Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

08 July 2015

Dobi 24 jam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alor setar sekarang ni musim tengkujuh. boleh dikatakan hari2 hujan. alhamdulilah syukurrrrrrr. sejukkk je tido malam. puasa pun takde rasa letih kering tekak sangat dah cuaca pun redupppp aje. tapi kain basuh jela yang tak kering hewhewhew. kalau dah perempuan mak mak ni memang selalu susah hati dekat kain dalam bakul. tambah tengok dah berbakul sedia menunggu hahahaha. sampai dah kehabisan baju kering nak pakai dekat rumah la cerita dia. nak pulak budak kecik sorang tu sekarang ni rajin bagi tumpah air, makan comot2, kejap je dah kena tuko baju lain. ummi is tak suka tengok anak berbaju comot2. memang salin baju lain la jawabnya. baju dia pun dah sebakul!!!


rumah kami pulak mesin basuh semi auto. tetiba terasa nak patah ulat tulang belikat bila mengenangkan baju yang berbakul2 tu hahahahahaha. baju yang basuh time weekend sebelum memang elok duk bergantung hanger. tak kering lagi dan dah berbau hapak. nguuuu. baju kalau lambat kering cuaca lembab memang senang nak bau hapak. nak pulak bila kena tempias hujan.


sembang dengan kengkawan group whatsapp dorang sebut pasal dobi 24 jam ni. kata mereka balik terus lipat je tak payah jemur dah. wahhhhh!!! berbintang bintang mata seorang ummi uwais dengar tak payah jemur tu. terus tanya details dekat dorang. memang betoi pun balik terus lipat tak payah susah hati nak jemur takut hujan tak kering. ai is sukaaaaaaaa sangat. wehehehehe. padahal orang lain dah berzaman tau guna mesin dobi 24 jam. iols baru nak terhegeh2 hahahahaha :p


datang lepas maghrib. ya ampunnnnn ramai betoi orang. mujur masa kami sampai ada satu mesin 14kg yang kosong. terus sumbat. ada beberapa jenis mesin bergantung jugak pada sesetengah kedai. dobi kami pegi ni ada dua jenis je buat masa ni. 10kg dengan 14kg untuk basuhan. boleh pilih kita nak basuh pakai air sejuk, suam atau panas. kadar bayaran pun ikut muatan dan jenis air yang kita pilih.

macam kami pakai mesin 14kilo air sejuk sekali basuh RM6, yang baju kaler gelap sekali dengan seluar sumbat dalam mesin 10kilo RM4 pun air sejuk jugak. koser nak pakai air panas. selagi boleh jimat kita jimat wahahahahaha. dah selesai basuh. sumbat pulak dalam mesin dryer. yang ini fungsi dia untuk keringkan baju2 itu seperti mengeringkan baju basahan di jemuran dikala matahari naik. sukaaaa sangat mesin dryer ni hahahahaha

sekali putar yang 14kilo RM4. tapi mesin dia besar yakmat. boleh sumbat sekali yang 10kilo tu jugak. cuma kalau kain banyak tambahkan lagi masa dia. extra cas. 1minit RM1. kawan pesan kalau tak nak tambah masa jangan isi padat2 dalam mesin nanti dia tak kering betoi. 

dah siap tunggu maka balik la kita melipat kain berjemaah bersama suami isteri. senangggggg hati tengok kain bertimbun dah selesai wehehehehehe. oh ye kalau tak nak basuh dekat sana. boleh jugak basuh kat rumah pakai mesin korang tu dan keringkan je dekat dobi. pun bolehhh. bagus untuk cuaca yang tak menentu sekarang ni. kot kalau balik kampung raya nanti ampaian tak muat pun boleh guna cara ni. tak payah gaduh hari ni ko basuh baju besok aku pulak. nak keluar beraya pun senang hati tak fikir baju yang tengah bersidai dekat ampaian. hewhewhew



post signature

16 comments:

el said...

mmg byk untung ada kedai dobi 24 jam ni senang mak2 nak basuh n keringkan pakaian hehe
en. suami sediakan duit je haha

cik Anggur said...

kemainnn aihhhhhhhh.................kanbest kalo ada mesin tolong lipat sekali hahahaha

aizamia3 said...

Sebelum ni, sangatlah rajin akak ke kedai dobi 24 jam macam ni bila otw ke rumah MIL.. tapi biasanya cuma untuk sesi pengeringan sebab dah basuh sesiap dari rumah..
Tapi la ni sidai kat ampaian je..

Lydia Miza said...

Hihi rajinnya. Nak pulak uwais tgu lama2 kat luar. X boring ke dia?

Masa kat doha kami jarang sgt pki driyer walaupun winter. Sesekali je. Dulu masa br dtg teruja lebih hari2 pki. Tup tup bila sluar abg makin senteng, baju cepat pudar warna br perasan sbb asik masuk dryer. Hihi

iryantyismail said...

mudah kan zaman sekarang nie...kalau nak tahu...lipat baju pun dah ada orang ambil upah...

Siti Sharini said...

Bestnye.kat umah mak kite mesen basuh rosak.lagi haruu

Unknown said...

Sebenonya kan. Secara jujur la kan, aku punn tak pernah guna machine dobi ni. Hahaha. So masa duduk setiawan dulu, fadil pernah guna. Aku punyalah pelik sbb aku baru tahu ada mechine yg boleh keringkan baju sebetul betul kering tanpa cahaya matahari. Hahaha. Kuno kan aku?

Zai Zamree said...

br tau gak ada pengering tu...hahaha...x penah basuh dobi

dl pkai semi auto gak tp awai thn ritu beli maid br yg auto...hihihi

QasehnyaRania said...

pilihan yg bijak
ciksu gna cuci toto n karpet
baju bajan guna masa xda air last year
kat mana ni kira ?

tu la ayh ciksu pon dok habaq hujan..
ri tu ciksu blk pns lip lip

ps;ciksu x suka drian.msg msg plak dok suruh ciksu mkn.rasa

msg msg punya pndngn kan..

Aryan azra said...

bagus tu, balik boleh terus lipat je...akak tak pernah guna lagi perkhidmatan cucian macam ni,walaupun dekat kawasan rumah akak tu ada hehehe..

oo utara musim hujan ye, s.alam ni panas je sejak awal puasa, inilah baru semalam je mendung2 dan hujan sikit...alhamdulillah kurang la sikit rasa nak berjerubu tu

Dunia Zumal said...

Berguna betul perkhidmatan nie di kala hujan macam sekarang kan...

Nina Mads said...

syok la basuk terus lipat.. hehee
jarang ke mesin dobi sebab rajin basuh hari2.

izzeyda said...

bagus ada kedai dobi macam nih.. tak pernah lagi bawak baju ke kedai dobi..

OKje said...

Mmg femes dobi 24 la ni....hati tu musim Raya kat kg pun okje mendobi sini jugak, senang terus kering. Kat kg tau ajelah ampai tak banyak mana, mak sorangkan..

arysha_fayyadh said...

Assalam kira,
nengok kedai dobi ni terkenang zaman2 akak bukak kedai dobi sendiri dulu :)

Sha Mohamed said...

xpernah cuba lagi dobi camnie.. nampak sangat ketinggalan.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...