Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

08 November 2015

Malaikat Kiri Kanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kadang memang pening bila anak ada masa takmo dengar cakap. garu kepala rasa. Fateh Uwais pun sekarang dah pandai nak pyscho ummi abi bila takmo buat sesuatu ikut arahan kami. contohnya, "no youtube dan sila tido"



yeeeeee Fateh Uwais dah pandai ber youtube. bukan tengok kartun ke upin ipin ke doraemon ke. semua tu dia tak berapa minat. tengok pun tengok macam tu je. tapi yang paling dia seronok tengok video lori tanah, lori sampah dan segala macam lori yang ada dalam youtube tu haaaaa. yela dekat situ kan boleh pilih pilih. pening..... pening!!!!. nak dilarang sangat, dalam tu dia boleh belajar macam-macam jugak. belajar jenis jentera dan kegunaannya. bila masuk kereta memang becok mulutnya sebut nama semua jentera tu. dan ummi rasa okeyyyyy, dia tengok video bukan kosong. ada something yang dia ambik dari video tu jugak.

tapiiii... ada tapinyaaa terkadang agak payah nak ceraikan dia dengan telefon. parokkkkkk. tingggg tetiba timbul idea dalam benak akal ummi yang cerdik ni. kohkohkoh :p

cerita Malaikat Raqib dan Atid. Malaikat atas bahu kiri dan kanan. since Fateh Uwais dah mula tahu siapa itu Allah, Allah tu yang jadikan dia. Allah tu siapa. jadinya tugas ummi semakin senang dan lancar hewhewhew :p

pernah satu hari cerita dekat dia. atas bahu kita (sambil pegang bahu Uwais) ada dua malaikat. yang kanan catat segala amalan baik kita macam dengar cakap ummi abi, kemas mainan, makan elok-elok, susu baik-baik, solat, sayang semua orang. malaikat kanan ni akan tulis dalam buku biru(ummi reka untuk anak lebih mudah hadam dan paham). sambung lagi. setiap hari malaikat kanan akan bawak buku biru ni naik bagi dekat Allah. Allah tengok Allah check buku biru tu. kalau banyak yang malaikat kanan tulis, Allah akan sayang kita, Allah sayang uwais. Allah peluk, Allah cium, Allah bagi nikmat, Allah bagi mainan, bagi lori, bagi makanan sedap-sedap. tapi kita kena buat benda yang baik-baik la, (ulang balik ayat first tadi supaya dia ingat) yela budak-budak ni kan kena selalu ulang-ulang benda tu supaya lekat dalam otak dia.

dekat sebelah kiri ni pulak(pegang bahu kiri pulak) ada malaikat jugak. malaikat kiri ni pulak catat segala amalan kita yang tak baik, yang buruk. macam tak dengar cakap, sepah mainan takmo kemas, tumpahkan makanan, tak solat, jerit sana sini, buat orang. malaikat kiri ni nanti tulis dalam buku merah!!(yes ummi reka jugak. sebab merah kan warnanya garang jadi ummi guna la kaler merah pulak. kang kata kaler hitam lain pulak penerimaan versinya huuuu). pun sama macam malaikat kanan. setiap hari malaikat kiri akan bawak naik buku merah ni bagi dekat Allah. bila Allah nampak banyak sangat malaikat kiri tulis dalam buku nantiiiiiiii Allah PUKUL kita!!!(guna itonasi tegas sikit). Allah tak sayang, nanti Allah biar je kita tak makan, takde mainan, Allah tak peduli dekat kita sebab Allah marah.

masa sebut perkataan PUKUL tu. terus Fateh Uwais peluk ummi, dia memang takut kena pukul, takut kena marah huuuu. bila buat salah memang cepat-cepat dia sebut. "ummi jangan marah adik tauuuu, abi jangan marah adik tauuuu. jangan buat adik tauuuu" huuuuuu padahal kita pukkk sikit je pun. pukkk mengajar bukan sakit mana pun. marah pun dengan cara silent mode.

