Assalamualaikum
selaku blogger tak tegar yang hanya mengabdet blog dengan mencuri tenet ofis maka baru hari nie la aku lawat cik blog kura-kura nie...
Weekend korang semua pergi mane?weekend aku? Duduk rumah rehat-rehat, memang satu nikmat yang tak dapat di ungkap dengan kata-kata.. chewah ayat skema habis…
Entry kali nie macam tajuk kat atas tue aku nak bagi tips untuk korang-korang yang bergelar sang arjuna nie untuk lebih memahami seseorang yang bergelar sang arjini a.k.a perempuan… aku pakai letak je arjini tue dah lelaki = arjuna, perempuan = arjini le kowt.. haha.. dah2... tak mau membebel panjang jom aku pahamkan korang satu persatu…
Kerana dia yang melahirkan, firasat perempuan selalunya betul. Bukan kerana dilahirkan untuk menjadi tukang tilik, perempuan selalunya dianugerahkan firasat hanya perempuan sahaja yang tahu. Jadi beware kalau korang semua nak maen belakang die…
Perempuan asalnya dicipta dari rusuk kiri lelaki. Oleh itu perempuan sentiasa mengharapkan adanya korang menjadi pengimbang. Jika kereta nya tak boleh dihidupkan,paling-paling dia mengharapkan korang lah yang tolong telefon mekanik kereta..
“aku terima nikahnya…” membawa maksud “tak akan ade wanita laen dihati abg selaen syg”
Perempuan dan air mata.. memang lumrah “kembar” nie tak dapat dipisahkan.. jadi kalau korang t’nampak si dia menangis fikir baek2 ape yang korang dah buat sampai hati die sakit?
Perempuan harus menjadi yang pertama dalam segala-galanya. Isteri pertama tiada kedua dan seterusnya.. pasti!!
Perempuan pasti mahu ditemani kemana sahaja hatta membeli barang dapur,, ape la salahnye kalau korang bagi sokongan moral dekat si dia…
Perempuan cukup suka dengan perkataan “ya sayang” ape la salahnye kalau sekali sekala korang beli jiwa dia.. tapi ingat biarlah ikhlas dalam setiap perbuatan…
Sumber :: intrend
Ok aku rasa cukup takat nie dulu,, kalau aku dapat sumber-sumber yang laen aku share dengan korang lagi..mane-mane couple yang akan menamatkan zaman kebujangan tue aku ucapkan selamat pengantin baru semoga allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kabaikan...dan kepada semua couple yang sedang berbahagia tue semoga korang dapat bersatu dengan pasangan korang kelak.. weyh doakan aku jugak.. hehehe...
Kebaikan yang datang dari ALLAH patut kita kongsikan bersama