Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 January 2018

Ummi Masuk Belajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari Pertama Ummi Daftar, Uwais Hari Kedua Sekolah

Hai korang, lama menyepi kan. sibuk sikit sekarang ni wuwuwuwu. baru je daftar masuk study balik selepas 13 tahun habis SPM. jarak yang besarrrrrrr sangat. berpeluh jugak la nak adapt dengan life style yang baru ni haaaa. kalau groupmate lain semua fresh lagi baru je habis sekolah. kita ni nak mula balik tu alahaiiiii. tapi ambik semangat anak anak, ummi mesti buat. insyaAllah mudah mudahan amin amin

masa lepas bersalinkan Furqan dulu nampak iklan cuti belajar yang ofis keluarkan. saja apply try nasib. sebab kawan-kawan semua cakap susah nak dapat cuti belajar bergaji penuh ni. tu yang dalam hati, cuba jela dulu. kalau dapat alhamdulilah, kalau tak dapat pun takpe. cuba je pun bukan gaduh nak keluar duit beli borang ke apa nya kihkihkih




Lucky me, alhamdulilah Allah lorongkan rezeki dapat cuti belajar bergaji penuh tu. tapi dalam diploma. mana boleh nak lompat terus degree kalau belum ada diploma lagi ye tak. cumanya dorang tawarkan course "Diploma Undang Undang" yang mana sekarang takde U tempatan yang bukak course Undang2 untuk Diploma lagi. hanya Asasi dan seterusnya Degree. cuba buat mintak tukar course hq tak izinkan, last sekali terpaksa refuse offer tu. nak buat macam mana masa tu fikir mungkin belum rezeki lagi nya lagi. rezeki takat dapat offer je. itupun rasa bersyukur sangat dah





tapi dah kalau Allah nak kata tu rezeki kita, sebelum cuti raya haji hq call kata dorang nak tukar course. "Diploma Pentadbiran Awam" Alhamdulilah. maka kelam kabut la mencari U mana yang ada DPA tu haaa. cari U yang dekat dengan rumah kalau boleh sebab nak berulang je hari2. taknak bermalam dekat kolej. dan Alhamdulilah lagi sekali dapat tempat dekat UiTM Merbok dalam course Diploma Undang Undang dan boleh berulang hari hari. cuma tula penat lebih sikit, sampai je rumah cari carpet dengan bantal dulu huhuhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...