Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 December 2021

Hasil Berblog

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sedar tak sedar 11 tahun dah berblog rupanya. Dari sebulan berpuluh entry sampai la sebulan satu entry pun bertuah hahahahaha. Sebelum ni memang buat blog sekadar suka suka tempat meluah perasaan. Beberapa tahun kebelakangan ni je nama blogger naik dan dipandang sebagai salah satu medium influence. Dari blogger menjadi retis pun ada. Salah seorangnya Hanis Zalikha. 


Alhamdulilah Kiera Sakura pun pernah dan sedang menjadi sebagai salah satu medium influence. Promote iklan, promote barang, promote tempat, promote makanan. Salah satunya Escape Penang dan Escape Water Theme Park. Alhamdulilah, big thanks juga dekat kawan kawan blogger yang sama sama ajak join team mereka.


Yang personal pun banyak. Tapi tula sebelum ni hasil berblog tu memang tak nampak seketul. Tapi hasil collaborate dengan PgMall, payment masuk dalam ewallet sana. Makanya, hasilnya pun kita nampak lah seketoi. Tidak tu hasil payment lebih kepada belanja makan family je kihkihkih




Kipas berdiri Pensonic dan Vacuum sebelah dia tu juga antara salah satu 'hasil berblog' yang nampak dimata dan seketoi gedebuk situ. Memang saja beli barang elektrik perkakas rumah. Nampak la jugak kan hasilnya tu



Alkisah wall fan ni haaa. Memang dah niat nak beli kipas dinding letak dekat dapur. Nak makan berpeluh peluh panas. Tiba tiba masuk job Pgmall. Alhamdulilah dapat beli wall fan hasil part time geli geli. Siapa nak bagi kan? 

Ada keberkesanan ke hire blogger sebagai influencers product sesuatu product? Gambar di atas analysis pembaca yang masuk ke Entry Escape Water Play. Dari hari post entry sampai ke tarikh hari ni. 3.66K mata melihat. Tak pernah takda hari yang pembaca tak masuk. Jadi korang rasa berbaloi ke tidak untuk hire seorang blogger?


22 November 2021

Balik kampung dah korang?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Balik kampung dah korang? saya alhamdulilah selamat dah balik dua dua kampung. Ipoh dan Seberang Jaya. syukur masih diberi peluang nak peluk cium mak ayah di kampung, balik bawak cucu2 perantauan yang dorang rindu. Alhamdulilah 



Sebut cucu ada 7 bunyi ramai. Tapi bila ambik gambar.. laaaaa ada banyak ni je rupanya...


Balik kampung sempat jugak la celebrate birhtday mama. Dah jatuh hari kita balik kampung. takkan tak sambut kan? tahun lepas boleh wish dalam video call je. tahun ni boleh wish dan celebrate depan depan. takkan nak lepaskan peluang lagi ye tak hihihi. Semoga mama sihat selalu, dipermudahkan urusan dunia akhirat dan yang baik baik sentiasa mengiringi mama. 



Balik kampung selain nak jumpa mak ayah memang cakap dengan Nadh. balik kampung kita kena jogging. Kalau tidak badan memasing mesti naik. Mama dua2 mesti masak sedap sedap jamu kita makan. Tiap pagi wei pulun jogging laki bini. Keluar bilik senyap senyap taknak anak tau mak bapak dia jogging. Tapi esok esok tu bila depa tau kemain awai bangunnya. Tak dapat dating jogging dah kihkihkih



Dengarnya macam ramai nak loloskan diri balik kampung lagi sebelum PRK ni. takut kena kurung lagi. huuuu. Jadi korang balik kampung dah ke belum tu?

04 October 2021

PGMall No.1 local ecommerce platform

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Korang selalu shopping online tak? Mesti selalu kan tambah pulak sejak kena Stay At Home ni. Cuba share sikit selalunya korang shopping online kat mana? Haaaa hari ni saya nak share dengan korang satu lagi shopping online yang best. Tapi rasanya mesti korang dah familiar dengan nama ni…




Korang pernah dengar PGMall tak? Ehhh rugi la kalau korang tak pernah dengar pasal PG Mall ni. PG Mall ni Malaysia No.1 E-commerce platform tau, established sejak tahun 2017 lagi tau. PGMall ni satu satunya local e-commerce platform dalam Malaysia. Bangga ke bangga sangat tu? Haaaa kerlas tau




PG Mall ranked top 3 at Iprice insight. Boleh klik dekat link ni untuk check okey report - https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ dan di sini https://www.businesstoday.com.my/2020/06/16/pg-mall-among-top-3-most-visited-online-marketplaces-in-malaysia/




Susah tak nak shopping dekat PG Mall ni? Taklah!!! Untuk pembayaran korang boleh menggunakan e-wallets atau payment gateway. Mudah saja kan?

 

Jadi kat mana sebenarnya nak shopping dengan PG Mall. Klik je kat sini ok https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=889

 

Untuk maklumat lanjut boleh juga klik di

Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=889

Instagram PG Mall: www.instagram.com/pgmall.my/  

Facebook PG Mall: https://www.facebook.com/PGMallMalaysia

 

Selamat bershopping uols. Jangan tunggu tunggu lagi. Jom support local e-commerce platform kita!!!!

 

 

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #FreeShipping #PGMallxIprice


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...