Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

06 January 2015

Menu Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

memandangkan hanya hari cuti je ummi masak untuk Fateh Uwais, makanya serajin yang mungkin ummi cuba sediakan menu special untuk dia. kalau hari kerja duduk rumah mak. Mak dia yang masakkan. bukan lah ummi ni pemalas sangat. tapi mak dia yang volunteer nak masakkan untuk uwais. kesian kat ummi adik katanya. huuuu. selaku ummi penyayang, ummi pun takmo la menghampakan harapan mak mengasuh uwais itu mihmihmih :p dan memandangkan jugak sekarang dah banyak gigi si debab bijak sorang tu, maka lagi rajin la ummi duduk dapur masak subuh sepi'e dekat budak sorang tu haaaa. nasi tetap nasi lembut. dia takmo makan nasi macam ummi abi makan, stress beno nak bagi makan kalau nasi kita tu haaaa.


sebenarnya ini pestime seumur hidup ummi masak sosej jadi hidangan. sebelum ni sosej cuma goreng atau bakar sahaja. ntah macam mana pulak boleh terlembut hati ummi nak buat badam sosej ni. mungkin sebab mama sendiri tak pernah jadikan sosej sebagai lauk hidangan kami sekeluarga kot. mungkin lah kan. 

Panaskan minyak zaitun dan tumis dua ulas bawang putih yang dah ditumbuk lumat. dah garing boleh la goreng sosej yang dah dipotong nipis-nipis. tuang sos tiram dalam dua sudu. pepandai la agak masinya macam mana ye. boleh masukkan celery yang dah dipotong kecik-kecik. potong kecik mudah untuk budak kecik tu makan nanti. jangan goreng lama nanti sayur jadi layu. akhir sekali tabur hirisan badam. kacau-kacau sikit dan boleh dihidang. siapppp


hidangan yang ni sesuai untuk minum pagi atau makan petang si kecik. mudah nak sediakan. cepat pun cepat. kalau kata momies terlewat bangun, tapi anak dah tergedik-gedik lapar. boleh lah lapik perut kecik dorang tu dengan Tortilla ni.

Bakar pastry dalam pemanggang ajaib atau kalau ada kuali leper non stick tu pun boleh. sapukan peanut butter atau ape jenis jem yang anak suka pada pastry yang dah siap di bakar tadi. letak banyak sikit, lebih sedap dan menyelerakan. gulung dan boleh tabur serbuk kayu manis atas dia. sedap!!!


yang ini paling ummi suka. masa masak harum semerbak bau dia. sebab pakai butter tak pakai minyak zaitun. kenapa suka guna minyak zaitun? sebab baik untuk perkembangan minda si kecil. selain tu beras perang pun baik untuk minda dan kesihatan anak. boleh dikatakan semua hidangan Uwais yang menggunakan bawang. saya akan guna bawang holland. sebab rasa bawang tu sendiri lebih sedap berbanding bawang merah india tu. ummi sendiri pun tak suka bawang merah tu hewhewhew :p

Perap ayam bersama garam dan kunyit. boleh gorengkan tapi jangan sampai garing. Angkat dan ketepikan sekejap. cairkan butter dalam kuali. dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dah dihiris. masukkan sos tiram. dan boleh masuk ayam goreng tadi tu. boleh jugak tambah kacang buncis atau carrot atau ape jenis sayur anak suka. dah siap. boleh hidang bersama nasi lembut Fateh Uwais. 


Jemari gebus yang tak sabo nak makan. Alhamdulilah berselera dia makan. berhayun hanyun mulut dia menguyah makanan. ummi pun jadi bersemangat nak masak macam-macam bila ada anak jenis tak memilih makanan. atau bahasa lain. anak yang suka makan macam ummi dan abi. ummi abi dah memang geng bab makan ni. alhamdulilah menurun ke anak >.<

yang penting setiap hidangan ni bukan je anak suka makan. tapi ummi abi pun boleh tumpang makan sampai kenyang. bak kata mama saya. bila nak bagi anak makan. kita rasa dulu. kalau kita suka nak makan makanan tu insyaAllah anak mesti suka makan jugak. tapi kalau kita bagi anak makanan yang kita sendiri tak boleh atau tak sanggup nak telan, maka jangan marah kalau anak tak nak makan. 

13 comments:

Izwa Kamaruddin said...

awak...awak fateh uwais, aunty teringin sgt nak jumpe awak pastu nak bawak jumpe dgn syakirah sebab kawan awak tu pun suka makan kuat makan kuat majuk dan juga manja sama mcm awak..iskk..

Siti Sharini said...

amboi untunglah fateh uwais yer ada menu sendiri..lain kali order lebih sikit yer uwais

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bagus Kiera rajin masak utk Fateh.. berkhasiat pulak akak tengok tu :)

juicy X said...

Memang seronok masak kt anak.tambah2 kalau depa suka makan.kmi ni hari2 pening nak masak apa. utk anak lg utk laki lg utk diri sendiri lagi. selera mcm2 heee

Aryan azra said...

sedapnya menu2 fateh uwais ni...boleh acik cuba jg ni

eima said...

uwais dah boleh mkn nasi le ....
menu pun besh2 la .. menarik betui ....

Zai Zamree said...

rajinnya ummi :)

arysha_fayyadh said...

Assalam ummi uwais,
memang seronok kalo anak & suami suka makan masakan yang kita masak...seronok ja kan3
kembang setaman
semangat nak masak lagik3 he3

ewanthology said...

oohhh, dah start makan makanan pejal ye...

VitaminSuci said...

Tahniah ummi & abi sediakan makanan terbaik untuk uwais! Suka tengok. Colourful. Paling penting berkhasiat :)

aizamia3 said...

dak Nuha cukup suka makan ikan.. kalau ikan jenahak seketul dia sorang boleh habiskan.. siap tambah lagi..

AtieYusof said...

amboi rajin ummi buat menu buat uwais.. sedap2 belaka akak tengok tu..itu klu bagi kt akak tu kejap je habis..haha..
erm! abg Pa'e plak bertambah2 susah nak makan skrg ni.. dok ralit nak main jer..:)

QasehnyaRania said...

thanks kira berkongsi menu N idea.
eh.eh.sama la mangkuk fateh dgn mangkuk ciksu hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...