Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulilah dapat jugak lari kejap dari anak-anak. dating berdua dengan abi diorang tengok Tombiruo. selalu kalau tengok wayang memang bawak je malaikat kecik dua orang tu sekali. tapi sebab movie ni rasa macam tak sesuai nak bawak diorang dan sebab nak menghayati sepenuhnya jalan cerita kena tinggalkan mereka jugak. sebab takut kejap lagi ada gangguan. nak kencing lah nak berak lah. takut la apa la. jadi sebelum spoiled mood. baiklah tinggalkan je diorang dekat pengasuh.
serius memang sangat best. kalau korang memang peminat atau pengikut novel hasil tulisan Ramli Awang Murshid. korang mesti tau setiap novel dia bila kita hayati dan baca memang boleh rasa meremang bulu roma, suspen, dan kadang bunyi cicak kat dinding pun boleh tiba tiba rasa terkejut. macam mana rasa baca novel macam tu jugak lah rasanya bila tengok movie
aksi aksi yang dalam tu pun takde la macam aksi bodoh dibuat-dibuat. memang lah aksi yang dibuat tapi maksudnya kita nampak macam real. takde nampak dibuat2 sangat. kalau ada 10 bintang. 10 bintang terus saya kasi hihihi. tapi bagi pendapat saya pulak kalau korang belum pernah baca novel Tombiruo. mohon jangan baca dulu. sila pergi layan movie dia dulu lepas tu balik baru baca novel
sebab nanti takut korang letak expectation yang tinggi sangat. nanti kecewa pulak. mana nak lawan novel yang tebal berapa ratus muka surat dan cerita yang lebih details dalam novel banding dengan dua jam movie dalam panggung. rasanya kalau nak buat bagi penuh apa yang dalam novel mau makan lima enam jam kot. tapi lepas tengok movie korang baca la novel. korang akan lebih senang faham jalan cerita dia nanti
sebab novel tulisan RAM ni imaginasi dia tinggi. sangat tinggi. kadang tak tercapai dek akal kita pun. kadang pulak kita dah baca sampai 10 bab dalam novel tapi still macam blur tak paham konsep dan jalan cerita dia. dah nak hujung baru lah "ohhhhh ini ke maksudnya. ini ke.. itu ke...." baru mula nak faham. sebab saya salah seorang follower RAM. masa first novel baca dulu memang agak blur sikit. tapi masuk novel kedua tiga dan seterusnya baru laju sikit otak nak dapat. baru rasa seronok.
tak rugi bayar tiket sorang RM18 untuk movie Tombiruo Penunggu Rimba ni. puas hati. ye sangat berpuas hati sampai rasa macam nak ajak suami repeat tengok lagi sekali. tapi tak boleh dah la nak lari dari anak-anak. hewhewhew. oh ye jangan lupa tunggu after credit bila dah habis tu. ada sesuatu yang suprise. mungkin sambungan yang ditunggu ramai jugak. tak sabarrrrr