Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Susu Formula Yang Baik Untuk Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Susu Formula Yang Baik Untuk Kanak-kanak. Show all posts

03 March 2016

Peratus Gula dan Lemak Trans Dalam Susu Formula Kanak-kanak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Bila ada anak kecik ni susu antara produk yang memang kena mak pak fikirkan. Termasuk lah kami. Kalau dulu masa still menyusu badan takde la nak heran sangat dengan susu formula ni. Pergi supermarket pun takde nak survey harga susu formula mana yang lagi murah atau promosi. Masa dulu tak dapat lagi rate lemak dan gula dalam susu formula macam yang saya letak kat atas ni. Tapi lepas dapat terus alert dengan kandungan susu formula anak.




Awal dulu masa menyusu badan Fateh Uwais sulam jugak susu formula. Mula-mula bagi Anmum lepas susu kambing Karihome. So far ok je dia. Lagi pulak Anmum masa tu sehari kadang sekali je dia minum. Selalunya cukup je susu badan yang saya bekal. Tapi ada jugak Kak Izwa kata susu anmum ni memang selalunya buat badan bebudak bertubuh. Masa tu tak dapat tangkap lagi. Tapi tak lama lepas tu offismate cakap. Anmum ni tinggi lemak. Friso rendah sikit lemaknya.

Bila tengok saki baki lepas Uwais menyusu anmum dekat botol dia tu. Memang betol nampak berlemak-lemak botolnya. Hurmmm lemak tu tak berapa elok la bagi seorang ummi uwais. Anak bertubuh berisi takpe. Tapi kalau berlemak takut jadi gemuk obersiti pulak nantinya. Dan bila tengok list tu pun. Oh no!! lemak trans dia yang paling tinggi antara semua susu. ok la tukar Friso lah, harga pun lebih kurang je.


Susu Kambing Karihome antara produk yang terawal masuk perut Fateh Uwais. masa tu susu badan tak berapa banyak. sebab bahan bacaan tak berapa banyak dan tatau nak rujuk pada sape dulu macam mana nak mantain susu badan banyak. yang pernah baca selepas susu ibu susu yang paling baik adalah susu kambing. tengok Uwais macam boleh terima susu kambing ummi pun beli sesiap tin kedua senang kononnya nanti dah balik alor setar tak gaduh dah nak cari susu. tup tup baru setengah tin pertama Uwais dah takmo dengan susu kambing. dia reject. sobsssss sedih hati ummi. tu yang tukar pada Anmum pulaknya.




Bila minum Friso pun so far alhamdulilah ok je. Buang air besar semua pun ok. Dan masih mampu beli Friso sebab susu formula dia beli tiga bulan sekali je. Kadang tu sampai empat bulan baru beli susu. Ada pernah jadi sampai susu masuk angin sebab dia tak minum. Alhamdulilah masa tu susu badan cukup untuk tampung keperluan perut dia J pilih Friso pun bila tengok lemak trans dengan gula dia agak rendah.

Bila Fateh Uwais dah nak masuk dua tahun. Saya pun dah mula nak cerai susu dengan dia. Kena lah cari susu yang betul-betul nak consume bagi pada Uwais. Kalau boleh takmo try and error. Cari susu yang murah dan rendah lemak serta gulanya. Murah tu sebab takut nanti-nanti kewangan keluarga kami merudum ke tiba-tiba(moga dijauhkan). Takde la rasa bersalah sangat kalau kena tukar susu anak dari mahal ke murah ;,( lagi pulak Uwais jenis budak yang suka makan. tak mengharap pada khasiat susu je jadinya ok la pada pandangan kami kalau nak tukar susu pun.




Decide dengan suami. Beli kan susu formula Dugro untuk dia. Alhamdulilah so far pun ok je. Uwais boleh terima dengan baik. Perut pun hadam dengan baik. Cumanya bila masa dia kurang minum air masak mula la jadi sembelit sampai nangis2. Kalau cukup banyak air masaknya, membuang pun dalam toilet. alhamdulilah ok je.

ada yang kata kadang susu yang tinggi gula ni jadi punca selera makan anak berkurang. sama macam kalau masa baby 6 bulan dah bagi makan makanan yang tinggi MSG macam kentang putar KFC beserta sos nya sekali peratus untuk dia suka makan sayur dan buah berkurang sebab dari awal dah dapat 'makan sedap'. tapi wallahualam. tiap ibu bapa mesti lagi pandai pilih untuk kepentingan perut si manja kecik kan. mesti ada sebab kenapa nak pilih susu yang itu dan bukan ini. lagi pulak kekadang anak tu sendiri lebih rasi dengan susu yang perut mereka sendiri boleh terima. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...