Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

07 July 2011

Rasa Apakah Ini II

Hari ini aku melihat dirimu lagi
Kau memakai jubah putih, tahukah kamu itu warna kegemaran ku?
Melihat senyuman dan tawa mu membuat hatiku berasa tenang
Sungguh Mahal senyuman kamu,
Kerana senyuman mu hanya untuk teman-teman dan mahram kamu

Kau sering tertunduk pabila berselisih dengan bukan mahram mu
Kerana aku tahu kau amat menjaga pandangan kamu
Dalam kepayahan aku palingkan pandangan ku dari melihat kamu
Kerana aku tahu itu hanyalah hasutan syaitan yang tak jemu-jemu menghasut aku memandang yang bukan mahram bagiku.

Hanya pada Allah aku bermohon,
Moga istikharah ku membuah kan hasil,
Moga Yang Maha Esa mendengar seterusnya memberi petunjuk jalan apa yang harus aku pilih dan kemana destinasi aku yang berikutnya….



**tetiba terasa nak buat sambungan poem kat entry nie… :D

06 July 2011

wordless wednesday #1

Assalamualaikum


wordless wednesday = hanya gambar berbicara.... :D

Tuba dibalas susu

Assalamualaikum

Seperti yang kita semua maklum, akhlak Rasulluah s.a.w sangat terpuji. Rasulluah selalu berusaha memaafkan kesalahan orang lain walaupun ade sedikit perasaan marah dalam hatinya.

Pernah satu ketika Rasulluah berjalan dan melintasi rumah yahudi. Seseorang dari atas rumah tue selalu meludah baginda.sesudah meludah orang tersebut pasti akan menyembunyikan diri. Setiap kali Rasulluah melintasi rumah tersebut pasti baginda akan diludah.

Sampai la satu hari, masa Rasulluah melintas rumah tue, baginda tidak lagi diludah. Baginda pown bertanya pada para sahabatnya. Rupa-rupanya orang yang selalu meludah baginda tue sakit. Rasulluah pown dengan segera melawat orang tue.



Orang yahudi yang sakit tue terkejut dan tak sangka, Rasulluah yang selalu diludahnya adalah orang pertama yang datang menziarahnya masa dia tengah sakit. Akhirnya dia pown meminta maaf pada Rasulluah dan berikrar untuk masuk islam.

Sifat pemaaf  Rasulluah s.a.w nie mencerminkan betapa mulianya akhlak baginda. Sifat baginda merupakan pantulan dari sifat Allah s.w.t yang Al-Afuwwu. Memaafkan kesalahan orang lain memang sesuatu yang amat berat kerana kita harus melapangkan dada untuk melupakan kesalahan orang tersebut. Jadi jom sama-sama kita teladani sifat Rasulluah.

Tapi ingat prinsip Rasulluah dalam memaafkan.. jika yang dihina adalah peribadinya, baginda xde masalah untuk memaafkan, tapi kalau agama Allah yang dihina, baginda akan mencabut pedang untuk menghapuskan orang tersebut..

Dan ingat Allah s.w.t akan memafkan segenap kesalahan umat-Nya  walau sebesar mana kesalahan yang dilakukan. Walau sebanyak buih dilautan kesalahan yang kita lakukan, seluas lautan pengampunan yang dijanjikan Allah kepada kita. Itu kalau kita buat salah dengan Allah…

Tapi kalau kita buat salah dengan manusia, kita kena mintak maaf dengan manusia dulu, baru kita bertaubat kepada Allah atas segala kesalahan kita…

Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
[surah an-Nisa’ ayat 149]

AL-AFFUWWU (Maha Pemaaf)
Allah S.W.T akan mengampunkan dosa mereka yang banyak menyebut asma ini. InsyaAllah.

Peringatan untuk kira sendiri dan semua.
Yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari kira sendiri…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...