Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 July 2011

Rasa Apakah ini?

Indahnya ciptaan Mu Ya Allah,
Sungguhlah seindah hiasan didunia adalah wanita solehah,
Engkau telah memperlihatkan aku hiasan yang amat indah

Sungguh, aku tertarik dengan penampilannya
Sungguh, dia amat cantik bagi pandangan ku
Sungguh, hati aku amat tenang melihat dirinya

Tiga hari aku bertembung dengan si dia
Dia berjubah terkadang berbaju kurung, tangannya ditutup dengan inner,
kakinya dibalut dengan stoking,
tudungnya dilabuhkan hingga menutup apa yang haram dilihat oleh yang bukan mahramnya,
kepalanya ditundukkan pabila berselisih dengan mata yang nakal merenungnya

 “bagi orang belakang nie jalan dulu lah, saya tak selesa lah jalan depan laki”

Aduh,, aku terpegun mendengar bicaranya, lalu aku lajukan langkah ku mendahului si dia dan teman nya. Aku tidak mahu si dia berasa kurang selesa..
Siapakah si dia ini? Mengapa hati ku seakan menjerit ingin mengenali dirinya?
Biarlah dirinya aku perhatikan dari jauh, kerana aku lebih selesa begini..
Aku sendiri takut ingin mendekati dirinya , takut sekiranya langkah yang bakal aku buka akan menjadi sumbang…
biarlah aku berdoa dari kejauhan, sekiranya apa yang hati ku ini rasakan benar, moga dipermudahkan oleh Yang Maha Esa…



2 comments:

Unknown said...

ko jumep kat mane ni..

Kira Sakura said...

jumpa apa jiji?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...