi kalau saya confirm berpinar bijik mata nak habiskan 7 bijik waktu sahur tu hahahaha :p

Susu Serat

pernah dapat resepi dalam saya duk meng google tu. Susu apa jenis pun + kurma + kismis blend kan semua sekali lepas tu letak oat sikit. minum untuk kekalkan tenaga dan jugak maintain penyusuan. yang saya pernah guna susu coklat dan strawbery. rasanya bagi saya yang kurang gemar minuman manis. boleh aje la. cuma kena telan cepat-cepat untuk elakkan muntah.

oat + Horlick

oat memang salah satu cara tambah atau maintain kan susu ibu. tambahlah dalam nasi atau ape jenis air sekali pun. contohnya macam susu serat kat atas tula. saya dah pernah cuba kalau selain bulan puasa. minum horlick sekali oat memang sangat membantu banyakkan susu. Horlick salah satu cara nak tambahkan susu ibu ye kawan-kawan. dalam bulan puasa pun sangat membantu.

Alfalfa Shaklee + Air Kosong

saya ambik dua bijik selepas berbuka. dan jangan lupa minum paling minimum pun 1 liter air lepas waktu berbuka. bukanlah minum sekali gus. tapi sebelum tido cubalah minum 1L  air. ibu yang menyusu memang digalakkan minum air kosong banyak-banyak untuk produce susu baru setiap hari. makanlah biskut atau roti untuk membolehkan kita teguk air kosong sebanyak tu. kalau saja-saja nak teguk rasanya sangat mustahil kot. lain lah saya sebab saya memang seronok minum air kosong. dah orang tak suka minum manis kannn :p oh ye waktu bersahur pun kalau boleh minum hampir 1L air kosong jugak. kalau dapat separuh pun dah okey sangat ;) harus diingat setiap kali lepas makan alfalfa kena disertakan dengan air kosong yang banyak. kalau tidak boleh jadi pening lalat sebab kurang air dalam badan. 

Esp + Susu

saya ambik segelas setiap kali lepas berbuka dan waktu sahur. untuk membantu memekat dan banyakkan susu badan. jugak untuk tenaga sepanjang hari puasa. susu tak kira lah susu ape pun. asalkan namanya susu :p tapi kalau yang jenis tak boleh minum susu. boleh je campur dengan air ape pun asalkan bukan kafein atau air bergas.

Ostematrik @ Kalsium

saya ambik sebijik masa sahur. samada bulan puasa atau tidak. tetap kena dapatkan kalsium tambahan dalam badan. untuk anak yang menyusu, jugak ibu yang menyusukan tambahan kalsium sangat penting untuk tubuh badan. jadi cara yang paling mudah adalah dengan makan sebijik kalsium. tak payah susah payah pening nak pilih susu atau sayur ape lagi dah kuikuikui :p

Karbohidrat

WAJIB bangun sahur, makanlah nasi atau kabohidrat atau apa saja yang boleh kenyangkan isi perut. bila kenyang insyaAllah susu akan produce macam biasa. dah kalau si ibu tak bangun sahur, jangan pulak complain susu merudum. kalau terlajak sekali sekala tu boleh la dimaafkan ;)

Makan 3 Kali

waktu berbuka, moreh dan sahur. dah kenyang waktu berbuka. cuba pulak makan roti atau ape saja yang nak dimakan selepas terawih. insyaAllah ini jugak membantu dalam misi menghabiskan 1L air kosong tadi.

Demand & Supply + Positif

kalau hari biasa pam susu 2 atau 3 jam sekali. tetap teruskan schedule yang sama di bulan puasa. suami selalu ingatkan sentiasa positif. dalam otak letakkan perkataan "positif" dan "susu banyak" kemain suami iols ni kalau bab bagi semangat pam susu. dia tau isteri tercinta dia ni kemain cepat drop semangat bila nampak susu kurang :p ingat. lagi banyak kali kita pam atau menyusukan lagi cepat susu proses. 

Berdoa

inilah senjata utama para ibu. sentiasa berdoa dan terus istiqomah berdoa. moga Allah terus murahkan rezeki kita menyusukan anak sampai 2 tahun kelak.


*****

awal puasa hari tu. saya akui susu drop. sedih je rasa. nasib la ada stok dua tiga botol sebelum puasa. tapi terus amalkan semua yang saya senaraikan kat atas. alhamdulilah sehingga hari ni susu tetap maintain macam sebelum bulan puasa. energy masih ada. cuma macam saya kata awal tadi. haus aje la. 

masa Uwais demam hari tu pun susu masih banyak. alhamdulilah. kawan-kawan kata kena bukak puasa sebab susu time kita puasa macam kosong, tak mengeyangkan macam hari kita biasa makan. saya bincang dengan suami. rasanya itu cuma akal logik kita berfikir sebab kalau betul macam tu Allah mesti dah haramkan sesiap ibu menyusu dari berpuasa. sebab Allah Maha Mengetahui kan ;)

9 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah masih lagi bertahan sampai ke hari ini :)

Siti Sharini said...

Alhamdulillah..rezeki baby kan..saya still pun bf Hadi yg dah setahun 2 bulan tu hihi. memang banyakkan mkn kurma n minum air. as for susu pulak saya prefer minum fresh milk sbb sedaaap hihi. supplement saya tak ambik sbb sy ni jenis xberdisiplin.so try balance kan everything dgn byk mkn buah.

cik Anggur said...

amboi kemain posing ek tecik tu....akk pn tgh survey produk shaklee utk mkn dlm pantang nnti

Zai Zamree said...

mmg bl susu drop kita yg paling sedih.penah rs ms mula2 susu xda sgt2 ms pantang tu...nangis gak la time tu

Fiza Rahman said...

Biasa memang susu akan drop sket bila bulan posa. Sbb tu klo sahur kena makan nasi dan juga makanan yg boleh up milk supply.

Putri said...

Susu saya pun drop.slalu pump dpt 2 botol.bln puasa ni cuma dpt 1 btl 1/2 je...sedey..semoga dpt survive utk 1/2 bln lagi

AtieYusof said...

Allah permudahkan perjalanan BF Uwais walaupun ummi tengah puasa kan.. syukur rezeki uwais tu..:)

QasehnyaRania said...

betul tu kira..
alhamdulillah rezeki fateh..
tak lama dah 8 hri j lagi..
sy awai awai je kemahen makan kurma bnyk waktu sahur n bebuka. hujung hujung ni just mampu pergi 3 bj je time sahur, berbuka 5 biji. itupon puas la..

horlick mmg sgt mmbntu.minum sambil cicah roti pon sedap ya amat waktu sahur tu..nk telan nasi tak brapa nk jlan.

Shahada Fauzi said...

bila dah jadi ibu mmg yang ini paling kita fikirkan..untuk anak kenyang perot sentiasa..kan?

alhamdulillah..hari ke31 dlm pantang saya pun dah start puasa..walaupun belum habis pantang cuba jugak untuk laksanakan rukun islam yang satu ni..rasa macam tak lengkap kalau tak dapat laksanakan..huhu..

alhamdulillah jugak susu cukup untuk anak rasa kenyang di siang hari..saya amalkan minum horlicks, minum air masak 1 botol 1.6liter dgn makan kurma masa sahur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...