Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
haiiiii lama tak jumpa???? (padahal engkau yang pemalas nak update blog kan kira =.=) malas, lemau, tak larat dan sebagainya bagi menggambarkan perasaan penulis ketika ini :p
saya dah lamaaaaa perati perangai anak bujang sorang tu. si Fateh Uwais. sikap, sifat, perangai dia sebenarnya banyak yang dia ambik dari saya. dan kami suami isteri dah cukup kenal pasti yang si Fateh Uwais tu akan perhati apa yang kami buat, dan tak lama lepas tu dia pulak yang buat. sekarang ni kalau nak buat apa-apa yang pelik macam nak pasang api dapur, nak tarik penutup toilet, nak tekan air dekat peti ais, nak buat pape la yang sepatutnya dia tak boleh main kena buat belakang penglihatan mata dia. kalau tidakkkkkkkk.......... =.="
macam weekend lepas. saya tak sedar dia ada situ. saya pun tekan air peti sejuk MIL. peti sejuk yang pesen boleh tekan air sejuk dari pintu tu. dia nampak!!!! dan kaki berjengket nak main benda alah tu. boleh tinggi sikit lagi habis banjir la dapur gamaknya =.=
masa nak basuh montot dia dalam toilet. saya cepat-cepat tutup penutup boil. terlupa yang anak memerhati. dah sudah dia pulak main bukak tutup penutup tu. kotor satu hal, lagi satu takut terkepit tangan kat situ. grrrrrrrrrrrr geram sungguh!!! bila marah dia sengeh tunjuk gigi sebatang dekat kita. =.=
dan selama hari ni dia tak pernah tau bawah kain putih dekat dapur kami ada rak pinggan mangkuk. semalam masa saya sibuk masak, rupanya dia sibuk perhati!!! sekelip mata kain putih terbang kena tarik dek jemari kecik gebu dia. nguuuuu ummi kena ubah rak pinggan pulak dah =.=
dan semalam masa nak tuang air kot. dia ada belakang saya. suami ingatkan. sayang anak awak ada kat belakang ni. karang dia tengok, dia buat pulak. hukhukhuk. masa abi panjat tangga tukar lampu bilik pun kaki dia dah sibuk sama nak memanjat tangga. nak tolong abi pulak letewwwwwww
betullah anak imbasan cermin ibu bapa. baik kita, baiklah dia. buruk kita, buruklah dia. moga kami mampu jadi role model yang baik untuk anak-anak kami nanti. moga kami mampu mendidik dan menjaga amanah dengan sebaiknya amin.
11 comments:
alahaiiii budak bijak niii... :)
huishhh anak bertuah ni....
kalo boleh panjat tangga tu dah lama dia buat
TIP PARENTING
AJARILAH SI KECIL DALAM SUASANA BERMAIN KERANA BERMAIN ADALAH DUNIA SI KECIL.
(Si kecil: Golden Age, 1 hingga 5 atau 7 tahun)
Kata Imam al-Ghazali,
"Hendaklah anak kecil diberi kesempatan bermain.
Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus,
akan mematikan hati,
mengurangi kecerdasan,
dan membuatnya jemu terhadap hidup.
Sehingga dia sering mencari alasan untuk membebaskan diri dari keadaan resah."
Semua anak anak suka belajar.
Itu fitrah semulajadi manusia.
Cara keras yang digunakan seperti mengarah tegas, membentak dan mencubit, kurikukulum yang ketat, membuatkan anak stress belajar.
Ia mungkin memberikan ketaatan cepat, tapi membenihkan kesan jangka panjang yang bahaya.
1.Anak-anak akan menganggap pembelajaran itu satu sumber stress dalam hidupnya.
2. Anak anak juga akan hilang keakraban dengan pendidiknya.
Ubahlah cara kita mengajar.
Wujudkan suasana yang menyenangkan.
Contohnya,
Sebut banyak tentang kualitinya di depannya sambil mensyukuri Allah,
berbanding asyik sebut kesilapannya.
Jika nak tegur, puji dulu mana yang baik dan spesifikkan mana yang perlu upgrade.
Lalu,
kita tak stress.
Anak-anakpun akan melalui fasa kecilnya dengan lebih ceria dan mencintai kita setulusnya.
d amik dr FB ustazah Fatimah Syarha sj share dgn kira mungkin dpt membantu
uwais !!! jangan punggah umah okeyyy
bijak sungguh noo uwais nie..bak kata kiah propa...hati2, jaga2 ada yang memerhati hehehe
Hihi nnt g open hse dia mesti eksaited nak bukak air minum yg ada paip tu kan?
gaya kt tangga tu yg x tahan tu
Salam perkenalan..
Salam singgah petang..:)
Hehe....ha....udah pandai mengikut si Fateh ni rupanya ...so umi ngan abi....tengok belakang dulu kalau nak buat sesuatu
fatih ni...aktif betul...tapi muka innocent sahaja.:-)
HEhehe...comel betul lah anak bujang ni. tersengih² jer baca kisah dia ni. Memang macam tu sis, budak memang mengikut apa yg kita buat. Jaga²...ada yg memerhati.
Hihi..hah! kan sebiji2 Fateh ikut.. anak, gambaran mak ayah..betul-betul..:)
Post a Comment