Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 December 2015

MBO Cinemas Central Square Sungai Petani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

panggung baru bukak dekat sungai petani. tak jauhhhh dari loqstaq dan seberang jaya gituuuuu. motif? kalau hari cuti senang la kalau kot tetiba nak merasa nengok wayang dekat panggung baru kan hewhewhew. 

sabtu lepas #ProjekBloggerUtara berpeluang sama-sama merasmikan MBO Cinemas dekat Central Square Sungai Petani. amboiiii meriah nya tengok haaaaaa


auchhhh confirm empuk kerusi ni haaaa. baru pulak lagi tu. belum tercemar dengan bau bau kepam oppsssss kihkihkih :p


pakat-pakat senyum sampai telinga semuanya. nak pulak masa hari kejadian artis undangan kumpulan adik beradik Zero tu haaaaa


En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dah Jualan MBO Cinemas) memberikan ucapan aluan semasa sesi movie screening di dalam dewan pawagam. sesi ini adalah sesi khas untuk wakil media & tetamu jemputan sahaja :)

ok meh nak bagi sedikit info

MBO Cinemas Membuka Tirai Terbaru di Central Square, Sg. Petani | Event Review by #projekbloggerutara

MBO Cinemas Membuka Tirai Terbaru di Central Square, Sg. Petani | Event Review by #projekbloggerutara | 

Alhamdulillah, #projekbloggerutara diberi kepercayaan untuk review pembukaan rasmi MBO Cinemas, Central Square, Sungai Petani, Kedah, pada 26 Disember 2015. Rezeki jangan ditolak kata orang ;)

Tarikan Terbaru di Sungai Petani, Kedah | MBO Cinemas Central Square Sg. Petani


Tarikan Terbaru di Sungai Petani | MBO Cinemas, Central Square, Sg. Petani | MBO Cinemas telah membuka pawagam terbarunya bertempat di Central Square, Sungai Petani yang merupakan pawagam ke 26. Sehingga kini MBO Cinemas menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara. 

MBO Cinemas, Central Square menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk dengan dewan terbesar yang mampu menampung sehingga hampir 300 orang. En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dah Jualan MBO Cinemas), berkata pada majlis pembukaan rasmi: 

"Ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central di Kulim. Kami ingin memberikan pengalaman terbaik dalam hiburan filem kepada penduduk sekitar Sungai Petani dan rakyat Kedah serta pengunjung dan pelancong ke kawasan utara."

Pawagam MBO di seluruh Malaysia manawarkan pelbagai kelainan menonton wayang serta keistimewaan kepada pengunjungnya. Antaranya adalah :

  •  merupakan pawagam pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin
  •  menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan
  •  menerapkan ciri teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem & sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi
  •  selain ganjaran teknikal, pengunjung juga boleh menyertai secara percuma & mendapat kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli AllStar layak untuk menikmati pelbagai ganjaran dengan menggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eklslisif premium
  •  merupakan satu-satunya pawagam dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem percuma pada bulan hari jadi & tayangan percuma khas untuk ahli)
  •  tempahan tiket atas talian yang mudah & boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma
  •  harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D & 3D
  •  menerapkan konsep 'Blockbuster Setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem blockbuster sertiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu menunggu lama


Riang Ria di Hari Raya #eh3 :p Perasmian | MBO Cinemas, Central Square, Sg. Petani | #projekbloggerutara telah sekali lagi di beri kepercayaan oleh pihak integrated Public Relations (iPR) untuk bekerjasa dengan sebuah lagi syarikat ternama di Malaysia iaitu pihak MBO Cinemas. 


Kali ini #projekbloggerutara berpeluang membuat liputan sebagai wakil media untuk perasmian MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani, Kedah. 


MBO Cinemas Central Square
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru,
Taman Patani Jaya,
08000, Sungai Petani, Kedah

Laman web rasmi :


Pentas Perasmian Hari Berkenaan


Kaunter Pendaftaran MBO Starclub

sesiapa yang memang kaki wayang tu boleh lah mendaftar sebagai starclub. banyak ganjaran yang menanti dengar ceritanya


Kaunter Tiket MBO Cinemas Central Square Sungai Petani



rezeki rezeki :D


Acara memotong riben sebagai simbolik perasmian MBO


Ruang menunggu yang selesaaaaaaaa sangattt 



arghhhh malas lah tengok gambar dorang ni.......... kofkofkof :p



Sporting uolsssss





dah dah malas nak cerita banyak. sekarang save the date dan sila list kan movie yang korang nak tengok dekat sana haaaa. sekarang movie Diwale tengah trending kan? ape lagi save the date cepattttttt ;)


post signature

9 comments:

Fyda Noh said...

Bestnya merasmikan pembukaan panggung wayang baru..

Cik Ash said...

cepat kiera buat kak ekin xbuat lagi hihihi

Izwa Kamaruddin said...

Homaihomai..best nyer rasmikan wayang baru :)

eima said...

lama dah tak pi cs .... berbelas tahun dah kot .....

el said...

good job uols!
thanks for your support

iryantyismail said...

bestnya dapat tengok percuma

OKje said...

Mmg best tu..... betul bagai dikata, dah ada port bila cuti hihi....

Sha Mohamed said...

Pergh!! Ohsem tu #projekbloggerutara dapat merasa masuk pawagam baru..

cik Anggur said...

xmmpu nk tgk wayang dh oiiii kang bussaina buat wayang dlm tu memekak tk pasai ja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...