Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
sebenarnya cerita nie dah lama pun. 28 May yang lepas. tapi sebelum-sebelum rasa segan sangat nak cerita, tapi bila fikir balik mungkin ada antara sahabat luar sana yang mengalami masalah sama macam saya. jadi tak salah kalau berkongsi kan. Kay_Are, Maafkan aku, bukannya dah kawen nie open sangat tapi mana tau boleh meleraikan sikit kekusutan mereka yang diluar yang mungkin menghadapi masalah yang sama macam aku.
28 May lepas dalam seminggu macam tue. saya mula alami sakit di bahagian kemaluan. sakit yang teramat sangat terutama masa nak kalih (beralih) tido, dari kiri ke kanan atau masa nak bangun dari tido tue. memang sakit sangat. masa tue baby baru 26 minggu. sebab takut apa-apa jadi pada baby dan rungsing fikir macam-macam saya pun cakap kat suami nak jumpa pakar dekat pusat rawatan mahsuri jitra, kedah. suami pun izinkan walaupun dia ralat sebab tak dapat nak temankan saya.
kata pakar tue. itu normal untuk ibu hamil. ada setengah ibu yang memang akan alaminya awal, sebelum masuk trimester terakhir lagi. antara faktornya mungkin saiz badan ibu yang kecik untuk menampung berat baby. kalau sakit dibahagian Miss V sahaja itu normal, kecuali sakit di Miss V beserta sakit ditulang paha yang sampai tak boleh nak berjalan itu tanda-tanda baby dah turun ke bawah, nak bersalin. tapi bagi kes saya normal. Alhamdulilah
tetap jugak buat scan untuk rasa lebih puas hati. Alhamdulilah baby pun masa tue ok dan memang berada pada tempat yang sepatutnya di kala usia dia. syukur sangat. masa tue jugak saya dah tau jantina dia. tapi macam biasa nak rahsiakan sampai dia lahir nanti, insyaAllah ;)
kata pakar tue. sakit di Miss V bagi setengah ibu hamil akan berterusan sampai masa bersalin. lagi besar baby, lagi sakit dan untuk kehamilan kedua dan seterusnya nanti mungkin akan alami sakit yang lebih dari sekarang nie. redha jela. memang betol pun. sampai sekarang saya tetap alami sakit tue. lebih sakit bila baby dah masuk 34 minggu nie. sebab baby dah makin berat. kalau dulu masa beralih tido je rasa, tapi sekarang tengah berjalan pun boleh rasa sakit tue. takpe la sakit kan penghapus dosa :)
tapi jangan risau, insyaAllah sakit tue akan hilang lepas melahirkan baby nanti. kalau awak semua ada alami masalah nie jangan segan pergi lah berjumpa dokte. jumpa terus jangan tangguh-tangguh. sebab kita tatau keadaan diri kita yang sebenar macam mana. info lain yang saya dapat mengenai masalah ini di sini dan sini.
cara mengurangi sakit di bahagian Miss V semasa tido. bengkokkan kaki ke dada dan bangun atau beralih perlahan-lahan. saya dah cuba dan alhamdulilah berkesan mengurangkan sakit tu.
UPDATE 2016
entry terbaru sakit di miss v semasa hamil, ketika hamilkan anak kedua kami. klik sini
**maaf atas ralat TERdelete komen2 sebelum ni sobsssss
UPDATE 1 AUGUST 2021
UPDATE 2016
entry terbaru sakit di miss v semasa hamil, ketika hamilkan anak kedua kami. klik sini
**maaf atas ralat TERdelete komen2 sebelum ni sobsssss
UPDATE 1 AUGUST 2021
Since ramai yang bertanya pasal sakit ni. Untuk saya selepas bersalin sakit ni terus hilang. ketiga2 anak saya mengalami sakit yang sama. untuk anak kedua start baby 5 bulan saya dah mula rasa
dan untuk anak ke 3 start baby 2 bulan saya dah rasa sakit. Macam yang Doc kata lagi banyak kita pregnant selepas waktu sekarang (sakit) akan datang. Lagi cepat sakit datang.
dan untuk anak ke 3 start baby 2 bulan saya dah rasa sakit. Macam yang Doc kata lagi banyak kita pregnant selepas waktu sekarang (sakit) akan datang. Lagi cepat sakit datang.
Contoh
Anak first mula sakit waktu 8 bulan bawak baby dalam perut
Anak second mula sakit waktu 5/6 bulan bawak baby dalam perut
Anak third mula sakit waktu 2/3 bulan bawak baby dalam perut
Dan seterusnya
Kalau sakit lagi lepas bersalin apa nak buat? Jangan tangguhkan untuk berjumpa DOc, bagitau yang Puan dah sakit sejak masa preggy lagi. Doc mesti akan check. Jangan tangguhkan sampai banyak bulan atau selepas habis pantang.
Kalau sakit lagi lepas bersalin apa nak buat? Jangan tangguhkan untuk berjumpa DOc, bagitau yang Puan dah sakit sejak masa preggy lagi. Doc mesti akan check. Jangan tangguhkan sampai banyak bulan atau selepas habis pantang.


.jpg)