Shopee mendedahkan Trend Fesyen Raya Tahun 2024
Mengumumkan “#ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita” di Shopee Live!
KUALA LUMPUR, 4 MAC 2024 - Hari ini, Shopee, platform e-dagang terunggul di Asia Selatan dan Taiwan, mendedahkan hasil kajian Raya Stail Kita yang meninjau keutamaan dan pemilihan membeli-belah rakyat Malaysia pada musim Ramadan dan Raya. Tinjauan terhadap lebih 1,000 pembeli dalam talian yang dijalankan bulan lepas mendedahkan tapestri beberapa pengaruh, dari pakaian sopan ke tradisi nostalgik, yang membimbing gaya fesyen peribadi rakyat Malaysia dan trend kecantikan. Setiap tahun, platform ini menyaksikan kemuncak pembelian e-dagang dan penghantaran sepanjang tempoh 52 hari sempena bulan Ramadan dan Raya di mana rakyat Malaysia secara aktif mencari pakaian dan aksesori untuk persiapan Raya.
Majoriti rakyat Malaysia, 9 dalam 10 yang ditinjau, membeli-belah pakaian Raya untuk sedondon dengan seluruh keluarga pada Raya ini. Dalam kumpulan ini, 50% mahu pakaian sedondon warna, 16% mahu sedondon secara selesa dan praktikal untuk sesuatu majlis, 14% memilih sedondon dari segi fabrik, jenama, atau tema untuk dipakai, dan 12% memilih untuk mengikut trend 2024. Minoriti 8% dari pembeli memilih untuk tidak bersedondon dengan keluarga apabila mereka membeli-belah dalam talian.
Dalam memilih gaya pakaian Raya, separuh dari pembeli Malaysia menyatakan pemilihan terhadap gaya lapisan warna, corak, dan fabrik, seperti corak meriah yang menawan mata dari Bayu Somerset, sampin terang dari Mikawear by Zoey Rahman, dan renda bertekstur dari Zoe Arissa. Empat dalam sepuluh memilih gaya nostalgik dan tradisional seperti sarong corak kotak dari Asikin Ahmad dan kurung kaftan dari Hernes. Sementara 15% mencari pakaian dengan warna trending dari penjual seperti Inhanna, Indah Pesona, Panda Eyes, dan Adnaa di mana mereka mencari kata kunci ‘red brick’, ‘oren coklat’, atau ‘merah bata’ di Shopee.
Apabila ditanya, “Apakah motivasi anda dalam memilih pakaian Raya di Shopee?”, separuh dari responden tinjauan berkata mereka cenderung memilih baju Raya berdasarkan agama dan tradisi budaya, merujuk kepada pemilihan fesyen peribadi dan cadangan pencarian kata kunci untuk mencari pakaian sopan untuk ‘add to cart’.
Satu pertiga daripada responden mencari penjual Shopee yang menawarkan pilihan meluas baju kebaya, baju kurung, dan baju melayu dalam pelbagai fabrik dan corak untuk meraikan individualiti mereka dan mengekspresikan gaya peribadi mereka. Dua dalam sepuluh memilih pakaian moden yang selari dengan trend terkini.
Kebanyakan rakyat Malaysia memilih kain kapas (lebih 50%) sebagai fabrik pilihan, diikuti sutera (20%) dan songket (15%). Minoriti memilih kain brocade dan organza. Warna yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia untuk Raya adalah tona neutral (50%), diikuti warna terang seperti merah, jingga, dan kuning keemasan (30%), kemudian diikuti hijau gelap dan ungu (20%).
Baju paling popular mengikut tinjauan Raya Stail Kita adalah kain kapas dalam tona neutral, dengan 3 dalam 10 orang membelinya. Tinjauan ini juga mendedahkan bahawa 90% rakyat Malaysia akan memakai Baju Raya mereka beberapa kali sepanjang tahun, menunjukkan nilai kelestarian yang ada walaupun ketika tempoh sibuk membeli-belah e-dagang.
Selain fesyen, rakyat Malaysia juga aktif membeli-belah produk kosmetik dan penjagaan kulit sempena Raya, dari jenama popular seperti Y.O.U, Wardah, Simply Siti, Silky Girl, Papa Feel, Mika Series, lemooc, Emina, Dazzle Me, Barrenbliss, alha alfa, and AISASEA on Shopee. Majoriti responden tinjauan Raya Stail Kita mengutamakan produk kecantikan dan kosmetik yang mempunyai faedah produk (40%), diikuti kesetiaan jenama (30%), dan penjagaan kulit terkini (20%).
Apabila membuat keputusan pembelian terhadap produk kecantikan, 70% yang ditinjau percaya akan cadangan pempengaruh kecantikan dan pakar, sementara 30% memilih untuk membuat pilihan sendiri. Shopee Live memainkan peranan besar dalam cara rakyat Malaysia memilih produk kecantikan, dengan 90% menonton Shopee Live untuk memahami ciri-ciri produk, dan 4 dalam 10 penonton strim langsung ini secara khususnya ingin mencari faedah penjagaan kulit dan alat solek yang berkekalan di Shopee Live.
Apabila ditanya tentang ciri platform Shopee yang meningkatkan pengalaman membeli-belah, 60% rakyat Malaysia yang ditinjau berbelanja bijak dengan diskaun dan promosi eksklusif semasa kempen #RayaBersamaShopee. 30% memilih untuk membeli di Shopee kerana adanya pilihan produk yang pelbagai dan meluas, dan mudah untuk mencari produk penjual, sementara 10% percaya dengan khidmat pelanggan Shopee, interface yang mesra pengguna, dan kebolehan strim langsung.
Dalam memilih penjual untuk membeli produk, review pelanggan lain memainkan peranan penting, dengan 85% responden menyatakan ianya sangat penting, terutamanya daripada pembelian sah (verified) Shopee dan komen pelanggan Shopee.
Berdasarkan tinjauan ini, dan selari dengan misi Shopee untuk memacu pasaran inklusif, Shopee berbesar hati untuk julung-julung kalinya mengadakan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita, yang akan distrim langsung di Shopee Mamak pada 5 Mac 2024, 2.30 petang untuk seluruh rakyat Malaysia. Dengan kerjasama jenama fesyen muslim, penjual kecantikan, Zoey Rahman, Dato’ Jovian Mandagie, dan Habib Jewels, Shopee berniat untuk membawakan pakaian Raya secara inklusif yang boleh dibanggakan orang ramai dan mampu milik untuk setiap majlis. Rakyat Malaysia boleh juga belajar cara untuk menggayakan diri dari Kiffy Razak, Editor Pengurusan Nona, Hijabista, dan Mingguan Wanita, dan saksikan persembahan khas dari Duta Shopee, Penyanyi & Selebriti Malaysia, Iman Troye.
Untuk maklumat lanjut, layari: https://shopee.com.my/raya-stail-kita
No comments:
Post a Comment