Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

16 September 2019

Jangan risau.. KLIA Transit kan ADA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hello geng. Sihat tak hari ni?

Jadi, merujuk kepada tajuk di atas, hari ni saya nak share sedikit info mengenai pengangkutan dan kemudahan yang ada kat Malaysia ni. Since musim cuti banyak, promo flight pun kerap muncul, mesti banyak kaki jalan yang dah start book flight kan? Ada yang international, ada yang domestic. Tak kira la mana-mana pun, mesti yang menjadi satu kerisauan macam mana nak ke airport. Nak bawa kereta sendiri, kena fikir nak parking mana. Berapa pula charge parking kat KLIA tu? Nak naik grab, boleh tahan juga mahal dia. Limited space pula bagi yang nak ke airport lebih daripada 4 orang. Tak aapa. Jangan risau. Tak perlu pening-pening untuk fikir pasal parking kereta semua. Saya cadangkan, ambil sahaja KLIA Transit. 
KLIA Transit ni merupakan satu pengangkutan awam yang disediakan khas untuk mereka yang nak ke airport (KLIA/KLIA2). Train KLIA Transit ni akan berhenti di beberapa station yang bermula dari KL Sentral > Bandar Tasik Selatan > Putrajaya & Cyberjaya > Salak Tinggi > KLIA > KLIA2 Arrival. Boleh la pilih nak naik dari station mana. Ikut pengalaman saya, saya pernah naik dari Putrajaya & Cyberjaya. Sangat mudah. Pembelian tiket pula boleh dibeli dikaunter yang disediakan di setiap station. Tetapi untuk mengelakkan kesesakan dan ingin tambang lebih murah, saya lebih suka melakukan pembelian secara online di KLIA Transit Booking yang disediakan oleh Traveloka ni. Salah satu kelebihannya ialah tak perlu beratur panjang, ada promotion dan tiada hidden charge. Sistem bookingnya pun simple dan tak memeningkan kepala. Sampai sahaja di station, terus boleh scan barcode yang dapat dari pembelian, dan boleh tunggu train sampai. Simple macam beli tiket wayang gitu.
Bagi train schedule pula boleh la check kat gambar yang saya sediakan di bawah

https://www.kliaekspres.com/wp-content/uploads/2013/01/Picture2.png 
https://www.kliaekspres.com/wp-content/uploads/2013/01/Picture1.png


So tak perlu la nak risau berkejar-kejar flight yea! Harga pun berpatutan mengikut station yang disediakan. Korang pun tak perlu risau nak tunggu lama sebab train ni akan sampai dalam masa setiap 15 minit je during peak-hours. 
Selain daripada tu, andai kata korang malas nak tunggu train atau pergi ke station, jangan fikir panjang, korang boleh order online airport taxi untuk terus hantar korang ke pintu gerbang airport tu. Yang ni pun sama juga, dari Traveloka. Zaman dah maju, dah canggih, semua benda senang je. Ni kira macam korang order Mcd Delivery la. Order online, terus sampai depan pintu rumah. So yang ni, korang boleh book airport taxi dari website Traveloka ni, isi butiran yang diperlukan, boleh terus bayar. Simple. Sampai masa yang korang dah set tu, sampai la taxi tu depan pintu rumah korang. Untuk tujuan pick-up, jangan risau sangat, sebab nanti yang nak datang pick-up tu akan contact korang melalui phone/whatsapp. So deal je la dengan driver taxi tu. Tak perlu bayar apa-apa charge tambahan dah masa dia pick-up tu. Sebab semua dah setel masa korang booking online tadi. Korang cuma naik, terus sampai ke destinasi yang ingin dituju. 
Korang akan lalui proses yang sama juga kalau dari airport nak balik rumah. Set masa, driver tu akan tunggu ikut deal yang dah dibuat. Yang bestnya kalau flight delay pun, korang tak perlu risau sebab dia boleh tunggu sampai flight korang landing. Jangan la dah sampai, korang layan maggi cup kat kedai dalam tu pulak. Kejam oi. Sistem airport taxi ni juga available 24 hours. Ikut la korang nak balik 3 pagi ke. 4 pagi ke. Tak ada hal. Yang penting booking siap-siap. Bila dah book, senang nak plan perjalanan korang tu. Dari segi keselamatan pun tak perlu risau sebab system dah ada record siapa driver yang akan pick-up korang dari airport. Tak perlu la korang nak kena pening layan driver taxi yang ramai-ramai tanya nak taxi atau tak masa keluar dari airport tu. So apa tunggu lagi? Boleh la start survey tarikh cuti korang tu. 
Selamat bercuti semua!!

No comments:

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...