Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ujian dan Dugaan tu hadir dari Allah SWT. Siapa kita nak menidakkannya. Nak dijadikan cerita 3hb Disember baru ni kami sekeluarga diuji. Mama dan Papa disahkan dijangkiti virus Covid-19. Virus yang semua orang takut. Allahu perasaan tu tatau nak gambarkan macam mana.
Sekaligus menjadikan Abang dan Adik yang tinggal serumah sebagai kontak rapat. Abang dan Adik kerja swasta. Jadi paham jela kan. Bila kerja swasta ni dah tentu majikan nak hitam putih surat. Walaupun status mysejahtera dah bertukar warna ke merah menyala pun. Majikan tetap nak surat hitam putih sebagai putih.
Maka bermacam-macam nombor telefon lah yang saya hubungi. Bertanya dan nak mohon surat kuarantin. Bagi korang yang tinggal dan kuarantin di Perak. Boleh cuba hubungi CAC yang bertugas di nombor bawah ini.
- Bahagian Covid Kinta, Perak
05 - 2433 962
019 - 930 8195
019 - 930 8545
- Permohonan surat kuarantin kontak rapat Kinta, Perak
05 - 5286 158
Semoga membantu. Dan semoga diberikan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya. Amin Amin
1 comment:
Bila dah endemik ni, kita terpaksa hidup jugak dengan virus ni kan kiera nak ke tak nak.. Semoga baik-baik je la semua..
Post a Comment