Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

08 May 2017

Minyak Hitam Maxoil | Review

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




macam janggal pulak nak review pasal minyak hitam kereta. tapi tak janggal sangat kot kan? perempuan pun kena tau jugak kadang selok belok kereta ni. baru tak senang kena tipu ye tak? mihmihmih

nak share dengan korang pasal Minyak hitam keluaran Maxoil. ada yang biasa dengar? ke baru first time dengar? saya dengan suami pun baru je jadi pengguna maxoil sejak pertengahan tahun lepas. saja test power betul ke minyak hitam ni elok macam yang depa tulis dekat pamplet tu. kalau tengok pada harganya agak mahal la jugak. mahal tu sebab dekat alor setar sini kalau servis minyak hitam campur sekali oil treatment boleh la dapat harga RM60 sekali servis. harga sebotol minyak hitam maxoil pulak RM68 (kalau tak silap) tidak termasuk oil treatment, upah dan jugak postage nya.

ye postage sebab order online. mula tu ada jugak menyebai dengan suami. minyak hitam pun nak order online ke? minyak kot???? berat tu. berapa pulak postage. mesti mahai. tapi redho jela mak. yang membayo pun dia kan. buat buat diam jela. sampai masa tukar. tapi mujur upah tukar minyak hitam dekat sini cuma RM10 sahaja. kalau dekat Ipoh upah saja pun RM30 belum campur harga minyak yang kita beli lagi. pitam pitam

tapi memang betul bagus minyak hitam ni. nak cerita lebih tak reti. tapi sebagai pengguna kereta hari-hari berulang ke tempat kerja. dan kadang drive balik kampong bila suami dah flet memang boleh rasa perbezaan dia. rasa ringan sangat drive kereta, perjalanan tu rasa lancar dan lembut sangat. tambah kereta kami jenis auto. kalau naik bukit dekat hway kuala tu confirm rasa berat sebelum ni. bila nak tukar gear mesti bunyi voooommmm. macam kena kerahan tenaga. kalau nak potong kereta depan pun bunyi macam tu bila tukar gear nak bagi laju

tapi bila tukar ke maxoil rasa lancar dan ringan sangat. naik bukit ke potong kereta depan ke rasa laju je. rasa ringan sangat. ringan macam mana? ehhh kalau korang biasa drive kereta sendiri mesti korang tau ringan dan berat tu macam mana. dan takde dah bunyi vroom vroom kerahan tenaga macam sebelum ni. tau la kalau kereta auto ni macam mana dia nak pick up kan.

dan satu lagi yang bestnya. kalau meter tu dah lepas 5ribu perjalanan pun still rasa ringan lancar dan lembut lagi. berbeza dengan minyak hitam sebelum ni kalau dah lepas 5ribu kereta rasa berat sikit. rasa kasar je. mak mampu tukar minyak hitam untuk perjalanan lima ribu je nakkkkk. hahahahaha. masuk kali ni dah tiga kali tukar pakai minyak hitam Maxoil. mungkin lepas ni jadi pengguna setia pulak kot hahahaha. korang kalau nak beli boleh cuba WhatsApp no ni 60124376410 kalau nak jimat share beli dengan kawan2. bukan minyak hitamnya tapi share kos postage. boleh la jimat sikit. kami hari tu pun share postage dengan kawan husband. sekarang selagi boleh jimat kena belajar berjimat. kawan ofis heran aritu bila sampai parcel saya bagitau kata minyak hitam. ehhh sekarang pun minyak hitam orang beli online tauuuuu :p 


5 comments:

Wa said...

oooo,,,,yang ni ok ek..Wa tak pernah tukar minyak hitam..selalu hubby je yang tukar..ngeeee

Izwa Kamaruddin said...

wow minyak hitam !

ewanthology said...

saya kalau hntr servis mmg ikut bengkel je la... apa minyak yg bengkel tu pakai, itulah yang saya pakai..hehe

Nina Mads said...

wahhh betoi2 perempuan pun kena tau jugak.. elok la tu sb tu kira selalu guna. biasa guna caltex

Pha Is said...

pergh.. bior betul! review minyak itam! hahaha.. terkejut jugak tadi.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...