tapi kesan yang nampak bila cerita pasal malaikat kiri kanan dekat Fateh Uwais, kesannya sangat positif. tak payah marah, tak payah membebel, tak payah membentak dalam hati. sebut je "buat laaaa nanti malaikat kiri tulis dalam buku kiri padan muka dia!!" dalam takut2 tu pandai jugak tu pyscho kita balik "adik baikkkk, Allah sayanggggg adik, nanti Allah peluk adik, Allah bagi menan, Allah bagi buku" =..=

tapi memang betul, Alhamdulilah berkesan dalam hati Fateh Uwais. takde dia bebai dengan ummi abi dah bila ummi abi larang buat sesuatu, tegur salah dia. tapi jangan la pulak sebut malaikat kiri je. bila dia buat benda yang baik, tolong kutip sampah orang yang buang tepi pool tu. sebut la jugak "haaaaa ni malaikat kanan tulis dalam buku biru" dia pun jadi syok.

Alhamdulilah, ini cara kami, catatan panduan kami untuk anak-anak akan datang pulak. bukan niat nak bangga diri :) moga Fateh Uwais akan terus ingat dan lekat dalam hati dia yang Allah tu sentiasa perhatikan segala gerak geri dia. 

................................................................................................................

Nama-nama malaikat dan tugasnya :


  • Malaikat Jibril, tugasnya menyampaikan wahyu
  • Malaikat Mikail, tugasnya menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
  • Malaikat Israfil, tugasnya meniup sangkakala
  • Malaikat Izrail, tugasnya mencabut nyawa malaikat hidup
  • Malaikat Raqib, tugasnya mencacat amal kebaikan manusia
  • Malaikat Atid, tugasnya mencacat amal keburukan manusia  
  • Malaikat Munkar , tugasnya menanyakan mayat di alam kubur (barzakh)
  • Malaikat Nakir , tugasnya menanyakan mayat di alam kubur (Barzakh)
  • Malaikat Malik , tugasnya menjaga pintu neraka
  • Malaikat Ridwan , tugasnya menjaga pintu syurga


post signature

14 comments:

KHALID said...

Chumelnye ateh Uwais kan, dah mcm upin ipin plak tgk dari jauh XD

Jom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)

iryantyismail said...

terinspirasi dengan ajaran kira pada uwais.good mum :-))

Zai Zamree said...

bgusnya abg Uwais...

adik Aqil x pndai yg tu lg tp Alhamdulillah gak la dia lps main kutip simpan blk mainan...hihihi...itu pon jenuh suruh tp dgn nada yg elok br mau buat

Aryan azra said...

Bagus cara kira ni..boleh akak praktikkan dekat anak-anak akak ni.

Bukan bangga kira tp kalau sesuatu yang kita buat itu bermanfaat untuk orang lain apa salahnya kita share biaq pi la orang nak kata apapun

cik Anggur said...

nnt nk ajar bussaina mcm nie

nuyui a.k.a miss YUI said...

hihih.. ragam comel..

AtieYusof said...

boleh guna cara Kira ni kat abg Pae jugak..malaikat kiri & malaikat kanan...ermm terbaik:)

el said...

bagus ummi..kipidap
good boy uwais

Murni Alysa said...

Alhamdulillah..kalau betul cara kita ajar anak2 ni diorang cepat tangkap ape yg kita ajarkan..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.
nti nak buat mcm ni la dkt rania.
skrg ni alhamdulillah, lps main, bila suruh kemas brg ke, ambil/ cari bekas air ke, rania mmg ikut j..

Siti Yang Menaip said...

mmg kena kontrol jugak kan kak.. spupu2 CT kasi anak2 tngk utube on saturday sunday je.. tu pun hwork kena siapkan.. phone anak2 xde data.. mmg la seram zaman skrang ni..

neesa_jun said...

Mashaa Allah..ni tips yang sangat baik..uwais dah masuk 2 thn kan?..alhamdulillah...in shaa Allah..cerita malaikat kanan kiri ni akan diaplikasikan....

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah..
yang baik kita kongsi bersama..
Cam boleh buat nie..
Tq..

Mummydearie said...

Bagus si Fateh ni, kecil-kecil dah pandai membezakan baik dan buruk. Senanglah Abi dan Umi nak membentuk akhlak yang baik ^_^

Budak-budak memang macam tulah, Kiera. Anak-anak akak pun toys pertama yang mereka suka jentera. Si Abang tu lagi besar jentera, lagi gembira hatinya. Sama juga dengan si adiknya sekarang. Suka betullah bab-bab kenderaan ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...